Sahabat Maya :

Sunday, December 25, 2011

Kulit kacang diolah menjadi kumbang

Kulit kacang

diolah menjadi kumbang


WARNA-WARNI...kulit kacang yang diolah menjadi kumbang.
WARNA-WARNI...
kulit kacang yang diolah menjadi kumbang.




TERNYATA kreativiti yang digarap penuh seni memberikan persepsi di luar kebiasaan jika ia berupaya memukau pandangan.




Keunikan itulah sebenarnya yang mewarnai setiap produk kraf Attitude Planet Art (APA) di gerai Variasi sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) 2011 di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka, hujung minggu lalu.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal6





Gubahan tersusun indah berasaskan buah angsana yang menghiasi gerai Variasi itu sememangnya berjaya mencuri perhatian sesiapa.





Dikreatifkan dengan cara tersendiri, gubahan itu tampil memukau apabila buah angsana diwarnakan merah, kuning, hijau dan biru.





Pemilik kediaman yang gemarkan suasana ringkas dan praktikal sesuai memilih gubahan berkenaan kerana ia digubah tidak terlalu padat.




Letak di sudut manapun keindahan dapat digambarkan sepenuhnya lantaran produk seni rimba itu berupaya menjadi titik fokal luar biasa.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal1




Anda boleh mencipta kelainan dengan menggabungkan gubahan itu atau menyelitkan beberapa kuntuman bunga hiasan lain dan aksesori hiasan ringkas.




Bukan sekadar itu, dekoratif buah angsana turut diilhamkan pada lakaran berlatarkan batik dan pemandangan.




Ia kemudian diabadikan dalam bingkai bergambar dan pengunjung boleh menjadikannya cenderahati untuk dibawa pulang.




Dekoratif menarik itu kemudian diabadikan dalam bingkai bergambar dan peserta boleh menjadikannya cenderahati untuk dibawa pulang.




Tiada yang lebih memberikan makna selain kreativiti sendiri menjadi elemen hiasan kediaman, ditambah keunikan buah angsana menerusi karakter dan nilai keindahan semula jadinya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal2



Sementara itu, pengolahan kulit kacang pistasio yang ditampilkan dalam bentuk kumbang pelbagai warna berjaya mencuri perhatian pengunjung.




Menerusi tunjuk ajar pereka dalaman APA, Fauzi Abd Majid dan Hisham Kamaruddin, pengunjung diberi peluang menghasilkan sendiri produk kraf berkenaan.




Bermula dengan curahan idea mengikut cita rasa sendiri pada kertas latarnya hingga pilihan warna sesuai untuk kumbang, kreativiti itulah yang membuat–kan ia kelihatan unik.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal3




“Kali ini pengunjung diberi peluang menunjukkan daya kreativiti sepenuhnya dan elemen yang paling menjadi tarikan adalah kumbang berasaskan kacang pistasio.




“Setiap kulit kacang itu sesuai digarap atau dikreatifkan menjadi seekor kumbang unik yang menambahkan kelainan pada gambar pemandangan, bunga-bungaan atau lakaran anda sendiri,” katanya yang juga pemilik bersama APA.




Malah pengunjung berpeluang melihat material asal kacang pispachios dan lakaran menggunakan cat turut disediakan bagi memudahkan anda memilih reka letak kumbang.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal4




Sememangnya musim cuti sekolah ini turut memberi peluang kepada beberapa pelajar menyertai sesi bengkel APA itu.




Bagi Nor Hafizah Abd Malek, 11, sesi bengkel berkenaan memberi peluang kepadanya untuk menghasilkan produk kraf itu mengikut cita rasa sendiri.




“Selepas melakar latar belakang pada kertas menggunakan cat air, saya cuba kreatifkan ia dengan menyusun sendiri kedudukan beberapa ekor kumbang mengikut kesesuaian.




“Sekurang-kurangnya ia menjadi sesuatu yang paling menarik untuk saya tunjukkan kepada rakan sebaik sekolah dibuka kelak,” katanya.




Bagaimanapun, sesi bengkel itu turut menarik perhatian Soo Poh Chew, 41, untuk memberi galakan kepada dua anaknya Richard, 13, dan Ricky, 11, menjadi peserta.




“Bengkel ini membabitkan kerja tangan kreatif dan ia amat sesuai untuk pelajar kerana pada masa sama merangsang perkembangan minda serta aktiviti menyeronokkan.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal5




“Karya seni yang dihasilkan ini juga menjadi dorongan kepada generasi muda untuk lebih menghargai keunikan produk seni rimba,” katanya dari Taman Pokok Mangga, Melaka.




Melihat kelainan produk seni rimba itu, APA turut berkongsi pengetahuan dengan pe–ngunjung mengenai proses penghasilan produk seni rimba itu supaya tahan lama dan tidak mudah terjejas biar pun dalam tempoh lama.




“Kulit kacang itu perlu direndam dengan bahan kimia atau peluntur selama dua jam.





“Kemudian bilas dan jemur atau letakkan dalam ketuhar selama 15 minit dalam suhu sederhana.





“Selepas itu, proses pewarnaan dilakukan mengikut pilihan anda sebelum ia boleh digunakan sebagai produk gubahan,” kata Fauzi.




Biarpun melalui proses penghasilan atau pengawetan yang rumit, keadaan semula jadi semua produk berkenaan masih kekal asli.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kulitkacangdiolahmenjadikumbang/pix_gal7



Sumber









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...