Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, April 17, 2011

Pantun Jenaka





Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong

Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan

Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang

Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri

Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata

Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai

Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air

Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta

Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi

Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua

Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris

Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung

Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga

Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat










Teruskan membaca..

Dalam Hati Seorang Guru & Resah Seorang Guru Oleh TN ISKANDAR ISMAIL


Cerpen Rakan Blogger






(Ini sebuah kisah tentang kegigihan seorang

Guru Pendidikan Khas.)



TAJUK = DALAM HATI SEORANG GURU

OLEH = TN. ISKANDAR ISMAIL.



Gementar! Entah mengapa perasaan itu begitu menebal dalam diriku. Jujur! Aku meragui keupayaanku untuk berbakti. Mampukah aku melaksanakan tangungjawab ini? Mampukah aku mempraktikkan segala teori yang telah dipelajari?


Teka-teki itu mula terjawab setelah beberapa hari aku berada di sini. Ternyata, mendidik pelajar-pelajar yang cacat pendengaran ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Ia tidak semudah yang disangka dan tidak sesenang yang diduga. Namun, aku yakin, di sebalik hakikat yang tersurat ini pasti adanya hikmah yang tersirat.

“Saya harap Cikgu Iskandar dapat sesuaikan diri dengan keadaan di sini.” Kata Tuan Haji Sarbani, selaku pengetua sewaktu aku melaporkan diri.

“Insya-Allah, saya akan cuba sesuaikan diri,Tuan Haji.” Jawabku sambil menganggukkan kepala . Ya, di mana sahaja ditempatkan, aku mesti membina zon selesa. Tidak wajar sama sekali seseorang guru selaku pendidik bersikap memilih lokasi untuk menyumbang bakti. Apatah lagi bagi guru-guru yang senasib denganku, yang berjaya mengikuti kursus KPLI setelah berkali-kali memohon.

“Pelajar-pelajar yang cacat pendengaran ini sebenarnya ada potensi. Tapi sayang, potensi itu terabai lantaran mereka kurang keyakinan diri. Jadi, cikgu buatlah yang terbaik untuk mereka.” Pengetua berbicara lagi . Ada nada pengharapan pada ungkapannya itu.


Kurang keyakinan diri. Itulah penyakit yang dihidapi oleh kebanyakkan OKU. Lebih teruk dari itu, ada juga segelintir OKU yang beranggapan kewujudan mereka ke dunia ini umpama melukut di tepian gantang. Masuk tidak menambah dan keluar pula tidak mengurang. Ada atau tiada, tidak memberi apa-apa kesan.


Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang bakal aku didik nanti? Adakah setebal antarika ketidakyakinan mereka? Jika ya, mampukah dicairkan antartika itu? Selagi tidak dicairkan, maka selagi itulah mereka akan kecundang. Selagi itu jualah walang hidup mereka akan berterusan.


“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik.”

Aku sedar tanggungjawab ini amat berat untuk digalas. Namun, inilah realiti yang harus aku depani. Jadi, semampu yang boleh dan sekudrat yang terdaya akanku usahakan. Akanku gilap potensi mereka dengan asuhan yang rapi. Akanku bimbing mereka untuk menerobos sempadan diri.

Anne Sullivan! Mungkin ada sesuatu yang boleh aku garap dari sejarah hidupnya. Sebagai pedoman, panduan dan juga sebagai pengajaran. Dalam hal ini, dia memang layak untuk dikagumi. Apa tidaknya. Sebab dialah yang memerdekakan Hellen Keller dari belenggu ketidakyakinan diri. Tidak sekadar memperkenalkan huruf dan nombor kepada Hellen Keller yang pekak dan buta. Lebih dari itu, dia turut menjadi mentor yang setia hinggakan Hellen Keller menjadi terkenal seantero dunia.

Mampukah aku mencontohinya?

Dapatkah aku mengambil manfaat dari kisah perjuangannya?


