Sahabat Maya :

Saturday, December 24, 2011

Sambut Krismas dengan fahami rakan Malaysia lebih baik: Najib




Sambut Krismas

dengan fahami rakan Malaysia lebih baik: Najib



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa rakyat Malaysia supaya menyambut Hari Krismas dengan memahami rakan rakyat Malaysia dengan lebih baik, dan menghargai mereka atas kepelbagaian dan kekuatan yang mereka bawa kepada negara ini.





"Apa yang paling saya suka mengenai waktu Krismas ialah ia mengingatkan kita
semua untuk menyebarkan perasaan muhibah dan kegembiraan, tepat pada masanya untuk menyambut Tahun Baru dan membuat permulaan yang baru. Tidak salah sekiranya kita diingatkan sekali-sekala," katanya.




Dalam perutusan Hari Krismas yang dimuatkan dalam laman blog beliau,
www.1Malaysia.com.my, Najib berkata, beliau sentiasa percaya bahawa sebagai
sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan, "kita mesti merebut peluang untuk
memupuk persefahaman yang lebih baik antara rakyat Malaysia daripada budaya dan
kepercayaan yang berbeza."




Perdana Menteri berkata, beliau mengetengahkan kepercayaan beliau ini pada Julai
lepas apabila beliau mengetuai delegasi kerajaan untuk membuat kunjungan hormat
kepada Pope Benedict XVI di kediaman musim panas beliau di Castel Gandolfo, dan
berkongsi wawasan beliau mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global.




"Dari lawatan kerja itu, Malaysia dan Holy See (Vatican City) telah bersetuju
untuk mewujudkan hubungan diplomatik, yang saya harap akan membawa kepada pautan



dan dialog antara agama yang lebih erat antara kita," katanya. - BERNAMA






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...