Sahabat Maya :

Tuesday, May 22, 2012

Pengikut Facebook PM boleh sertai 'Kempen 1 Dalam Sejuta'







Pengikut Facebook PM


boleh sertai


'Kempen 1 Dalam Sejuta'



KUALA LUMPUR 21 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengundang pengikut Facebook beliau menyertai 'Kempen 1 Dalam Sejuta' untuk merebut peluang bertemu dengan Perdana Menteri.




Najib berkata, sejak mula berkecimpung dalam dunia media sosial, pertemuan seumpama itu banyak membantu beliau mengetahui isu-isu yang menyentuh kehidupan rakyat negara ini.




Katanya, hasrat untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan dalam talian telah lama dinyatakan, dan cara terbaik adalah untuk bertemu dan bersemuka.




"Selepas bertemu dengan beberapa pengikut Twitter saya baru-baru ini, saya ingin bersua pula dengan rakan-rakan Facebook saya.




"Oleh itu, untuk memilih rakan dalam talian saya yang bertuah, saya ingin mengundang semua rakyat Malaysia - termasuk anda - untuk menyertai kempen 1 Dalam Sejuta," katanya.





Memaklumkan perkara itu menerusi entri terbaru di blog www.1Malaysia.com, hari ini, Perdana Menteri berkata, mereka yang berhajat hanya perlu melawat laman Facebook beliau untuk mendaftar.





Sambil menyatakan yang beliau menantikan penyertaan semua, Najib juga mengingatkan supaya berita dan peluang itu turut dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan.





"Sekiranya rakan yang anda jemput dipilih sebagai pemenang, anda juga mungkin berpeluang untuk turut hadir bersama dengan mereka," katanya.






Pada 21 Mac lepas, Najib menyatakan hasratnya untuk bertemu dan minum petang bersama pengikut Facebook yang ke-sejuta sebagai tanda terima kasih beliau terhadap sokongan rakan media sosialnya sepanjang tiga tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri.





Perdana Menteri pertama kali mengadakan pertemuan dengan sekumpulan rakan-rakan dalam taliannya pada 13 Mac 2010 dengan menjemput mereka menghadiri majlis jamuan teh di Sri Perdana, Putrajaya.





Rakan-rakan dalam talian yang bertuah menyertai jamuan itu dipilih setelah mengisi borang kehadiran yang disediakan di laman blog Najib, www.1Malaysia.com.my. — BERNAMA






Sumber


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...