Sahabat Maya :

Tuesday, September 18, 2012

800 murid dari Johor lawat Legoland

800 murid dari Johor

lawat Legoland

YAYASAN Maybank membawa 800 murid daripada 15 sekolah rendah terpilih di Johor untuk melawat Taman Tema Legoland Malaysia dengan menikmati pelbagai hiburan dan permainan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.



Aktiviti ini dijalankan sebelum taman tema berkenaan dibuka secara rasmi kepada umum pada 15 September lalu.






Pelajar terbabit didatangkan khas daripada beberapa sekolah angkat Maybank di Johor antaranya Sekolah Rendah Kebangsaan Kesang Tasek, Sungai Mati (Muar); Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Hj Manan (Kluang), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Ban Foo (Ulu Tiram) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Teriang (Endau).






Selain itu, 30 kanak-kanak daripada Persatuan Kanak-kanak Spastik Johor turut menjadi tetamu istimewa di taman tema ini.




Hadir sama, Pengarah Maybank Kawasan Johor/Melaka, Mohd Gharif Talib bersama 100 kakitangan Maybank Johor yang turut meluangkan masa secara sukarela meraikan tetamu kecil berkenaan.




Selain diberikan tiket masuk ke taman tema berkenaan, murid terbabit disediakan kemudahan makan minum dan pengangkutan daripada sekolah masing-masing.




Program ini sebahagian daripada inisiatif Yayasan Maybank untuk memberi peluang kepada mereka menikmati keunikan taman tema terbaru berkenaan.




Ia bukan saja menyediakan pelbagai kemudahan unik dan menarik, malah pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan interaktif bertemakan permainan lego.





Menurut Ketua Sekretariat Yayasan Maybank, Eliza Mohamed, sumbangan tiket ke taman tema terbabit adalah susulan usaha sama terjalin antara Legoland Malaysia dengan Maybank baru-baru ini.





Malah, Maybank turut dilantik sebagai bank runcit rasmi di taman tema terbaru itu.




“Inisiatif dilaksanakan Yayasan Maybank antara lain untuk menzahirkan misi Kumpulan Maybank sebagai penyedia perkhidmatan kewangan prihatin yang sentiasa dekat dengan komuniti.




“Kami melaksanakan pelbagai program demi memajukan komuniti, menyokong golongan kurang berkemampuan, menyediakan bantuan pendidikan dan memulihara alam sekitar,” katanya.




Pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi istimewa sepanjang tempoh tertentu dan manfaat ini diperoleh daripada bayaran dibuat menerusi saluran elektronik Maybank. Selain itu, kanak-kanak juga diberi baucar diskaun dan peluang menyertai pelbagai promosi menarik. Tawaran ini tertakluk kepada promosi yang dianjurkan.





1 comment:

  1. We were there, thank you Yayasan Maybank and Legoland. We got RM 30 voucher and some goodies, each. This year for those kids who get no. 1-3 in Final Exam (Year 4, 5, 6) have the chance to go there again. Wow.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...