Sahabat Maya :

Thursday, December 1, 2011

PLKN perkenal latihan fizikal baru






LANGKAWI: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memperkenalkan latihan fizikal yang baru khusus bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan, tahun depan.



Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad berkata ia akan dapat melahirkan pelatih-pelatih yang lebih berwibawa dan membawa ke arah pembinaan sebuah negara yang sihat.



"Kita perlu melaksanakan program yang berbeza dari tahun ke tahun untuk melengkapkan diri para wira dan wirawati dengan pelbagai ilmu," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 3 siri 8/2011, di sini hari ini.




Menurutnya setakat ini lebih 500,000 pelatih dari 87 kem di seluruh negara menjalani program itu sejak ia mula diperkenalkan lapan tahun lalu.




Beliau berkata tiga program yang baru diperkenalkan kepada pelatih PLKN di seluruh negara tahun ini ialah budaya kerja, kesihatan reproduktif sosial dan I-smart.



Program I-smart memberi penekanan kepada pelatih-pelatih yang mempunyai masalah membaca dan menulis. - Bernama




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...