Sahabat Maya :

Sunday, March 25, 2012

Dunia Remaja:Apa itu remaja?






MEMAHAMI REMAJA



Dari dahulu sehingga sekarang golongan remaja merupakan salah satu isu hangat yang dibincangkan dan dikaji oleh pengkaji, ahli psikologi dan ingin difahami oleh masyarakat. Banyak pihak ingin mengkaji remaja dan bagaimana pula keadaan remaja itu sendiri yang dalam proses mengenal apa itu remaja?






Banyak alasan mengapa remaja menjadi bahan kajian. Dalam psikologi, remaja dilihat sebagai satu keadaan di mana zaman perubahan dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa. Zaman remaja yang penuh cabaran ini dinamakan period of storm and stress dalam ilmu psikologi. Ketika ini biasanya remaja mengalami tiga keadaan dalam kehidupan mereka. Remaja akan ada konflik dengan orang dewasa, remaja mengalami perubahan mood yang cepat dan berkelakuan dengan tingkahlaku yang berisiko.





Peranan orang dewasa sebagai kelompok rujukan bertentangan dengan peranan rakan sebaya yang menjadi ukuran dan pedoman dalam bertingkahlaku. Ketika ini remaja mula bertingkahlaku dengan gaya rambut yang pelbagai, fesyen pakaian yang terkini, mendengar muzik kegilaan remaja kini dan bercakap dengan bahasa gaya remaja yang tersendiri.






Mood yang tidak stabil juga mempengaruhi tingkahlaku remaja. Perubahan ini juga berkait rapat dengan ketegangan yang dialami remaja dalam kehidupan mereka. Dalam psikologi mood ini boleh dibahagikan kepada mood-dependent memory dan mood congruence effects. Mood-dependent memory ialah suatu maklumat yang menimbulkan mood tertentu, manakala mood congruence effects pula ialah kecenderungan untuk menyimpan maklumat positif ketika mood dalam kedaan baik ataupun maklumat negatif ketika dalam keadaan mood tidak baik. Kesimpulannya tingkahlaku remaja berkait rapat dengan mood persekitaran remaja.





Remaja juga merupakan golongan yang terkenal dengan golongan yang suka mengambil risiko. Mereka agak nekad dalam mengambil keputusan bertingkahlaku mempunyai keinginan yang besar untuk mencuba.Sebagai remaja anda mungkin ingin mengenali diri anda dengan lebih mendalam adakah anda seorang yang suka mengambil risiko? Atau sebaliknya. Anda boleh mengetahui diri anda dengan menjawab soalan-soalan di bawah…..





ADAKAH ANDA SUKA MENGAMBIL RISIKO?




1. Apa pendapat anda mengenai kata-kata ”
anda mesti membuat spekulasi untuk mendapat hasil”

a) Tidak bersetuju
b) Kadangkala betul
c) Bersetuju




2.Berapa kerapkah anda memandu melanggar lampu isyarat jalanraya?

a) Tidak pernah
b) Kadang-kadang
c) Kerap




3. Adakah anda mengambil bahagian dalam sukan yang merbahaya?

a) Tidak
b) Tidak, tetapi akan mencuba jika ada peluang
c) Ya





4.Adakah anda takut menaiki kapal terbang?

a) Ya
b) Sedikit takut
c) Tidak takut langsung





5.Adakah anda akan mencuba membuat terjun payung?

a) Tidak mungkin
b) Mungkin akan mencuba
c) Ya





6.Anda mengambil bahagian dalam rancangan Who wants to be a millionaire dan telah memenangi hadiah RM64,000. Soalan seterusnya bernilai RM125,000 akan dimenangi jika anda menjawab dengan betul, tetapi jawapan anda salah,anda akan hanya dapat RM32,000Adakah anda akan mencuba atau pulang dengan RM64,000?

a) Ambil duit RM 64,000
b) Tidak pasti, bergantung kepada perasaan ketika itu
c) Akan mencuba





7.Anda telah bercinta dengan pasangan anda selama setahun dan selalu bergaduh, tiba-tiba ada kawan menyatakan ada seseorang yang amat berminat dengan anda, adakah anda akan menukar pasangan?

a) Tidak pasti
b) Akan memikirkan dengan mendalam
c) Akan ambil peluang yang ada




8.Berapa kali anda memecut kenderaan melebihi 70 km/j diatas jalanraya?

a) Tidak pernah
b) Kadang-kadang
c) Selalu




9.Adakah anda akan mencuba mengambil risiko?

a) Tidak
b) Kadang-kadang
c) Ya




10.Kenyataan manakah yang mewakili pandangan anda mengenai insurans?

a) Saya mempercayai sistem insurans yang ada
b) Saya tidak pasti adakah ianya perlu dan di mana ianya penting
c) Insurans memang tidak bagus




