Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 15, 2012

Kuatkuasa enakmen murtad

Kuatkuasa enakmen murtad

 

Kuala Lumpur: Polis diminta menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam bagi membanteras kegiatan dan unsur murtad di negara ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata ini kerana polis berkuasa penuh terhadap enakmen berkenaan disamping mempunyai kepakaran serta kemahiran cukup, menahan dan menyiasat individu yang cuba memurtadkan orang Islam.

Katanya, walaupun enakmen berkenaan khusus untuk 
 orang bukan Islam, beberapa peruntukan dalamnya 
masih boleh diguna pakai untuk orang Islam yang mengajak atau memberi ruang kepada saudara seagamanya murtad.



Enakmen itu sudah lama wujud, tetapi ia tidak dikuatkuasakan. Polis mempunyai kuasa penuh melaksanakan enakmen berkenaan terutama menyiasat atau menahan individu yang cuba memurtadkan orang Islam, katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, enakmen yang diluluskan bagi menghalang gejala murtad dalam kalangan umat Islam sudah diwartakan di sembilan negeri seperti Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Pahang dan Kelantan sejak 1980, namun tidak dikuasakuasakan sepenuhnya.

 

 Sumber

 

 

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...