Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, February 14, 2013

Keputusan SPM diumum 21 Mac selepas 10 pagi


http://mynewshub.my/eng/wp-content/uploads/2012/03/Keputusan-SPM-Diumum-21-Mac.jpg 

Keputusan SPM 

diumum 21 Mac selepas 10 pagi


PUTRAJAYA 14 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 21 Mac ini, demikian menurut kenyataan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.


Sementara pengumuman analisis keputusan pula akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Kementerian Pelajaran di sini pada pukul 9 pagi, hari yang sama.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi.


Bagi calon persendirian keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.


Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip "SPM nombor kad pengenalan nombor angka giliran" dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.


Seramai 468,808 calon mendaftar telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,533 pusat peperiksaan seluruh negara tahun ini. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...