
Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Wednesday, March 5, 2014
PBS baharu lebih mesra guru
PBS baharu lebih mesra guru

Idris Jusoh (dua dari kanan) diiringi
Dr. Mohd. Yusof Noor (tengah) beramah mesra dengan bekas-bekas naib
canselor dalam majlis Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Bekas Naib
Canselor Universiti-universiti Malaysia di Universiti Islam Malaysia,
Cyberjaya semalam.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sistem baharu tersebut yang akan diumumkan pada 29 Mac ini selepas siap dikemaskini turut memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar.
"Sistem PBS bentuk baharu ini adalah mesra guru dan berfokuskan pengajaran. Sistem berkenaan juga tidak membebankan guru serta memberi lebih masa kepada mereka untuk fokus pada pengajaran," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Bekas Naib Canselor Universiti-universiti Malaysia di Universiti Islam Malaysia (UIM) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi UIM, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.
Dalam pada itu, Idris menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sistem PBS tersebut tidak mementingkan peperiksaan.
Katanya, elemen peperiksaan merupakan salah satu komponen dan pada masa sama, komponen lain turut dimasukkan.
"PBS merupakan satu bentuk pentaksiran lebih menyeluruh yang bukan hanya mengambil kira peperiksaan tetapi meliputi juga psikometrik pelajar, perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial mereka.
"Sebelum ini juga banyak pihak yang memberi komen bahawa sistem kita terlalu berorientasikan peperiksaan, oleh sebab itu pihak kementerian mengubah sistem berkenaan dengan memperkenalkan aspek lain juga," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, kementerian memberi hak sepenuhnya kepada guru besar di setiap sekolah untuk membuat keputusan sama ada meneruskan sesi persekolahan atau tidak berikutan keadaan berjerebu di sesetengah tempat.
"Guru besar lebih mengetahui keadaan di sekolah masing-masing dan sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) mencecah 200, semua sekolah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti luar dan kita serahkan pada kebijaksanaan guru besar untuk buat keputusan," katanya.
Sementara itu, mengulas isu sindiket penipuan pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Idris berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau mengulas pembongkaran satu sindiket yang menggunakan lambang Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan beberapa agensi lain bagi menjerat pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM untuk menghadiri sesi temuduga kemasukan ke universiti awam dan swasta dengan mengenakan bayaran.
Monday, March 3, 2014
Saturday, March 1, 2014
Air Zam Zam :)
"Dari Ibnu 'Abbas,
Rasulullah Saw
bersabda,
Sebaik-baik air
yang terdapat di muka bumi
adalah air Zam-Zam.
Di
dalamnya terdapat
makanan yang mengenyangkan
dan penawar penyakit.
"Dari Jabir dan Ibnu 'Abbas,
Rasulullah Shallallahu
'alaihi wa
sallam bersabda,
Air Zam-Zam, bergantung
niat orang yang
meminumnya."
Abu Dzar al Ghifari berkata,
Selama 30 hari, aku tidak
mempunyai makanan
kecuali
air Zam-Zam.
Aku menjadi gemuk
dan lemak perutku menjadi sirna.
Aku
tidak mendapatkan dalam
hatiku kelemahan lapar.
"Dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'anh,
Rasulullah Shallallahu
'alaihi
wa sallam bersabda :
"Air Zam-Zam sesuai
dengan niat ketika meminumnya.
Bila engkau meminumnya
untuk ubat, semoga Allah
menyembuhkanmu.
Bila engkau
meminumnya
untuk menghilangkan dahaga,
semoga Allah menghilangkannya.
Air
Zam-Zam adalah galian Jibril,
dan curahan minum
dari Allah kepada Ismail.
Friday, February 28, 2014
Pendidikan rapat jurang pendapatan
Pendidikan rapat jurang pendapatan

