Sahabat Maya :

Saturday, January 19, 2013

Fikir positif

Fikir positif

Oleh Hamizah Badiran



"JANGAN sesekali kita membenci atau memikirkan yang jahat mengenai orang. Fizikal kita akan lemah bila hati dan akal kita lemah serta negatif.


"Yang negatif akan terus akan jadi negatif jika kita terus negatif mengenai mereka justeru, teruskan berfikiran positif. Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif.




"Ia sekadar pandangan itu difikir dan dilihat dari sudut positif agar hasilnya juga positif." Begitu petikan kata-kata daripada penceramah motivasi, Profesor Dr Muhaya Mohamad.

Mesejnya mudah - jika kita terapkan nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut!


Justeru, jika dulu kita sering berfikiran negatif, apa kata pada tahun baru ini ubah diri untuk menjadi insan yang lebih berfikiran dan berkelakuan positif.


Kekal positif



Mungkin ada yang bersikap sinis atau ragu-ragu malah rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif.

Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional mula membelenggu diri, cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif.


Tetapkan perkara ingin dilakukan setiap hari

Setiap kali bangun tidur, fikirkan tujuan hidup dan perkara yang ingin dilakukan hari itu.



Senaraikan perkara yang disukari mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik. Ambil perkara positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukannya hal remeh-temeh.


Jalan kaki di waktu pagi



Anggaplah ia sebagai aktiviti berjalan kaki terima kasih atau dilakukan dengan penuh rasa syukur. Ia akan memberikan ketenangan pada diri dan minda serta membuatkan kita bersedia untuk melakukan apa saja.

Fikiran yang tenang membolehkan diri berfikir dengan bernas dan meluahkan idea baru.


Jangan terus berasa kecewa



Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang, apa kata bersikap optimistik dengan fikirkan hala tuju selepas ini.



Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan.


Makan



Penulis paling suka bab ini. Anda juga mungkin begitu. Justeru, makanlah sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera raja dan tukar diri kita kepada pelajar kolej ketika menjamah makan malam.


Ingat!



Ingatlah kesukaran yang berlaku itu bukan petanda yang membawa kita ke jalan mati sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik di kemudian hari.


Fokus



Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun begitu, fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif?




Untuk kekal dalam sikap positif, kita perlu sentiasa fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif.

Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai, berkawan dengan orang yang berfikiran positif, melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan harian. Senyum dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.


Semua yang berlaku ada alasan tersendiri



Setiap perkara ada hikmahnya. Jika tidak berlaku serta-merta, ia mungkin akan terjadi pada masa depan.

Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik.



Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.


Buat dan fikirkan perkara berfaedah



Jangan bazirkan masa melayan gosip murahan, isu masa lalu atau andaian negatif dan perkara yang tidak boleh dikawal. Lebih baik tenaga kita dimanfaatkan pada perkara masa kini yang lebih positif.


Jangan mengeluh




Tidak perlu mengeluh apatah lagi mengadu. Ia ibarat muntah yang mana kita berasa lega tetapi orang di sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati.


Tidur secukupnya



Apabila tidur dalam tempoh ditetapkan untuk otak berehat, pasti keesokan harinya kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan mudah sebab fikiran sudah cerdas. Sebelum tidur, sentiasa panjatkan kesyukuran pada Tuhan atas segala yang dikurniakan.


Bergembira



Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu. Kongsikannya dengan keluarga, rakan dan insan tercinta. Hidup ini cuma sekali, tempuhlah dengan positif.









p/s :
 
Ramai orang sama ada sedar atau tidak  memilih untuk bersedih, 
 
derita, stres, boring dan apa-apa aje yang negatif sifatnya.
 
 Orang yang bijak memilih untuk bahagia dengan banyak berdoa, 
 
yakin yang Allah Maha Pengasih beri kita yang terbaik,
 
 redha dengan setiap yang berlaku, cari hikmah dalam 
 
semua hal, banyak senyum, bantu orang, belanja orang, maafkan orang,
 
 pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, menonton kartun, syukur dengan 
 
apa yang telah ada di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan orang, dan seumpamanya.
 
  Orang bahagia insya Allah sihat, orang sayang, mudah buat keputusan, 
 
berjaya dalam pelajaran/kerjaya, hidup berkat, hebat Allah redha. 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...