Sahabat Maya :

Thursday, January 13, 2011

Deklamasi Sajak.









Pada bahu ini...
yang digelarkan cikgu
diletakkan 1000 harap

oleh ibu
oleh bapa
yang datang
dengan wajah tersenyum
anak-anak dibawa
dengan
harapan menggunung disandar jua.




"Cikgu, anak saya ini tidak pandai!
Wahai cikgu tunjuklah dia!
Berapa ribu saya sanggup sediakan!
Cuma diharap dia mara ke hadapan!
Maksudnya dalam pelajaran!"




Cikgu dengan wajah girang
terima tanggungan yang bukan kepalang
harapan besar akan ditunaikan.




Lalu anak-anak
yang tiada dosanya
dicalit pelbagai warna-warna
dicampur aduk dengan seribu ragam
di sekolah cikgu kata itu
di rumah ibu kata ini
di jalan kawan kata situ
di dalam bas abang kata sini
banyak kali jua TV kata sana
warna-warna itulah
bercelaru di kepalanya
warna-warna itulah
menjadikan cikgu
kadang-kadang keliru dalam membantu
kadang-kadang membuatkan ayah membisu
dan kepala anak menjadi batu.





Lalu pada bahu ini
seorang cikgu
menyaksikan harapan
yang tidak kunjung datang
memilih warna
yang semakin sukar diadunkan
dan selepas habis segalanya jiwa raganya,
semangat nuraninya,
malah dirinya
diberikan untuk
mendidik anak bangsanya





dan.................................................
di hari kejayaan si ibu berkata:
"Anak saya pintar dan rajin....
sebab itulah dia berjaya!"







dan di hari kegagalan.....
si ibu pun berkata:
"Cikgunya semua malas-malas belaka...
tidak pandai mengajar.... ..
lantas anak saya gagal!!"





Tak mengapalah cikgu...
semua mereka itu
anak-anak orang
cikgu hanya menumpang tuah
kiranya..........................................
suatu masa nanti
bangsa ini dapat bangun
berdiri megah dengan anak watan
dan perjuangan cikgu
tidak pernah kan padam......




Dipetik dari Karl Laksamana









1 comment:

  1. Cikgu Roha.. semoga tetap bersemangat mendidik anak bangsa.. berjaya atau gagal.. kita usaha terdaya mampu ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...