Sahabat Maya :

Thursday, June 21, 2012

Remaja dipelawa tulis esei hak sebagai rakyat



Remaja dipelawa tulis

esei hak sebagai rakyat


DR MAHATHIR, Presiden dan Pengurus Besar Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed  pada pelancaran pertandingan di Kuala Lumpur, semalam.
DR MAHATHIR, Presiden dan Pengurus Besar Maybank,
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed
pada pelancaran pertandingan di Kuala Lumpur, semalam.






PUTRAJAYA: Golongan muda Malaysia dalam lingkungan usia 13 hingga 25 tahun dipelawa menulis esei dan blogspot mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara pada Pertandingan Esei Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) 2012.






Pengarah Eksekutif YKP, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob, berkata pertandingan yang dianjurkan dua tahun sekali sejak 2006 adalah bagi membolehkan suara dan pandangan belia didengar, khususnya bagaimana penduduk dapat menjamin masa depan yang makmur dan cerah untuk negara.





Beliau berucap pada pelancaran pertandingan itu oleh bekas perdana menteri dan Presiden Kehormat YKP Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.








Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu: Kategori A untuk mereka berusia 13 hingga 17 tahun dan Kategori B antara 18 hingga 25 tahun, dengan tema ‘Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab kita sebagai Warga.’









Peserta boleh menulis sama ada dalam format esei atau blogspot dalam bahasa Melayu atau Inggeris, namun mereka digalakkan menulis dalam Inggeris.








Pertandingan berlangsung mulai semalam hingga 30 Oktober.







Pemenang hadiah utama pertandingan berpeluang menerima wang tunai RM8,000, sebuah iPad 2 dan E-Book Reader serta baucar buku.






Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh diperoleh melalui laman web di http://perdanaessaycompetition.com.my atau telefon 03-8885 8900 atau e-mel essay2012@perdana.org.my
– BERNAMA







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...