*** ************************************************************************

Di sini, aku ditugaskan untuk mengajar subjek sejarah dan perdagangan. Syukur kepada Allah, kerana aku tidak disuruh mengajar kelas-kelas peperiksaan. Syukur juga kerana bilangan pelajar di dalam setiap kelas tidaklah ramai, lebih kurang lima orang sahaja. Paling aku syukuri kerana diwujudkan program integrasi pendidikan khas di sekolah ini. Jika tidak, pasti sukar untuk pelajar-pelajar yang cacat pendengaran ini menimba ilmu.


Hari pertama di kelas, aku manfaatkan untuk saling mengenali. Dari sinilah aku mula mengenali mereka dengan lebih dekat. Latar belakang mereka aku selami. Tahap kurang kemampuan mereka juga aku terokai. Hari-hari yang mendatang nanti, akanku selongkar pula sikap dan perwatakkan mereka. Kalau boleh, aku ingin mengenali mereka sedekat-dekat dan sedalam-dalamnya.


Sebenarnya tidak semua pelajarku ini yang pendengarannya cacat seratus peratus. Masih ada dalam kalangan mereka yang mempunyai sisa-sisa pendengaran. Maksudnya, mereka masih boleh mendengar tetapi dalam keadaan yang sangat terhad dan amat terbatas. Jadi perlulah dikuatkan suara apabila berbual atau ketika mengajukan tanya. Walaupun begitu, penggunaan bahasa isyarat tetap diutamakan. Ia dimanfaatkan semaksimum mungkin kerana ia merupakan medium utama dalam penyampaian ilmu di samping kaedah-kaedah yang lain.


Usai sesi perkenalan, aku titipkan pula sedikit nasihat kepada mereka. Harap-harap nasihat itu berbekas di hati lantas berdarah daging dalam jasadnya. Aku ingin mereka mengerti, sesungguhnya kewujudan mereka ke dunia ini bukanlah untuk dikesali. Jauh sekali untuk diratapi. Tetapi untuk dinikmati seperti mana insan-insan yang lain.


Aku ingin mereka faham, sesungguhnya mereka bukanlah golongan ‘hapus kira’ yang telah diprogramkan untuk malang sepanjang hayat. Aku mahu mereka memandang masa depan dengan wawasan dan harapan. Mereka harus sedar, masa depan yang gemilang bukanlah sebuah khayalan.


Paling penting, mereka perlu kembali ke perdu dan akar punca. Mereka perlu menjadi Orang Kuat Usaha meskipun pada hakikatnya mereka tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya. Mereka mesti menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi ilmu di dada. Ilmu amat berharga. Ilmulah yang diwariskan oleh nabi kepada umatnya dan bukannya dirham dan dinar atau harta benda. Ilmu jualah yang dapat mengangkat darjat seseorang ke tahap yang lebih mulia. Lihat sahaja ulama terbilang atau saintis ternama. Atau ilmuan besar dalam pelbagai bidang. Kesemua mereka adalah pemburu ilmu yang setia.


Kepada mereka aku ceritakan juga kisah-kisah OKU yang berjaya. Sengaja aku berbuat begitu supaya mereka tidak lesu dan jemu terhadap ilmu. Prof Dr Ismail Mohd Salleh aku ‘perkenalkan’ kepada mereka. Biar mereka mengerti, sesungguhnya lelaki yang siangnya gelap dan malamnya gelita itu bukanlah pengemis di kaki lima. Biar mereka faham, lelaki buta itu merupakan seorang tokoh akademik yang ternama dan banyak berjasa.


*******************************************************************


Dunia perguruan ada manisnya. Namun, ada juga pahitnya. Jujur! aku juga pernah kecewa. Kecewa dengan segelintir pelajarku. Apa tidaknya, walaupun dijelaskan berkali-kali dan diterangkan berjela-jela namun mereka masih macam itu juga. Masih .tidak mengerti dan tetap tidak faham. Aku rasa sia-sia sahaja segala ilmu yang aku curahkan, umpama mencurah air ke atas daun keladi. Apakah puncanya? Di manakah silapnya?


“Cikgu kena banyak bersabar. Tugas pendidik memang macam ni. Terlanjur jadi pendidik terpaksalah kita gagahi.” Itu nasihat Ustaz Mustafa tatkala aku meluahkan kekecewaan yang terbuku di hati sewaktu kami bersarapan di kantin.

