Sahabat Maya :

Sunday, June 23, 2013

Nisfu Syaaban



Sabda Rasulullah SAW: 


“Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban
 maka berjagalah kamu pada malamnya
 (melakukan ibadat) dan berpuasa 
pada siangnya kerana sesungguhnya Allah
 turun (merahmati hamba-hamba-Nya)
 pada waktu itu mulai terbenamnya matahari 
ke langit dunia. Allah SWT berfirman: 
“Siapa yang memohon keampunan maka
 aku akan mengampunkannya, 
siapa yang meminta rezeki, 
maka aku akan kurniakan
 kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa 
bala aku akan melepaskannya. 
Adakah daripada kalangan mereka begini 
dan adakah daripada kalangan mereka begini 
(berturutan pertanyaan daripada Allah) 
sehingga terbit fajar?”    


 (Hadis Riwayat Ibnu Majah)





Rasulullah SAW bersabda:  

“Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, 
Allah akan memerhatikan makhluknya 
dengan pemerhatian yang penuh. 
Maka Allah akan mengampunkan orang
 yang beriman, membiarkan orang kafir, 
meninggalkan orang yang berkhianat 
dengan kekhianatan mereka hingga
 mereka berdoa kepada Allah 
(untuk pengampunan mereka).”



Sabda Rasulullah SAW:

  “Sesiapa yang menghidupkan 
malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya
 (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan 
mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”



Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan 
Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; 
  Rasulullah SAW bersabda:  

“Sesungguhnya Allah  SWT  turun 
ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, 
maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya 
lebih banyak daripada bilangan bulu kambing 
Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...