Sahabat Maya :

Wednesday, May 29, 2013

Baha Zain dianugerah Sasterawan Negara Ke-12




Baha Zain dianugerah 

Sasterawan Negara Ke-12

 Baha Zain  dianugerah   Sasterawan Negara Ke-12  
 
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan
 Anugerah Sasterawan Negara kepada Baharuddin 
sambil diperhatikan Muhyiddin di Kuala Lumpur.
Penulis terima wang tunai RM60,000, kemudahan berkarya

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Baharuddin Zainal atau nama penanya Baha Zain malam tadi menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-12 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Baharuddin.
Beliau menerima wang tunai RM60,000, watikah Sasterawan Negara Ke-12 selain kemudahan berkarya.


Turut berangkat pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara Ke-12.

Muhyiddin dalam ucapannya, menyifatkan Baha Zain sebagai penulis yang amat prolifik dalam genre puisi dan kritikan sastera.

Suntik semangat
"Semoga anugerah diberikan ini akan menyuntik semangat kepada beliau untuk terus berkarya dan menyumbangkan buah fikiran ke arah pembangunan bangsa dan sastera kebangsaan," katanya.

Pada 15 Mac lalu, Muhyiddin mengumumkan Baharuddin sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan serta sumbangan berterusan beliau dalam seni kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Antara karya Baha Zain, 74, ialah puisi Topeng-Topeng (2003), Dari Kertas Catatan Tengah Malam (DBP, 1978) dan Tiga Catatan Perjalanan (DBP, 1980).

Puisi beliau antaranya diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, Russia dan Sepanyol.

Baharuddin juga pernah menerima Anugerah Penyair Gapena (1988), Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia (2004), Anugerah Budayawan Gapena (2008), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada USM (2010) dan Anugerah Tokoh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2011).

Anugerah Sastera Negara adalah anugerah tertinggi negara kepada sasterawan.

BERNAMA 
 




















Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...