BERITA baik untuk kaum hawa yang gemarkan fotografi. Tidak perlu lagi mengheret kamera besar dan berat kerana kini anda boleh mendapatkan teknologi SLR hanya pada kamera sebesar tapak tangan!
Inilah teknologi terbaru yang diketengahkan Nikon. Memperkenalkan kamera kompak siri Nikon J1 dan Nikon V1 tetapi dipenuhi pelbagai fungsi kamera profesional.
Nikon J1 dicipta untuk mereka yang gemar merakamkan detik berharga dan mudah dibawa ke mana saja walaupun di dalam saku sendiri.
Lebih menarik, kamera ini juga boleh merakam video HD sepenuhnya apabila dilengkapi resolusi 1080/60i. Selain itu, bagi yang kreatif, anda juga boleh menggunakan kamera ini untuk merakam detik bahagia melalui fungsi video gerak perlahan dengan resolusi 400fps (640x240) hingga 1,200fps (320x120).
Selain itu, ia turut dilengkapi ciri auto yang mengawal elemen utama rakaman seperti komposisi gambar, warna, kecerahan, pergerakan dan subjek kemudian memilih mod senario yang tepat bagi menghasilkan foto terbaik sebelum ia dipaparkan menerusi skrin LCD bersaiz besar, 3.0 inci. Ia juga mempunyai ciri SLR apabila turut dilengkapi sistem pencarian optikal.
Tidak cukup dengan itu, kamera kompak ini turut membolehkan pengguna menukar lensa mengikut cita rasa mereka dengan menggunakan ‘mount adapter’ yang diselaraskan dengan lensa Nikkor F.
Apakah kelebihan kamera ini dibandingkan dengan SLR? Selain lebih ringan untuk dibawa, ia juga menampil kualiti gambar yang terbaik, mudah untuk digunakan, skrin LCD besar, 10.1 megapixel dan juga pilihan rakaman video yang lengkap.
Kekurangannya pula mungkin terletak pada harganya apabila Nikon 1 J1 di jual pada harga RM1,998 yang didatangkan bersama kit 10-30 mm, boleh dianggap mahal berbanding kamera kompak biasa.
Bagi siri V1 pula, ia tidak jauh berbeza berbanding J1. Namun, kelebihannya ia didatangkan bersama kit lensa yang boleh ditukar mengikut kesesuaian gambar yang ingin dirakam. Namun, harganya sedikit mahal berbanding J1 apabila dijual pada harga bermula RM2,858 (bersama kit 10-30mm).
Selain itu, perbezaan paling ketara antara dua produk ini adalah Nikon 1 J1 didatangkan bersama flash sebaliknya V1 pula tidak. Bagaimanapun, V1 boleh menggunakan flash daripada Nikon ‘SpeedLight SB-N5 flashgun’.
Tambah menarik, siri V1 turut dilengkapi dengan shutter elektronik ataupun secara manual. Malahan, kedua-duanya juga boleh dipilih menerusi menu untuk disesuaikan dengan pengguna.
Seperti J1, Nikon V1 juga mensasarkan pengguna wanita yang berkeluarga sebagai tumpuan penjualan. Mahukan sebuah kamera secanggih SLR tetapi kecil, inilah produknya.
INFO
PRODUK: Nikon 1
HARGA: RM1,998 (J1), RM2,858 (V1)
PENGELUAR: Nikon Corporation
PERTANYAAN: Nikon Malaysia Sdn Bhd
TELEFON: 03-7809 3688
LAMAN WEB: www.nikon.com.my
No comments:
Post a Comment