Sahabat Maya :

Thursday, May 23, 2013

Sabar, kebaikan cara berkesan bukti kesyumulan Islam

http://25.media.tumblr.com/tumblr_m9d1dnBn991reubh6o1_500.jpg


Sabar, kebaikan

 cara berkesan bukti 

kesyumulan Islam

  


Akhlak yang baik mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan akan meresap ke dalam hati manusia secara perlahan-lahan walaupun ada kalanya perbuatan itu nampak kecil, tetapi meninggalkan kesan yang besar.



Contohnya, apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempersendakan Islam atau ajarannya, kita sepatutnya sabar dan membalas tindakan mereka dengan kebaikan. Sabar dan kebaikan ini bukan bermakna kita tidak melawan, ia strategi halus boleh menyentuh perasaan secara perlahan-lahan.

Kebaikan yang ditunjukkan melalui penjelasan untuk memberi kefahaman kepada salah faham itu jika dilakukan secara istiqamah, lama kelamaan membuka mata mereka untuk melihat kemurnian Islam. 





Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan bukan Islam dalam keadaan prinsip Islam dijaga."






Malangnya, ramai antara kita mengambil jalan pintas melepas geram dengan kata-kata kesat dan kasar. Membalas kejahatan dengan kejahatan tidak akan menginsafkan manusia, sebaliknya menambahkan lagi penyakit dalam hati.



Contohilah Rasulullah SAW yang mampu memberi senyuman kepada orang kafir Quraisy walaupun mereka melemparkan batu dan najis kepada Baginda. Walaupun kisah ini sudah beratus tahun lamanya, hingga hari ini ia masih disebutkan di dunia Islam, malah oleh bukan Islam.


Menghormati semua bangsa

Perbezaan agama adalah perbezaan ajaran dan cara amalan keseluruhannya. Ia mungkin dianggap pelik daripada ajaran kita. Namun, kita diwajibkan menghormati mereka tanpa sebarang alasan. Jika ingin agama kita dihormati, jangan memperkecilkan kepercayaan orang lain.
 


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Allah tidak 
melarang kamu 
daripada berbuat baik 
dan berlaku adil
 kepada orang-orang 
yang tidak 
memerangi kamu kerana 
agama (kamu)
 dan tidak mengeluarkan kamu 
dari kampung
 halaman kamu; 
sesungguhnya Allah
 mengasihi orang yang 
berlaku adil.” 


(Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Kebanyakan pengakuan mereka yang mendapat hidayah Allah mengaku mereka sentiasa didedahkan mengenai unsur keganasan, diskriminasi terhadap wanita dan salah faham lain terhadap Islam tanpa tanpa memahami hakikat sebenarnya.

Maknanya, disebabkan bukan Islam didedahkan kepada perkara negatif yang direka atau fitnah musuh Islam, maka kebenaran tertutup. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk menjernihkan pemahaman dan memperbetulkan salah faham itu.

 

Ada juga rakan bukan Islam akan bertanyakan mengenai agama Islam. Peluang ini sepatutnya digunakan untuk menjelaskan kebenaran Islam supaya mereka memahami kemurnian agama Islam.

 

Selain penjelasan, cara berkesan untuk menunjukkan kesyumulan Islam ialah melalui tindakan. Maka tunjukkan keindahan atau hikmah di sebalik segala perintah Allah. Kebanyakan yang menerima Islam kerana tertarik dengan kebaikan tersembunyi di sebalik ajaran Islam. 



Serlahkan keindahan Islam

Ramai yang tidak nampak keindahan Islam kerana hanya Islam pada nama. Seharusnya kita berasa bertuah terhadap nikmat iman yang diberikan Allah SWT. Menjadi umat yang terpilih ini menuntut usaha untuk berdakwah kepada Muslim dan bukan Muslim.


Umat Islam perlu menjaga keharmonian hidup bersama dengan bukan Islam dalam keadaan prinsip Islam dijaga. Umat Islam juga dilarang menimbulkan perselisihan dan mencetuskan permusuhan dengan orang yang bukan Islam.

 

Bermula hari ini, mari kita bermuhasabah diri, sejauh mana akhlak kita telah fahami dan amalkan serta pamerkan dalam muamalah dengan semua orang. Semaikan dalam hati dan minda bahawa kita wajib berlaku baik kepada semua orang demi memelihara kesucian Islam. 

 http://4.bp.blogspot.com/_yi4GyRnIARM/TAII6CYDW6I/AAAAAAAAA6o/y6Wl8S0rvsE/s320/header_bg.png 

http://2.bp.blogspot.com/-Yjlb3p4Hfq8/UGbDyaIf8mI/AAAAAAAAAK4/Nqk9ogLeWmg/s1600/sabar+alq.jpg 

P/s :

Hanya peringatan untuk diri sendiri :)

http://www.scrapsyard.com/sy/01/8713/87131.jpg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...