Sahabat Maya :

Thursday, March 14, 2013

Don't worry be happy!!

http://wana93.files.wordpress.com/2013/01/582257_454167351303084_2077009523_n.jpg 

Tips Bergembira

"Jangan ada benci, 
tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, 
bos mahupun guru dan pensyarah. 
Perasaan benci itu merosakkan 
niat dan keikhlasan anda. 
Ibarat 'api dalam sekam', yang akan 
membangkitkan pergaduhan."



"Jangan terlalu bimbang. 
Kebimbangan tanpa sebab akan 
membuatkan kamu sentiasa berada 
dalam keadaan serba salah, cemas 
dan tidak tenteram. 
Buang perasaan demikian. 
Don't worry be happy!!"



"Hidup secara sederhana 
adalah tuntutan agama Islam. 
Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. 
Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, 
tidak sempurna, dan tidak popular tetapi
 sekurang-kurangnya kamu 
mempunyai ketenangan di hati."



"Jangan terlalu mengharap. 
Kadang-kadang pengharapan itu 
akan mengecewakan anda. 
Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil 
tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap 
yang besar dan yang tak mungkin akan 
menjadi milik kamu."



"Sentiasa bersabar dengan apa jua 
kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. 
Sikap sabar dapat menenangkan 
jiwa dan hati kita. 
Sabar juga dapat mendidik kita 
untuk terus tekun menjalani hari-hari
 dalam kehidupan yang kita lalui."







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...