Sahabat Maya :

Thursday, June 17, 2010

~:::::KISAH BUDAK LELAKI DAN KUPU-KUPU:::::~




Butterfly






Pink Butterfly



KISAH BUDAK LELAKI DAN KUPU-KUPU



Seorang budak lelaki
menemui satu kepompong kupu-kupu.
Suatu hari, lubang kecil muncul.
Budak lelaki itu duduk dalam beberapa jam
mengamati ulat kupu-kupu berjuang
seolah-olah meronta-ronta keluar dari lubang
yang kecil itu. Kemudian kupu-kupu
itu berhenti bergerak, seolah-olah tidak
mampu berusaha lagi.



Dengan penuh belas kasihan, budak lelaki itu
mengambil keputusan membantunya.
Dia mengambil sebilah gunting lalu
memotong dan membesarkan
lubang kepompong itu.
Lalu,
kupu-kupu itu keluar
dengan mudahnya.




Namun,
kupu-kupu itu mempunyai
tubuh yang lemah dan kecil.
Sayap-sayapnya pula hanya
menguncup dan tidak berkembang.
Budak itu terus mengamatinya dengan
harapan pada suatu masa nanti, sayap-sayap
itu akan berkembang dan melebar.



Semuanya tidak pernah terjadi.
Kenyataannya, kupu-kupu itu
menghabiskan sisa hidupnya
merangkak di sekitarnya dengan tubuh
yang lemah dan sayap-sayap yang menguncup.
Ia tidak mampu terbang.



Sesuatu yang tidak diketahui oleh budak lelaki itu
adalah berkaitan kepompong yang menjadi
penghalang kupu-kupu itu keluar dari
lubang kecil itu.
Ia mempunyai sejenis cairan
yang dikeluarkan sepanjang usaha
kupu-kupu itu bergerak.



Cairan itu hanya menyerap ke dalam
tubuh dan sayap kupu-kupu
semasa badan kupu-kupu itu
bergerak-gerak dan meronta-ronta
keluar dari kepompong itu.
Selepas ia keluar dari kepompong,
cairan kepompong itu
meresap ke dalam seluruh tubuh
kupu-kupu dan sayapnya.
Semasa itu,
kupu-kupu bersedia
terbang!



Butterfly



  • Sebenarnya, kesusahan dan kepayahan yang menimpa diri kita adalah keperluan kerana sekiranya kita dibiarkan Tuhan tanpa sebarang kesulitan, sebenarnya ia melemahkan diri kita sebagai seorang manusia.


Blue Butterfly


  • Kadang-kadang, kita berasa kita tidak bernasib baik apabila menghadapi cabaran getir. Namun sesungguhnya, pengalaman itu adalah bekalan kita pada masa hadapan untuk menempuh hari-hari mendatang dengan lebih berani dan penuh kecekalan.

Pretty Butterfly



  • Justeru itu, bersyukurlah seandainya kita ditimpakan masalah dan kesusahan kerana itu tandanya peringatan Tuhan kepada setiap hamba yang disayanginya.



Yellow Butterfly


" Hanya spring yang ditekan

mampu melantun tinggi "

- Afyan Mat Rawi
RK Training & Management



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...