Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, September 30, 2012

Bajet suntik semangat atlit


Bajet suntik semangat atlit

Kuala Lumpur: Peruntukan RM50 juta bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janiero, Brazil, menyuntik semangat atlit untuk memburu pingat emas pertama negara pada temasya sukan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ini adalah peruntukan terbanyak kementerian peroleh bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016.
Ternyata ia menunjukkan betapa serius Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada sukan negara.

Beliau (Perdana Menteri) faham sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberi inspirasi kepada generasi muda terbabit dalam sukan, katanya mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Mengenai peruntukan RM80 juta diberi untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban, Negeri Sembilan dan akademi badminton di Bukit Kiara di sini, Ahmad Shabery berkata ia adalah hasil kejayaan atlit di temasya Sukan Olimpik London, Ogos lalu.


Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong percaya peruntukan untuk program Road to Rio yang bertambah sekali ganda berbanding Road to London boleh menyemarakkan lagi pemburuan emas Olimpik pertama negara.


Tambah pingat

Sasaran MSN ialah memperbaiki pencapaian di London dengan menambah pungutan pingat dan jumlah peserta yang layak secara merit, katanya.

Beliau turut menyambut baik pertambahan peruntukan untuk beberapa temasya antarabangsa lain termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan Para Asean 2013 (Myanmar), Sukan Komanwel 2014 di Glassgow, Scotland dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang keseluruhannya berjumlah RM95 juta. 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...