"Pendidik dan kesabaran adalah dua unsur yang sangat sebati. Seperti gula dengan manisnya dan garam dengan masinnya, begitu jugalah antara pendidik dengan sikap sabarnya.” Jelas Ustaz Mustafa dengan panjang lebar. Aku pula sekadar anggukkan kepala tanda akur dengan penjelasan yang diberi.

“Dalam sebuah hadis ada diceritakan, kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa dan dianugerahkan syurga lantaran membantu anjing yang dahaga. Berbakti kepada anjing pun begitu hebat ganjarannya, apatah lagi kalau berbakti kepada manusia. Tambahan lagi kepada manusia yang istimewa.” Kata Ustaz Mustafa lagi setelah jeda seketika.

“Astaghfirullahalazim.” Aku beristighfar perlahan sambil menghela nafas panjang. Kata-kata ustaz kelahiran Terengganu itu telah mengembalikanku ke paksi wajar. Cepat-cepat aku cantas rasa kecewa yang baru bertunas. Aku sedar, mendidik itu satu perjuangan. Perjuangan pula memerlukan kekentalan. Kekentalan untuk meredah lautan dugaan. Aku juga sedar, seperti pelacur di dalam hadis nabi, aku di sini juga si penghilang dahaga. Dahaga pelajarku terhadap ilmu dan masa depan yang sempurna. Dahaga ibu –bapa mereka terhadap kejayaan dan kebahagiaan mereka.

Betapa berdosanya jika tanggungjawab ini aku abaikan. Berdosa terhadap pelajar-pelajarku. Terhadap ibu bapa mereka. Paling tidak pun terhadap puluhan ribu siswazah yang sedang menganggur. Aku telah merampas hak mereka. Mereka mungkin benar-benar berminat untuk menceburi profesion keguruan. Mereka mungkin betul-betul jujur dan ikhlas ingin membantu insan-insan yang dahaga ini. Tapi nasib tidak menyebelahi. Mereka kecundang dalam permohonan KPLI.



************************************************************************

Mungkin ada benarnya kata-kata Jean Jacques Rousseau, si arkitek Revolusi Perancis. Revolusi yang mengakhiri pemerintahan Raja Louis XVI dan Maria Antoinette. Katanya “Kita belajar bersama hidup. Pelajaran pula bermula dengan permulaan nafas dan kekurangan yang dirasai adalah guru yang terbaik.”

Ya, kekurangan yang dirasai dan kelemahan yang disedari. Itulah ‘guru’ yang terbaik. Syukur kepada Allah kerana telah menemukanku dengan ‘guruku’ ini. Aku menemuinya setelah semalaman aku mencari. Mencari dalam diri dengan merenung jauh ke dasar hati. Hatiku berbisik. Katanya, ketidakfahaman pelajarku itu mungkin berpunca dariku. Mungkin pendekatanku selama ini kurang berkesan. Mungkin proses pengajaran dan pembelajaran( P&P) yang aku kendalikan itu membosankan. Segalanya mungkin. Ya, aku perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mendidik. Mereka memerlukan metod yang tepat agar ilmu dapat dicerna dengan mudah dan cepat.


Hari ini aku sepi tanpa mereka. Cuti panjang akhir tahun ini benar-benar mendera diriku. Jujur! Aku merindui mereka. Satu persatu wajah mereka menerpa di ruang ingatanku. Ternampak-nampak, terbayang-bayang dan teringat-ingat.


Azami dan Khairi. Mereka berdua adalah sebahagian daripada pelajarku. Pelajar yang ‘istimewa’ di kalangan pelajar-pelajar istimewa. Istimewa kerana merekalah yang paling lambat mencerna ilmu yang aku curahkan. Namun, sejak akhir-akhir ini mereka mula menunjukkan peningkatan. Ya, dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini mereka telah membuktikan kehebatan diri. Aku yakin, mereka mampu memetik kejayaan dalam SPM nanti.


