Sahabat Maya :

Sunday, April 14, 2013

Morfem sebagai unsur perkataan

http://1.bp.blogspot.com/-KB3aTvkMQmY/Tan-fZPQIfI/AAAAAAAAANk/7hmkigD9CFc/s760/Doa45.jpg

http://static.tumblr.com/1smwz19/21al8d452/morfem_header.jpg 
 photo fonetik-emel.jpg

Morfem sebagai unsur perkataan

MORFEM ialah kata istilah dalam bidang morfologi. 
Morfem ditakrifkan sebagai unsur perkataan. Maknanya, 
setiap bentuk perkataan akan mengandungi morfem.
Perkataan merah, misalnya, terdiri daripada satu morfem tetapi 
perkataan merahkan (merah + kan) terdiri daripada dua morfem, iaitu 
kata dasar merah dan akhiran -kan. Oleh itu, dalam bahasa Melayu, 
baik kata dasar (perkataan) mahupun imbuhan (ter-, me-, -kan) ialah morfem.




Dengan berdasarkan huraian di atas, maka morfem dapat ditakrifkan sebagai unit tatabahasa terkecil yang mempunyai makna, atau sekurang-kurangnya mempunyai fungsi tatabahasa. 




Contohnya perkataan abang, Hanis, tidur, kurus mempunyai makna. Abang ialah saudara lelaki yang tua dalam keluarga, Hanis nama perempuan, tidur perbuatan melelapkan mata (tanpa sedar) sama ada dalam keadaan baring atau duduk, dan kurus ialah bentuk tubuh manusia/haiwan yang kurang berdaging. 




Imbuhan seperti di-, me-, ter-, -kan, -i dan seumpamanya juga morfem. Kesemua bentuk imbuhan ini tidak mandiri dan tidak mempunyai makna tatabahasa seperti morfem abang, Hanis, tidur dan kurus; namun apabila imbuhan ini dirangkaikan dengan perkataan (morfem) baca, misalnya, terbentuklah morfem yang mengandungi makna. 




Contoh dibaca, membaca, terbaca, bacakan mendukung maksud melakukan perbuatan "baca". Oleh sebab itulah imbuhan dikatakan mempunyai fungsi tatabahasa yang membentuk sesuatu makna apabila diimbuhi dengan sesuatu kata dasar, walaupun sebagai satu unit yang tersendiri imbuhan tidak mempunyai makna.
Terdapat beberapa jenis-jenis morfem, iaitu morfem bebas, morfem terikat, morfem kosong, morfem fleksi. Apakah morfem-morfem itu? Adakah kesemua morfem itu wujud dalam bahasa Melayu?




Morfem bebas ialah unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan wujud secara bersendirian. Morfem bebas ini dapat disamakan dengan kata tunggal, iaitu bentuk kata yang mempunyai makna serta dapat mandiri (berdiri sendiri) tanpa imbuhan. 




Contohnya pejabat, pegawai, cerdik, Aiman. Morfem terikat pula ialah unit tatabahasa yang terkecil dan mempunyai fungsi tatabahasa hanya apabila bentuk tersebut bergabung dengan, sekurangnya, satu morfem bebas, yang dikenal sebagai kata tunggal.




Oleh itu, morfem terikat dapat disamakan dengan imbuhan. Imbuhan me- misalnya, dengan sendirinya tidak mempunyai fungsi, namun dalam bentuk melihat, imbuhan me- mempunyai fungsi tatabahasa; maka imbuhan me- ialah contoh morfem terikat.
Sama seperti awalan me-, bentuk morfem terikat yang lain ialah, ber-, ter-, di. Ke-, -kan, -i, -an, ke-...-kan, memper-...-kan dan seumpamanya.




Dalam morfologi, terdapat fungsi tatabahasa sesuatu morfem itu boleh berubah tetapi tidak berubah bentuknya. Dalam bahasa Melayu, bentuk morfem begini tidak wujud.
Contoh bahasa yang terdapat morfem ini ialah bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, perkataan seperti boy (seorang budak) ialah bentuk mufrad/tunggal (singular). Bentuk jamak (plural), ialah boys (banyak budak); iaitu ditambah dengan akhiran -s




Tetapi untuk perkataan sheep (seekor kambing biri-biri), bentuk jamaknya tetap sheep (banyak kambing biri-biri); iaitu tiada penambahan morfem (akhiran) -s. Bentuk jamak seperti sheep inilah yang dimaksudkan mengandungi morfem kosong.
Satu lagi contoh, juga diambil daripada bahasa Inggeris, ialah akhiran -ed bagi menandakan kala lampau pada kata kerja. Contohnya perkataan kick - kicked (tendang), dan borrow - borrowed. Tetapi bagi kata kerja, seperti put (meletakkan), bentuk kala lampaunya tetap put juga. 



Contoh:
I put the book on the table (saya meletakkan buku itu di atas meja) - kala kini
I put the book on the table (saya telah meletakkan buku itu di atas meja) - kala lampau
Bentuk kala lampau put ini juga dikatakan mengandungi morfem kosong. Dalam bahasa Melayu, tidak ada bentuk morfem kosong. 




Selain ketiga-tiga bentuk morfem yang dinyatakan terdahulu, terdapat juga morfem bentuk kleksi (inflection). Bentuk ini berbeza dengan imbuhan, yang dikenal dalam bahasa Inggeris sebagai derivasion




Namun demikian, kedua-duanya wujud sebagai proses pembentukan perkataan. Bentuk fleksi dikaitkan dengan fungsi tatabahasa, seperti misalnya bentuk jamak dan bentuk kala. 




Dalam bahasa Inggeris, bentuk perkataan seperti run, runs dan runned, yang bentuk asalnya serupa, iaitu run dibezakan melalui imbuhan -s (penanda jamak) dan -d penanda lampau). Bentuk seperti inilah dikatakan bentuk fleksi.
Begitu juga dalam bahasa Arab, terdapat bentuk fleksi, seperti yang wujud dalam bentuk perkataan ktaba (telah menulis), kutiba (ditulis) dan maktabun (tempat menulis) serta kaatibun (penulis), dan sebagainya. Kendatipun begitu, gejala bentuk fleksi ini tidak wujud dalam bahasa Melayu. 




Sebagai kesimpulan, terdapat bahawa ada perbezaan antara bentuk morfem dengan perkataan. Semua perkataan dapat berdiri sendiri dengan bebas dan mempunyai makna khusus, manakala bentuk morfem dapat terdiri daripada morfem bebas.
Jelas juga bahawa, dalam bahasa Melayu, tidak terdapat bentuk morfem kosong dan morfem fleksi.







http://thiesilavers.files.wordpress.com/2010/10/perkembangan-bahasa.jpg

 photo morfologi-emel.jpg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...