Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, July 1, 2012

Kemudahan Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M)







Kenal pasti pelajar layak

terima iTR1M

KUALA LUMPUR 29 Jun - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah mengerakkan pasukan petugasnya ke sekolah-sekolah bagi mengenal pasti bilangan pelajar yang layak menikmati kemudahan Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M).



Dalam masa sama, Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihak sekolah diberi tanggungjawab memilih pelajar yang layak iaitu daripada kalangan kurang berkemampuan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.



"Selain mengenal pasti pelajar yang layak, kita juga melihat kemudahan teknologi maklumat dan internet di sekolah serta pusat-pusat komuniti sedia ada sama ada ia mencukupi untuk menampung program ini.



"Ini kerana, calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen menggunakan sepenuhnya kaedah pembelajaran secara dalam talian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta memberi perincian mengenai kemudahan tuisyen percuma atau iTR1M yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.



Di bawah program itu, selain calon UPSR dan SPM, calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) turut terlibat menikmati kemudahan tersebut yang disediakan di luar waktu persekolahan.



Menurut Alimuddin, kemudahan tuisyen untuk calon UPSR dan subjek Sains Tulen disediakan melalui kemudahan portal pendidikan yang dibangunkan oleh sebuah syarikat dilantik YGMB iaitu www.unicliq.com manakala calon PMR dan SPM dibimbing secara konvensional oleh guru-guru terpilih.



"Tidak semestinya guru yang dipilih ini datangnya dari sekolah yang sama, kita juga mungkin ambil guru dari sekolah lain yang lebih berprestasi tinggi," katanya.



Tambah beliau, calon UPSR akan diberi bimbingan dalam semua subjek manakala calon PMR serta SPM meliputi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.




















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...