Sahabat Maya :

Monday, November 12, 2012

:) Sudi-sudilah baca





Setiap manusia yang hidup
 di atas muka bumi ini pasti akan meghadapi
 tekanan ( stress ). Orang yang tidak
 menghadapi stress di dalam hidup ,
 mereka tidak dapat merasai 
nikmat hidup yang sebenar. 


Stress bukanlah
 sesuatu yang tidak baik. 
Kadang-kadang kita perlu ada stress
 untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan. 



Yang tidak baik ialah apabila
 stress itu terlalu kuat sehingga kita
 tidak dapat mengawalnya.



 Oleh itu, apa yang penting ialah
 kita perlu pandai menguruskan 
stress kita supaya ia 
dapat mendatangkan 
kebaikan kepada diri kita.
Di bawah ini beberapa tips 
pengurusan stress sebagai 
panduan untuk semua.




 Bacalah.......


* Sentiasakan diri kita dalam
 keadaan berwuduk.
 
* Sentiasa membaca al-Quraan ,
 kalau boleh setiap hari 
sekurang-kurangnya 10 ayat.

* Sentiasa solat sunat sebagai
 tambahan kepada solat fardu.

* Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.

* Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.

* Sentiasa  menjauhi segala maksiat.

* Ringan tulang untuk bersedekah 
atau melakukan kebaikan.

* Bersangka baik dengan Allah s.w.t. 
Segala ketentuan Allah pasti ada
 kebaikan kepada kita.

* Menjaga kesihatan dengan bersukan.

* Menjaga pemakanan yang betul ( diet ).

* Hargailah kebolehan diri sendiri.

* Terimalah kekurangan yang ada
 pada diri kita dengan hati yang terbuka.

* Bersyukur dengan nikmat 
yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

* Cintai diri sendiri.

* Terima segala kententuan Allah s.w.t 
( Qada' dan Qadar Allah ).

* Luahkan perasaan dan menangis 
sepuas-puasnya di hadapan Allah s.w.t.

* Buat solat hajat.

* Melihat ke arah lautan.

* Melihat ke arah pohon yang menghijau 
lebih-lebih lagi di waktu pagi.

* Melihat ikan yang sedang berenang.

 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...