Kata orang bijak pandai:-
 "Kunci untuk mendapat pengetahuan
  adalah daripada pembacaan dan penulisan."
 
 
  Kepada   kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia  tiga tahun   merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan  kepada   keluarga.
 
 
     Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.
 
 
  Secara   umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka  pada buku   seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang  menarik.
 
 
  Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi
 
 
  Ketika   berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan  kemahiran   membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi  penekanan   ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan  penggunaannya   dalam situasi seharian.
 
 
  Contohnya perkataan "mama" dan "papa".
 
 
  Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
 
 
  Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.
 
 
  Menurut   para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan  menyeluruh   kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental,  emosi,   sosial dan bahasa.
 
 
  Period   yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca  kepada   kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak  akan   sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
 
 
  - Umur   1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk  belajar   dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran  membaca pada   peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak  pengetahuan   berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
- Semasa  membaca, selalunya kita akan mengingat  perkataan yang disebut   serentak dengan perkataan yang bertulis.  Begitulah juga kanak-kanak.   Jika berusia 3 tahun dapat membaca,  tentulah kemahiran membaca akan   mempercepatkan proses pemahaman bahan  bacaan yang dibacanya.
- Kanak-kanak  sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3  tahun kerana  mereka sangat  dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru  dapat mengesan  perubahan ini  dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak  seperti, "Ni apa?"  atau "Apa  tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak  dari umur 2 hingga  12 tahun  bertanya sehingga 80 peratus daripada  percakapan mereka.  Apabila ke  sekolah menengah, pertanyaan telah  berkurangan sehingga 40  peratus.
Kanak-kanak   belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat  bertindak dan   lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar  membaca  semasa  di sekolah.
 
 
 
  Sebabnya   ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan  memahaminya   seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di  sekolah   belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai  mata   pelajaran yang berasingan.
 
 
 
  Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
 
 
 
  Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat.
 
 
 
  Bagi   pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami  apa   yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah    keupayaan membaca.
 
 
 
  Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
 
 
 
  - Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
- Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
- Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
- Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
- Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
- Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
- Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
- Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
Kesan tidak tahu membaca
 
 
  Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa.
 
 
 
  Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
 
 
 
  Pengaruhi   minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek  psikologi   seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.
 
 
 
  Kajian   yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak  yang   mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan  diri   dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru.
 
 
 
  Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
 
 
 
  Tidak   mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan    matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul    rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.
 
 
 
  Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
 
 
 
  Belajar   dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata  pujian dan   rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan  hilang   keseronokan.
 
 
 
  Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
 
 
 
  Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba
 
 
 
  Apabila   tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk  membaca   perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.
 
 
 
  Keadaan   ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa  terpaksalah   memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat  dipulihkan   kembali.
 
 
 
  Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?
 
 
  Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
 
 
 
  0 hingga 2 ½ tahun
 
  - mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
- kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
- kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
 
  - peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
- perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
- pada  peringkat ini, kesediaan membaca masih belum  terbentuk  sepenuhnya dan  ibu bapa harus bersabar semasa membimbing  anak-anak  mereka.
- mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
 
  - perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
- kanak-kanak  sudah menunjukkan minat dan kesediaan  membaca dengan  mengenali banyak  perkataan dan suka bertanya serta  melihat gambar.
- corak  pengajaran ialah mendedahkan kepada  persekitaran seperti  membezakan  bunyi-bunyi binatang atau kenderaan;  cara ini dapat melatih   kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran  mereka.
- mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat.
 
 
 
  Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
 
 
 
  Membantu kanak-kanak membaca
 
 
  Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting.
 
 
  Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
 
 
  - Jadikan   membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda  setiap   hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami  setiap   perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu  perkataan.
2.  Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali.  Mereka akan   mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka  sukai.   Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.3.  Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan  dan ulang   beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan  bagaimana mimik   muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda.  Tunjukkan perkataan   demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
4. Bincangkan  perkataan baru dan buatkan mereka  bermain-main dengan  perkataan itu.  Contohnya: Rumah yang besar ini  adalah istana. Siapa yang  kamu fikir  akan tinggal di istana? Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
 
 
 
  Bacakan   buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti  kisah   sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang    bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
http://www.iluvislam.com
              
