Sahabat Maya :

Sunday, April 18, 2010

10 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Membantu Menyelamatkan Bumi

For: More Energy,  Try: AN APPLE WITH PEANUT BUTTER
Food That Can Fix Anything

For: Little Age Lines, Try: GRAPES

Amalan hijau
sebenarnya
lebih mudah daripada
yang disangka.
Ada beberapa
perkara kecil
yang boleh anda lakukan
setiap hari untuk
membantu mengurangkan
gas-gas rumah hijau
dan
meredakan kesan berbahaya
terhadap alam sekitar.





Tugas menjaga
bumi ini bukan
sahaja suatu tanggungjawab – ia
suatu penghormatan.
Dengan semangat itulah
HowStuffWorks
telah memikirkan 10 perkara
yang boleh anda lakukan
untuk menyelamatkan
Bumi ini.





1. Perhatikan amalan penggunaan air anda.

Perkara-perkara kecil boleh
menghasilkan suatu
perubahan yang besar.
Setiap kali anda
menutup paip air

semasa sedang
memberus gigi,

anda melakukan
sesuatu yang baik.

Tandas anda bocor?
Anda mungkin membazir
sebanyak
200 gelen air sehari!

Cubalah
minum
air masak sendiri

daripada
membeli air botol,

supaya
anda tidak terlibat

dalam pembaziran
penggunaan
botol minuman.






2. Tinggalkan kereta anda di rumah.

Jika anda
dapat mengelak
daripada
menggunakan jalanraya
selama dua hari
sahaja dalam seminggu,
anda akan mengurangkan
pengeluaran gas rumah hijau
secara purata
sebanyak 1,590 paun setahun.
Gabungkan urusan
tugasan anda – pergi
ke pejabat pos,
kedai runcit dan kedai
membaiki kasut dalam satu trip.
Ini akan
menjimatkan minyak
dan juga mas
a anda.





3. Berjalan kaki ataupun
menunggang basikal

ke tempat kerja, sekolah
dan ke mana saja yang boleh.

Anda boleh
mengurangkan gas-gas
rumah hijau

sambil
membakar kalori serta

meningkatkan
tahap kesihatan anda.

Jikalau
anda tidak dapat berjalan kaki

ataupun
menunggang basikal,

gunalah
pengangkutan awam

ataupun
berkongsi kereta (
carpool).
Setiap kereta yang berkurangan
di jalan raya boleh membawa
perubahan yang besar.






4. Kitar semula.

Anda boleh
membantu

mengurangkan pencemaran
hanya

dengan membuang
tin soda itu

ke dalam
tong sampah berasingan.

Jika anda
hendak memilih

antara dua produk,
pilihlah produk
yang
paling minima

pembungkusannya.
Seandainya
sebuah bangunan pejabat

yang mempunyai 7,000 pekerja
mengitar semula semua
kertas buangan
pejabat selama setahun,

itu
bersamaan dengan

menegah hampir 400 kereta
daripada
menggunakan jalan raya.






5. Mengompos (Jadikan baja).

Fikirkan berapa
banyak sampah

yang anda
kumpul dalam setahun.

Mengurangkan
jumlah sisa pejal

yang anda
hasilkan dalam setahun

bermakna
berkuranglah ruang

yang digunakan
di kawasan
penimbusan sampah.

Jadi wang cukai anda
boleh dimanfaatkan

di tempat lain.
Tambahan pula,
kompos
adalah baja asli

yang cukup baik.
Membuat baja
adalah lebih mudah

daripada
yang anda sangkakan.






6. Tukar bal lampu anda.

Bal lampu
pendaflour padat

atau
compact fluorescent light bulbs
(CFL)
tahan 10 kali
lebih lama daripada

bal biasa
dan
menggunakan

kurang
daripada dua pertiga

jumlah tenaga.





7. Jadikan rumah anda lebih efisien
tenaga (dan menjimatkan wang).

Bersihkan
penuras udara anda

supaya
sistem pengudaraan anda

tidak perlu
bekerja lebih masa.

Apabila
hendak tidur,

perlahankan
penyaman udara – anda

tidak akan perasan
pun perbezaan

beberapa
darjah kedinginan

semasa anda tidur.





8. Selenggara kereta anda.

Tayar
yang kurang angin
akan

mengurangkan ekonomi
bahan api

sehingga
tiga peratus dan

menyebabkan bertambahnya
pencemaran
dan
meningkatnya

pengeluaran gas rumah hijau.
Tayar
yang kurang angin
juga

menyebabkan
ia cepat haus,

jadi anda dapat
menjimatkan wang

anda dalam
jangka masa panjang

jika anda rajin
memeriksa
tekanan tayar anda.






9. Memandu dengan bijak.

Pandulah
dengan perlahan – memandu

60 batu sejam dan
bukan 70 batu sejam
di lebuhraya,

anda akan jimat
4 batu
bagi setiap gelen.

Memecut dan membrek
terlalu kuat

sebenarnya akan
mengurangkan ekonomi
bahan api anda,

jadi
berpada-padalah apabila

menekan brek
dan
pedal minyak.






10. Padamkan lampu apabila anda
tidak berada di dalam bilik
dan cabutkan palam alat elektrik
apabila anda tidak menggunakannya.

Satu saat
pun cukup
untuk menjadi

prihatin
terhadap alam sekitar.





Empty water bottles in  a trash  can.
Jika terpaksa minum air botol, kitar semula selepas itu.

Composting

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...