Jauh di sudut hati aku menaruh harapan, agar kejayaan N Aghilan, pelajar cacat pendengaran yang memperolehi 12A dalam SPM 2008 akan berulang lagi. Kalau boleh biarlah di kalangan pelajarku ini. Dalam hati juga aku berdoa, agar Allah memberikanku kekuatan dan ketabahan untuk terus berbakti. Ya, itulah yang terpendam dalam hatiku kini. Dalam hati seorang guru.






Cerpen saya ini telah disiarkan

dalam Majalah e @ Siswa

( edisi 29, Julai 2009)


http://www.bicaradariaku.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html


Disiarkan dalam MAJALAH e@Siswa

( kumpulan Karangkraf) Edisi 40: JUN 2010.



TAJUK = RESAH SEORANG GURU

OLEH = TN. ISKANDAR ISMAIL.


“Astaghfirullahalazim.” Dia beristighfar sambil kepalanya digelengkan perlahan. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang dilihat. Lagi sukar untuk dia percaya dengan apa yang didengar. Benar-benar menghiris hati dan mencalar perasaanya.

Dia terdiam. Agak lama dia terdiam. Diam memikirkan cadangan yang dikemukakan oleh Encik Malik. Hatinya benar-benar meradang seusai sahaja mendengar cadangan itu. Cadangan yang menyebabkan dirinya tidak senang dan tidak tenang. Cadangan yang cuba merampas haknya secara kejam. Cadangan yang penuh sangsi dan sarat curiga terhadap agama.

“Saya syorkan agar subjek-subjek ini diberi penekanan yang lebih. Ia perlu diperkasakan walau dengan apa cara. Kita semua sedia maklum, betapa subjek-subjek penting seperti fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan merupakan denyut nadi dan degup jantung kepada anak-anak kita. Kecemerlangan dalam subjek-subjek ini akan melayakkan mereka untuk mengikuti kursus-kursus yang mempunyai nilai di pasaran ketika berada di institusi pengajian tinggi nanti. Tidak salah rasanya, jika pihak sekolah memperuntukan masa yang lebih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) subjek-subjek ini. Tidak salah juga rasanya, jika peruntukan masa untuk P&P bagi subjek-subjek yang kurang penting seperti pendidikan islam dikurangkan demi memperkasakan subjek-subjek ini.” Begitulah cadangan yang dikemukakan oleh Encik Malik dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) yang sedang berlangsung itu.

Sungguh tak disangka, pengurus di sebuah bank yang terkemuka itu mempunyai pandangan dan tanggapan yang begitu negatif terhadap agama. Tidak pernahkah pengurus bank itu terdengar atau terbaca sabda junjungan mulia, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim “ Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat kebaikan, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama.”

Mujurlah, Tuan Haji Sarbani, selaku Pengetua telah bertindak bijak dengan mewajarkan pendekatan yang sedia ada sebagai memenuhi aspirasi kerajaan yang ingin memperkasakan modal insan. Tuan Haji Sarbani yang dia kenali sememangnya seorang pengetua yang mudah bertolak ansur dan senang diajak berbincang, namun apabila melibatkan soal agama, pengetua yang bakal bersara hujung tahun itu akan tegas berprinsip dan teguh berpendirian. Tegas dan teguh hinggakan mustahil untuk dikikis dan dihakis.

***

Usai sahaja Mesyuarat Agung PIBG, dia terus mengatur langkahnya ke bilik guru, walaupun juadah ringan ada disediakan untuk para guru dan ibu bapa yang hadir, namun seleranya benar-benar terbantut. Longlai sekali jejak yang disusun lantaran pilu yang menyerbu kalbu. Di mejanya, dia bungkam tanpa sebarang kata.

“Sesungguhnya setiap pembinaan dimulakan dari asas dan bukannya dari puncak.” Untaian hikmah yang pernah dilafazkan oleh Mustafa Mashyur hadir di fikirannya. Dia diburu resah apabila terkenangkan kata-kata bekas Mursyidul Am Ikwanul Muslimin itu. Dia yakin benar akan kebenaran kata-kata tokoh gerakan islam itu. Apa tidaknya, bukankah langkah yang pertama merupakan asas dan permulaan kepada perjalanan yang beribu batu. Begitu juga dengan detik dan saat yang menjadi asas kepada pembentukan tahun, dekad dan abad. Asas kepada negara pula ialah setiap individu yang menjadi warganya. Agenda memperkasakan bangsa dan negara hanya akan tercapai kalau asasnya turut diperkasakan. Sebagaimana pembinaan bangunan yang besar dan tinggi, pasti sahaja memerlukan tapak yang besar, luas dan dalam. Jika tidak, pasti sahaja bangunan itu akan tersungkur menyembah ke bumi.


