Sahabat Maya :

Wednesday, June 19, 2013

Guru, pengetua boleh ambil cuti sabatikal


Guru, pengetua boleh ambil cuti sabatikal



Seri Kembangan: Guru, guru besar dan pengetua kini berpeluang mengambil cuti belajar (sabatikal) sama seperti pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengikuti program pembelajaran, termasuk di luar negara.
 
 


Ia bertujuan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mensasarkan sistem pendidikan negara setaraf negara maju. 
 
 
 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata sudah tiba masanya guru diberikan cuti belajar untuk menimba ilmu dan latihan dalam dan luar negara kerana lonjakan prestasi ke tahap dunia memerlukan guru yang mempunyai pendedahan luas.


Sebaris negara maju
 


Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara maju tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita tidak dapat pendedahan mengenai sistem pendidikan di luar negara.
 


Jika pensyarah IPT diberikan cuti sabatikal selepas lima tahun berkhidmat, guru pula kita akan pilih berdasarkan kriteria tertentu. Tidak semestinya perlu ada Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah (PhD), katanya.
 
 


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2012 kepada 151 pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka di sini, semalam. 
 
 
 

Pengetua terbabit menerima sijil dan wang tunai RM7,500 masing-masing. BITB 2012 itu juga menyaksikan 13,700 pengetua, guru dan kakitangan sokongan di 151 sekolah berkenaan menerima ganjaran. Guru Penolong Kanan menerima RM1,800, guru (RM900) dan kakitangan sokongan (RM500).
 


BITB diberi kepada pengetua sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Skor Komposit Sekolah) sekolah mereka. BITB 2012 adalah yang ketiga sejak dimulakan pada 2010.
 


Buka peluang semua guru


 

Idris berkata, kertas cadangan mengenai cuti sabatikal sedang disiapkan dan akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 


Kita akan buka peluang untuk semua jenis guru, peringkat menengah, rendah mahupun teknikal. Kita pilih siapa yang layak menerusi kriteria yang akan ditetapkan nanti, katanya. 
 
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...