JEDDAH: Azza Al-Thaqafi, 32, bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah 40 kilometer dari Taif.
Ibu dua anak itu keluar bekerja setiap hari dan menerima gaji penuh. Bagaimanapun, beliau tidak mengajar satu kelaspun.
Bimbang rezekinya tidak halal, Azza meminta pandangan Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz bin Abdullah Al-Asheikh yang mengesahkan rezekinya itu halal kerana beliau tidak bertanggungjawab terhadap situasi itu.
Suami Azza, Tariq berkata, isterinya pindah ke sekolah itu selepas sekolah tempat beliau mengajar sebelum ini ditutup akibat kekurangan pelajar.
“Namun, pengurusan sekolah tidak dapat memberikan sebarang kelas kerana Azza masuk bekerja pada pertengahan semester. Azza dijanjikan akan dapat kembali mengajar semester depan,” katanya.
Guru biasanya mengajar 24 kelas seminggu tapi di wilayah ini, ada guru yang mengajar hanya enam kelas sahaja. Namun, ada juga guru di wilayah lain, seperti di Makkah yang terpaksa mengajar hingga 36 kelas seminggu.
Penyelia Jabatan Maklumat Pendidikan, Fahd Al-Tayash bagaimanapun mendakwa masalah itu tidak meluas.
“Arab Saudi miliki 30,000 sekolah dan masalah ini wujud di sekolah perempuan,” katanya. - Agensi
myMetro
No comments:
Post a Comment