***


Sering kali dia diingatkan dan sering kali juga dia mengingatkan. Saling ingat dan mengingatkan betapa pentingya agama dalam kehidupan.

“Sebagaimana pentingnya akar pada sebatang pokok. Kalau akarnya kuat mencengkam ke bumi, maka teguhlah pokok itu berdiri. Datanglah angin kencang, ia tidak akan goyang. Tidak sekadar berdiri teguh, ia juga selamat untuk dijadikan tempat bersandar, berpaut dan berteduh.” Begitulah tamsilan yang sering kali dilafazkan oleh arwah ayahnya suatu ketika dahulu. Walaupun telah lama berlalu, bait-bait kalimah itu tetap segar di hati sebagaimana arwah ayahnya yang sentiasa bugar di sanubarinya.

“ Agama adalah panduan dan pedoman untuk manusia melayari kehidupan.” Dia teringatkan kata-kata sahabatnya, Nazri yang menjadi rakan serumah dan sekuliahnya sewaktu di Jordan. Sedari dahulu lagi, dia sememangnya akur akan kebenaran kata-kata sahabatnya itu. Tanpa panduan dan pedoman manusia akan tersesat meskipun di dalam terang benderang. Lagi membimbangkan jika yang tersesat itu melibatkan golongan intelektual dan profesional. Mereka akan memanipulasikan segala kesempatan yang ada tanpa mengira dosa dan pahala. Kesempatan itu akan dijadikan sebagai tongkat untuk berdiri dan titi untuk melintas. Berdiri mencari laba dan melintas untuk mengejar hidup yang selesa.

“Sekiranya ilmu sains dimiliki oleh seseorang yang tidak beragama, ia laksana senjata yang berada pada tangan orang yang gila.” Begitulah Albert Einstein mengambarkan betapa berbahayanya golongan yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dan pedoman. Membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain.

“Ustaz, saya minta maaf.” Masih terdengar-dengar di telinganya suara Munir yang tersekat-sekat kerana ketakutan. Pelajar itu bersama beberapa orang pelajar yang lain telah mengambil kesempatan untuk menyiapkan tugasan subjek-subjek yang lain sewaktu dia sedang ralit menulis di white board. Darahnya benar-benar mendidih kala itu, namun dipujuknya hati agar bersabar. Dia sedar dalam keadaan sebegitu, syaitan mudah menganggu dan perkara yang tidak diingini boleh sahaja berlaku.

Penjelasan lebih lanjut daripada Munir telah memahamkannya betapa nazaknya subjek yang diajarnya itu. Tidak penting, tidak perlu cemerlang, dan tiada masa depan. Itulah yang selayaknya dilabelkan untuk subjek pendidikan islam. Subjek yang dipandang sepi dan tidak diambil peduli. Subjek yang boleh diibaratkan sebagai melukut di tepian gantang, masuk tiada menambah dan keluar pula tiada mengurang.

Bila terkenangkan semua itu, dia merasakan dirinya teramat malang. Secara jujur, semangatnya sedikit terhakis dengan pengakuan itu. Namun, dia tidak akan sesekali mengalah. Pelajar-pelajar ini perlu difahamkan tentang pentingnya pendidikan agama. Amat penting supaya langkah mereka nanti akan terpandu. Terlalu penting, agar jejak mereka nanti akan terpimpin.


