Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, March 18, 2013

47,884 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam STPM 2012


47,884 calon lulus 

sekurang-kurangnya satu mata

 pelajaran dalam

 STPM 2012

KUALA LUMPUR: Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata 18 calon mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya. 

"Pada umumnya, prestasi calon 2012 adalah lebih baik berbanding dengan prestasi 2011 di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) meningkat kepada 2.24 daripada 2.22," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini, hari ini.


Pada 2012, seramai 442 calon (0.86 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 300 calon (0.59) pada tahun sebelumnya.

Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Sementara itu, Noh berkata pada 2012, MPM sudah melaksanakan sistem pentaksiran baru STPM yang menggantikan sistem pentaksiran sedia ada bermula sesi pengambilan 2012/2013.

"Pelajar tingkatan enam bawah 2012 adalah kohort pertama yang menduduki peperiksaan penggal 1 STPM 2013 yang diadakan pada 5 hingga 8 November 2012," katanya. 
 

Justeru, katanya keputusan peperiksaan itu akan dikeluarkan pada Khamis ini bermula jam 12.00 tengah hari. 
 
 

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...