Sahabat Maya :

Tuesday, August 28, 2012

Sukan layang-layang


Jadikan sukan layang-layang

satu kurikulum sekolah

Chiw Tiang Chai (kanan) cuba menerbangkan layang-layang
Jalur Gemilang sambil dibantu oleh Wong Soo Tang
pada Perasmian Pesta Layang-Layang Negeri Melaka
di Kota Laksamana, Melaka, semalam.




MELAKA 26 Ogos - Persatuan Rakan Layang-Layang Melaka mencadangkan agar sukan layang-layang dijadikan salah satu daripada aktiviti kurikulum sekolah bagi memelihara sukan tradisi dan warisan negara itu.



Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka, Senator Datuk Chiw Tiang Chai berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan tersebut pada sesi Parlimen tidak lama lagi.



"Ini merupakan satu cadangan yang baik dalam mengekalkan tradisi dan warisan sukan layang-layang di negara ini.



"Kalau sukan ini boleh dijadikan satu daripada aspek pembelajaran, sudah tentu dapat membangkitkan minat serta menjamin perkembangannya di peringkat yang lebih tinggi kerana ia kini turut diperluaskan ke negara jiran seperti Thailand dan Singapura," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Layang-layang dan Kibar Jalur Gemilang di Taman Kota Laksamana di sini hari ini.



Menurut beliau, persatuan layang-layang tunggal yang diwakili oleh kaum Cina itu kini mempunyai keahlian mencecah 100 orang dalam lingkungan usia belasan tahun hingga 75 tahun.



Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden persatuan itu, Datuk Wong Soo Tang.



Kata Soo Tang, cadangan itu dibuat bagi mencari pewaris di kalangan generasi muda yang kelak mampu menghidupkan serta mewarnai sukan tersebut.



"Saya dapat tahu sekarang ada program 1Murid 1Sukan di sekolah, jadi tidak salah jika permainan layang-layang dijadikan satu daripada aktiviti kurikulum kerana ia juga merupakan salah satu sukan.



"Biarpun layang-layang satu sukan yang mahal kerana boleh mencecah harga ribuan ringgit, namun kita boleh memperkenalkan layang- layang tempatan yang harganya lebih rendah iaitu antara RM10 hingga RM20 dahulu di peringkat sekolah.



"Persatuan sanggup membantu pihak sekolah dalam memberi tunjuk ajar dari segi pembuatan dan permainan layang-layang," katanya.



Sumber









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...