Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, June 19, 2012

Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru




Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru


Datuk Seri Dr Ali Hamsa
Datuk Seri Dr Ali Hamsa



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.





Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Kenyataan itu berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Ali.






Dr Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.






Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.







Beliau mempunyai pengalaman kerja luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.







Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.






"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...