Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, August 3, 2013

1.4 juta kenderaan guna Lebuh Raya Utara-Selatan pada Hari Raya


1.4 juta kenderaan guna 

Lebuh Raya Utara-Selatan pada Hari Raya 

 

 

Petaling Jaya: PLUS Expressways Bhd (PLUS) menjangkakan 1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari sepanjang cuti Aidilfitri, minggu depan, berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
 
 


Sehubungan itu, orang ramai digesa mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan PLUS bagi mengelakkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas. 
 
 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata PLUS juga mengambil pelbagai langkah tambahan untuk memastikan orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat, lancar dan selesa sempena lebaran kali ini.


Jadual TTA


Jadual TTA memainkan peranan penting dalam membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka. Ia (TTA) kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti hari Kemerdekaan di antara 30 Ogos hingga 1 September.


Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai pada musim perayaan yang lalu, berjaya mengurangkan kesesakan di sepanjang lebuh raya, katanya pada taklimat media berhubung TTA dan persediaan PLUS menghadapi peningkatan trafik, di sini, semalam.


Noorizah berkata, PLUS juga akan membuka lebih 1,500 kaunter tol untuk memudahkan pembayaran tol selain menempatkan 3,000 kakitangan di plaza tolnya.
Sebanyak 156 pasukan PLUS Ronda ditugaskan membuat rondaan selama 24 jam, manakala 75 akan bertugas setiap hari di Pusat Kawalan Trafik (TMC), katanya.


Selain itu, 432 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah akan bersedia selama 24 jam di 12 lokasi strategik, selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyediakan perkhidmatan ambulans, katanya.


Selain itu, Noorizah berkata, lebih 800 anggota RELA akan ditempatkan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat.


Semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya juga dihentikan sementara bermula semalam sehingga 19 Ogos ini.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...