Sahabat Maya :

Wednesday, February 20, 2013

Kakitangan perlu ambil surat pelantikan



Kakitangan perlu ambil surat pelantikan


Putrajaya: Kakitangan awam yang baru dilantik perlu hadir sendiri mengambil surat pelantikan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mulai tahun ini berbanding dihantar melalui pos sebelum ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di sini, Khamis ini, membabitkan kira-kira 200 jawatan. 


“Dulu kita pakai pos saja, sekarang kita panggil pegawai serah sendiri dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam.


Bersemuka, mudah urusan

“Ini membolehkan kakitangan awam yang baru bersemuka dengan pegawai di SPA bagi memudahkan sebarang urusan pada masa depan kerana sudah saling mengenali,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Mahmood mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan lebih 200 wakil kakitangan kontrak di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Dalam pada itu, beliau berkata, SPA yakin dapat selesaikan masalah membabitkan lebih 50,000 kakitangan kontrak dalam sektor awam di seluruh negara dalam tempoh terdekat. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...