Sahabat Maya :

Sunday, January 30, 2011

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)





Pentaksiran Sekolah (PBS)

Sekolah akan menjalankan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan terhadap murid KSSR Tahun 1 mulai tahun 2011 ini.



Dari segi tujuannya, ia bagi mengurangkan bebanan peperiksaan awam terhadap murid-murid dan memberi penilaian yang menyeluruh kepada mereka bagi melahirkan modal insan yang bukan tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi cemerlang secara holistik yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia.



Penilaian ini akan berterusan sehinggalah murid-murid ini tamat pelajaran mereka di tingkatan 5. Dijangkakan pada tahun 2015, peperiksaan UPSR hanya membawa markah 30% dari markah keseluruhan yang akan dikira untuk murid-murid ini memasuki sekolah menengah.




Kalau dahulu, penilaian berdasarkan gred A, B, C, D dan E, namun kini akan digantikan dengan sistem BAND seperti MUET.




Band 1 - Tahu

Band 2 - Tahu, faham

Band 3 - Tahu, faham, boleh buat

Band 4 - Tahu, faham, boleh buat dengan beradab

Band 5 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab terpuji

Band 6 - Tahu, faham, boleh buat dengan adab mithali




Band 1-3: Asas

Band 4: Cemerlang

Band 5: Gemilang

Band 6: Terbilang



Sumber : MGB Daerah Sepang






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...