***


Dia memandang sekilas jam di tangan. Masa berbaki sepuluh minit lagi. Dia ingin memanfaatkan masa yang terhad dan terbatas itu untuk mengingatkan mana-mana pelajarnya yang masih leka dan mengejutkan mana-mana pelajarnya yang sedang lena. Leka dan lena tentang kepentingan agama. Dia berdiri dan melangkah ke hadapan sambil indera pandangnya menyeluruhi setiap pelajarnya. Selain nama, tertera juga cita-cita setiap pelajar di sudut paling kanan di atas permukaan meja masing-masing. Dalam hati, dia melafazkan kesyukuran kerana setiap pelajarnya memandang masa depan dengan impian dan wawasan. Dalam hati juga dia berdoa, agar setiap impian dan wawasan itu akan tertunai dan terlaksana. Mereka adalah harapan bangsa dan negara.

“Belajar agama tak semestinya kerana nak jadi orang agama. Tapi, kerana nak jadi orang yang beragama. Ada perbezaan yang ketara antara orang agama dengan orang yang beragama.” Dia melontarkan kata sebagai pembuka bicara untuk mengejutkan pelajarnya yang leka dan lena.

“Maksud ustaz.” Seorang pelajar perempuan mengajukan tanya sambil mengerutkan kening, tanda tidak faham. Beberapa orang pelajar yang lain turut tersentak dengan bicaranya yang tiba-tiba itu.

“Kamu benar-benar mahu tahu.” Dia cuba menebak naluri pelajarnya. Beberapa orang pelajar menganggukan kepala tanda sudi dan bersedia untuk mendengar penjelasan lanjut darinya.

“Kamu boleh sahaja menjadi seorang saintis yang terbilang, namun kamu kena sedar akan kewujudan Tuhan yang sentiasa memerhatikan. Kamu boleh juga menjadi seorang peguam yang terkemuka, namun kamu mesti ingat dosa dan pahala. Boleh juga menjadi seorang arkitek yang ternama, namun kamu mesti faham hakikat syurga dan neraka. Atau menjadi seorang doktor yang berjaya, namun kamu kena sedar betapa denyut nadi dan degup jantung boleh terhenti bila-bila masa sahaja. Dengan kata lain, kamu jadilah apa sahaja, tapi mestilah terikat dengan agama. Biarlah agama yang memandu dan memimpin kita semua. Sebab itulah kita kena mendalami ilmu agama dan jangan sesekali memandang remeh terhadap pendidikan agama.” Panjang sekali penerangannya sambil menyoroti satu persatu wajah pelajar-pelajarnya itu.

Diselongkar pula fakta sejarah untuk menguatkan hujah. Hujah bagi mengikis dan menghakis salah faham pelajar terhadap pendidikan islam yang diajarnya. Dia memperihalkan tentang ilmuan islam dalam pelbagai bidang ketika era kegemilangan islam. Tentang Ibn Sina, Al-Razi, dan Ibn Al-Nafis yang telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perubatan. Tentang Mimar Sinan, arkitek terkemuka yang telah membina ratusan bangunan termasuklah Masjid Biru di Istanbul. Tentang Abbas Ibn Firnas yang diperakui oleh sejarahwan Barat, K. Phillip Hitti dalam bukunya History of the Arabs, sebagai manusia pertama yang membuat percubaan untuk melakukan penerbangan secara saitifik. Paling penting, dia ingin pelajarnya mengerti, meskipun terbilang dalam pelbagai bidang, namun para ilmuan itu amat akrab dengan Tuhan dan sangat cemerlang dalam aspek kerohanian.

***



“Seorang pengurus bank dihadapkan ke mahkamah sesyen atas pertuduhan pecah amanah.” Sengaja Cikgu Radzuan menguatkan kenyataan akhbar itu. Cikgu Azami dan beberapa orang guru yang lain terus menyerbu untuk mengetahui dengan lebih lanjut berita itu. Mereka terlongo seketika seusai membaca kenyataan akhbar itu. Suasana di kantin tiba-tiba menjadi gempar apabila pengurus bank yang dimaksudkan itu ialah Encik Malik yang pernah mengemparkan mesyuarat agung PIBG beberapa bulan yang lepas. Tamakan kemewahan dan halobakan kesenangan telah mengelapkan hatinya hingga sanggup mengelapkan akaun orang lain demi menerangi akaun sendiri.


“Astaghfirullahalazim.” Cikgu Roslina yang sedang menikmati sarapan bersama beberapa orang guru perempuan beristighfar perlahan.