Najib melawat dewan pembelajaran
awal
kanak-kanak selepas merasmikan
kampus baharu Universiti Antarabangsa
UNITAR, di Kelana Jaya, semalam.
Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan pentadbiran kerajaan bekerja keras menentang ketidakadilan dan mengisytiharkan perang terhadap pendapatan yang tidak seimbang.
“Sebahagian daripada kita lebih makmur daripada yang lain, manakala ada antara kita yang masih bergelut untuk hidup,” katanya ketika merasmikan kampus baharu Universiti Antarabangsa UNITAR, di Kelana Jaya di sini, semalam.
Penyelesaian terbaik
Najib berkata, antara satu punca pendapatan yang tidak seimbang adalah ketidaksamaan peluang dengan ada yang bernasib baik berbanding yang lain.
Katanya, untuk mencapai keseimbangan ekonomi, kerajaan menumpukan kepada pendidikan kerana ia adalah penyelesaian yang terbaik bagi merapatkan jurang pendapatan.
Beliau berkata, pada 1959, apabila Universiti Malaya (UM) mengambil penuntut sulung, jumlahnya sangat sedikit, iaitu 300 orang.
“Pada 1967, jumlah penuntut dalam pengajian tinggi meningkat kepada 4,500 dan kini seorang daripada empat rakyat berusia 18 hingga 24 tahun adalah golongan berpendidikan tinggi,” katanya.
Tingkat akses pendidikan
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga meningkatkan akses kepada pendidikan untuk semua lapisan masyarakat kerana yakin ia mampu meningkatkan ekonomi golongan kurang bernasib baik.
Katanya, peningkatan akses pendidikan berjaya meningkatkan sosioekonomi rakyat dengan ketara menerusi kejayaan dalam pelbagai profesion.
“Hari ini, ramai anak petani, nelayan dan penoreh getah yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali adalah doktor, jurutera dan peguam.
“Dalam perjuangan dan perjalanan kepada yang lebih baik pada hari esok, kita sewajarnya tidak memandang rendah potensi yang ada, sebaliknya mempunyai keazaman, ketabahan dan kerja keras bagi menukar impian dan harapan kepada kenyataan,” katanya.
Thursday, February 27, 2014
Agihan air berjadual 4 zon di Kluang dilanjutkan 48 jam
Agihan air berjadual
4 zon di Kluang
dilanjutkan 48 jam
JOHOR BAHRU: Pengagihan air berjadual di empat zon di Kluang
dilanjutkan kepada 48 jam sekali berbanding 36 jam sebelum ini berikutan
keupayaan Loji Rawatan Air Sembrong Timur membekalkan air terawat
semakin berkurangan.
Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), Jamaluddin Jamal berkata bekalan air terawat daripada Loji Sembrong Timur kendalian Southern Water Corp (SWC) ketika ini berkurangan sebanyak 65.52 peratus.
Penjadualan baru yang berkuatkuasa daripada 1 sehingga 31 Mac itu, hanya membabitkan kawasan tertentu di Kluang manakala kawasan lain di Johor masih stabil.
Jamaluddin berkata, sumber air mentah yang diterima daripada semua loji rawatan air yang lain adalah pada paras normal dan masih boleh beroperasi seperti biasa walaupun berlaku sedikit penyusutan.
"Lapan empangan yang dipantau iaitu Empangan Lebam, Congok, Juaseh, Bekok, Labong, Gunung Pulai, Pontian Kecil dan Layang (Upper) merekodkan paras yang stabil dan masih belum mencapai paras amaran," katanya.
Menurut Jamaluddin, orang ramai tidak perlu bimbang dengan menyimpan air berlebihan kerana ia akan menyebabkan penggunaan yang tinggi serta mengakibatkan permintaan air berlebihan.
SAJ menasihatkan orang ramai supaya mengambil pendekatan tidak membazirkan penggunaan air bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan, katanya.
Orang ramai boleh merujuk jadual pengagihan air di http://saj.com.my atau menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam.
- BERNAMA
Wednesday, February 26, 2014
Pembelajaran Sains dan Matematik perlu menyeronokkan - Najib
Pembelajaran Sains dan Matematik
perlu menyeronokkan - Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembelajaran dalam
subjek sains dan matematik perlu menyeronokkan supaya murid-murid tidak
hilang minat dalam bidang itu.
Perdana menteri mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini dengan turut menyertakan pautan berita Bernama bertajuk "Jadikan Sains Mata Pelajaran Menyeronokkan" yang dikeluarkan semalam.
Berita itu memetik Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh
sebagai berkata ibu bapa dan guru perlu menjadikan pembelajaran sains
sesuatu yang menyeronokkan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Idris berkata cara pembelajaran sains yang menyeronokkan boleh membantu meningkatkan jumlah pelajar aliran sains di negara ini kepada 60 peratus.
Beliau berkata, ketika ini, jumlah pelajar aliran itu sebanyak 37 peratus.
- BERNAMA
Monday, February 24, 2014
BR1M selaras tuntutan Islam

BR1M selaras tuntutan Islam
Pekan: Datuk Seri Najib Razak berkata pelbagai inisiatif kerajaan
membantu mengurangkan beban rakyat, termasuk pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) adalah selaras dengan tuntutan dan syariat Islam.
Perdana Menteri berkata, sejak diperkenalkan pada 2012, BR1M dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang dalam kesusahan, berikutan peningkatan kos sara hidup disebabkan keadaan semasa ekonomi global.
Perdana Menteri berkata, Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang membantu orang lain melangsaikan hutang atau mengatasi kesulitan atau menyelesaikan masalahnya maka itu lebih baik daripada sebulan beriktikaf di masjid.
Pegang prinsip
Seorang pernah bertanya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah.
Jawab Baginda manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunaskan hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf sebulan di masjid.
Jadi, biarlah pembangkang nak kritik dan kutuk (apa yang kerajaan buat) kerana mereka akan sentiasa cari jalan. Paling penting kita kuatkan iman dan pegang prinsip ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan diredai Allah, katanya.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian pada majlis penyampaian BR1M Parlimen itu di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan berkenaan kepada 1,000 daripada 36,000 penerima daripada empat DUN Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis.
Lawat veteran UMNO
Selepas majlis itu Perdana Menteri melawat dua veteran UMNO yang mengalami masalah kesihatan di rumah masing-masing.
Najib meluangkan masa melawat bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Termizi Tahir, 60, di Alor Ara, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak dua bulan lalu.
Perdana Menteri kemudiannya menziarahi bekas ahli jawatankuasa bahagian Pekan, Mohamed Taib Ibrahim, 76, selepas diserang penyakit saraf di rumahnya, Teratai Dara, Kampung Jambu, di sini.
Mohamed menyifatkan kunjungan Perdana Menteri itu ibarat bulan jatuh ke riba kerana Najib sanggup meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar dan berbual dengannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)