11.Adakah anda pernah melakukan sesuatu yang berisiko yang anda harap tidak diberitahu kepada orang lain ?

a) Tidak ada
b) Kadang-kadang saya perlu ada
c) Ya, lagipun ianya memberi rasa seronok




12.Adakah anda akan memanjat bumbung rumah untuk membaiki atao?

a) Tidak mungkin
b) Mungkin, tetapi dengan berhati-hati
c) Ya, ianya tidak membebankan saya




13.Anda telah membuat tempahan untuk melancong ke Bali, 2 hari sebelum berlepas, ada kejadian letupan bom, adakah anda akan meneruskan percutian ?

a) Tidak, saya akan membatalkan tempahan
b) Saya mungkin akan meneruskan melancong
c) Tidak mungkin saya akan membatalkan




14.Anda sedang mencari pekerjaan dan ditawarkan pekerjaan yang agak berisiko seperti pegawai bomba, polis, adakah anda akan menerima tawaran tersebut?

a) Tidak
b) Kemungkinan terima
c) Ya, menerima tawaran




15.Ketika anda melintas jalan, adakah anda akan meneruskan walaupun lampu isyarat berwarna merah bagi pejalan kaki?

a) Tidak
b) Kadang-kadang melintas
c) Akan melintas juga




16.Anda memenagi hadiah wang tunai RM50,000 dan bercadang melaburkan, apakah tindakan anda?

a) Akan melaburkan dalam pelaburan Amanah Saham ....
b) Melaburkan dalam institusi yang menawarkan faedah paling tinggi
c) Akan melabur dalam institusi yang tinggi faedah pelaburan dengan risiko yang sedikit




17.Aktiviti yang anda suka.

a) Bersantai
b) Menonton perlumbaan Formula 1
c) Aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan walaupun berisiko tinggi





18.Adakah anda mengambil risiko untuk memenangi sesuatu pertandingan walaupun agak berbahaya?

a) Tidak mungkin
b) Bergantung kepada keadaan
c) Ya dan ianya menyeronokkan




19.Adakah anda akan meninggalkan suatu pekerjaan yang pendapatan bagus kerana ingin membuat pekerjaan yang anda amat suka?

a) Tidak
b) Mungkin
c) Ya




20.Bandar manakah yang anda suka tinggal?

a) Kuala Terengganu
b) Kuantan
c) Kuala Lumpur




21.Ketika pertama kali masuk bilik hotel, adakah anda membaca mengenai keselamatan?

a) Ya
b) Kadang-kadang jika terperasan
c) Tidak




22.Adakah anda akan melanggar undang-undang jika ada peluang, dan ianya satu cara yang boleh menyelamatkan anda?

a) Tidak dan tidak berani melakukannya
b) Tidak pasti
c) Akan melakukannya




23.Berapa kali anda betul-betul menaiki roller-coaster?

a) Tidak pernah
b) Lebih dari sekali, kerana kawan-kawan atau keluarga ada bersama
c) Lebih dari sekali sebab enjoy melakukannya




24.Adakah anda merokok walaupun tahu kesan buruk kepada kesihatan diri?

a) Tidak merokok
b) Pernah merokok, tetapi sekarang merasakan tidak bagus untuk kesihatan
c) Masih merokok walaupun mungkin berisiko dapat penyakit





25.Keterangan yang paling berkaitan dengan diri anda sendiri

a) Boleh dipercayai dan steady
b) Berpengetahuan dan boleh diharapkan
c) Aktif dan suka buat sesuatu diluar jangka





Penilaian / pemarkahan



2 markah : Jawapan c


1 markah : Jawapan b


0 markah : Jawapan a




40- 50 markah

Anda seorang yang suka mengambil risiko, tiada siapa yang boleh menghalang cita-cita anda. Anda disukai ramai kerana sifat anda. Anda mungkin menjadi seorang yang berjaya ataupun mungkin akan kerugian beberapa kali. Sebaiknya anda lebih berhati-hati dalam keputusan bertindak dan anda akan menjadi lebih berjaya.





25 – 39 markah

Anda dalam keadaan berhati-hati dengan kehidupan atau aktiviti harian. Kurang mengambil risiko dengan membuat pertimbangan sewajarnya dahulu dan mengambil kira banyak aspek sebelum melakukan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, anda merasa seronok dengan kehidupan sekarang.




Kurang 25 markah

Anda seorang yang mengambil pendekatan tidak agresif dalam aktiviti harian. Walaupun pendekatan ini ada hasil yang tersendiri, tetapi anda kena ingat kehidupan ini penuh dengan pengalaman yang kadangkala kita kena cari dan cuba dan mengambil peluang yang ada. Membuat sesuatu yang berisiko akan menambahkan lagi pengalaman hidup, jadi kadang-kadang anda perlu mengambil langkah berisiko dalam aktiviti supaya hidup lebih banyak pengalaman.




Sumber









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...