Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, June 24, 2013

Mutiara Hadis


Abu Hurairah r.a berkata:

 “Tidak ada penyakit yang menimpaku 
yang lebih aku sukai daripada demam,
 sebab demam merasuk setiap organ tubuhku,
 dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala 
bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


Hadis yang diriwayatkan oleh
 al-Darimi daripada Abdullah bin Amr,
 bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
 yang bermaksud:


 “Tidak seorang pun
 daripada kaum Muslimin
 yang terkena musibah pada jasadnya,
 kecuali Allah memerintahkan
 malaikat penjaga yang menjaganya
 seraya berfirman, 
“Tulislah untuk hamba-Ku ini, 
setiap hari dan malam kebaikan 
seperti kebaikan yang biasanya
 dia lakukan ketika dia tidak 
terkekang dengan belenggu-Ku.” 





Hadis riwayat al-Tirmizi dalam
 Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij
 secara marfu’ meriwayatkan: 

“Apabila salah seorang
 di antara kamu diserang demam
 dan demam itu adalah 
percikan api neraka, maka 
hendaklah dipadamkan demam itu 
dengan air sejuk dan hendaklah 
berendam di dalam 
sungai yang mengalir.
 Hendaklah ia mandi
 selepas fajar (subuh) dan 
sebelum terbit matahari. 
Dan hendaklah ia mengucapkan:



 
 
Maksudnya: 

“Dengan nama-Mu ya Allah,
 sembuhkanlah penyakit hamba -Mu
 dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”





Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., 
bahawa dia mendengar Nabi s.a.w.
 bersabda yang bermaksud: 

“Sesungguhnya demam itu
 merupakan legakan
 api neraka jahanam,
 maka sejukkanlah ia 
dengan air.”

 (Riwayat Muslim no. 5889)



 Sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a.,
 bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda
 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya demam itu 
atau demam yang berat itu
 berpunca daripada 
bahang api neraka.
 Jadi, sejukkanlah ia dengan air.”

 (Riwayat Muslim no. 5882)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...