Sahabat Maya :

Thursday, April 15, 2010

40 KESILAPAN IBU BAPA



1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.


2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat(tidak menjaga adab semasa jimak).


3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.


4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.


5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan
kepada anak-anak.


6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.


7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.


8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.


9. Kurang melahirkan kasih sayang.


10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.


11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang
dari sekolah.


12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.


13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.


14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.


15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.


16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka
membaca.


17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman
yang tidak halal.


18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.


19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.


20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak.


21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.


22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.


23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.


24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.


25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.


26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.


27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.


28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.


29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.


30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan
anak-anak.


31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.


32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.


33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.


34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan.


35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.


36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.


37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas
anak-anak.


38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.


39. Tidak tegas mendidik anak-anak.


40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.




Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...