Sahabat Maya :

Tuesday, July 27, 2010

RESEPI KEJAYAAN


BAHAN-BAHANNYA



250 gram daya usaha
100 gram kesabaran
100 gram keimanan
190 gram keinsafan
150 gram pengorbanan
150 gram campuran akhlak mulia
(boleh didapati daripada
didikan akhlak
yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
250 gram senyum secukup rasa



CARA-CARA MEMBUATNYA:




  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukkan usaha dan kesabaran,gaul sehingga sebati.Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.


  • Biarkan adunan menjadi lembut.Setelah itu,campurkan keimanan,rasa tanggungjawab dan campurkan akhlak mulia.Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.


  • Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa serta tolak ansur dan hias dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada…



PESANAN:



UNTUK MENDAPATKAN KEK

YANG CANTIK DAN ELOK,

JAUHILAH IA DARIPADA

AIR MATA PUTUS ASA WALAUPUN SETITIK.

OLEH SEBAB

KEK KEJAYAAN INI AMAT SUKAR UNTUK DIBUAT,

SYABAS KEPADA SESIAPA JUGA

YANG BERJAYA

MELAKSANAKAN DENGAN BAIK!!!

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...