“Kita ialah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan islam. Jika kita mencari kemuliaan lain selain daripada kemuliaan islam, maka kita akan dihina oleh Allah.” Pesanan Saidina Umar al-Khatab bertandang di sudut ingatannya. Itulah yang merisaukannya selama ini. Risau apabila memikirkan betapa surut dan susutnya nilai-nilai agama yang selama ini menjadi jatidiri anak bangsanya. Sebagai seorang guru agama, dia tidak boleh menerima situasi yang ada dengan senang dan tenang. Dan, apabila memikirkan semua itu, dia terus diburu resah dan dihambat gelisah.











Teruskan membaca..

Monday, April 11, 2011

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah





Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.



1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
paling minima 100 X sebelum tidur .
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan,
murah rezeki, otak tenang,
orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"Yok! Sama2 masuk Syurga bermula dengan berpesan2 utk kebaikan dan mengamalkannya pd diri saya sendiri dan pd saudara2 ku yg baik yg soleh yg dikasihi dan dirahmati Allah…kerna Islam mengajarkan untuk berpesan2 tentang perkara2 yg Maaruf"

Salam ukhuwwah








Teruskan membaca..

Wednesday, April 6, 2011

Cerita Mengenai Iman




Iman Semut


vs


Iman Manusia



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".



Itulah Iman Semut!!




IMAN MANUSIA??




Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.


Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .





Teruskan membaca..

Monday, April 4, 2011

Cerita Orang Yang Takda Komputer Dan Email







Cerita Lawak : Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email



Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.



Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.



Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang ke pejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.



Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”








Teruskan membaca..

Saturday, April 2, 2011

Alhamdulilah






BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT DARI BERSABAR


Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;



“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”



Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat. Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.



Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.



Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya. Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran:



Maksudnya:



“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)



Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan ‘Alhamdulillah’. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan ‘Alhamdulillah’ itu hanyalah untuk mempermain- mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.



Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.



Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkah di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan ‘Alhamdulillah’ dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.



Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat Islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.


Firman Allah :





Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)



Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk ‘cover’ balik apayang dikorbankan ke jalan Allah itu.



Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.



Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.



Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.



...........................bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.








Teruskan membaca..

Thursday, March 31, 2011

Biasa-biasa aje .....







ANDA BIASA ATAU LUAR BIASA?


Orang biasa.........

sekadar melakukan perkara yang biasa-biasa

kerana pemikiran mereka membuat mereka

sanggup melakukan perkara biasa saja,

bukan yang luar biasa.

Mereka selalunya :


1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.


2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan.


3. Sering kali mencari jalan mudah.


4. Mengelak daripada kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tidak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang menggagalkan.


5. Melihat orang lain dengan penuh kejengkekan, rasa meluat dan sakit
hati.


Orang luar biasa, sanggup melakukan perkara yang luar biasa, lain daripada kebiasaan yang normal. Golongan sebegini hanya ada sedikit dalam kalangan kita dan senang dikenal pasti kerana mereka :


1. Sanggup tetapkan matlamat yang di luar jangkauan mereka sendiri.


2. Sanggup bekerja kuat dua kali ganda.


3. Sanggup bersusah payah, kerana mereka tahu susah dahulu, senang
kemudian.


4. Sanggup berdepan dengan kesakitan, kesusahan, kegagalan.


5. Melihat sesiapa saja dengan penuh kagum


6. Sentiasa membandingkan dirinya dengan orang yang lebih luar biasa,
tetapi tidak sesekali dengan orang biasa.


7. Tabah berdepan dengan kritikan dan kata-kata nista.


8. Ekstreme, melakukan sesuatu lebih banyak daripada yang dilakukan
oleh ramai orang.


Satu lagi, orang luar biasa berani gagal berani bangkit daripada kegagalan, walau mereka boleh rugi berjuta-juta ringgit..


Anda yang mana satu?


Biasa atau luar biasa?


Tanya diri anda.



Jika merasa diri

masih tergolong dalam

kategori orang biasa,

ubah menjadi

orang luar biasa

hari ini juga!

Hidupkan semangat...........

bermula dalam diri jiwa anda…





Teruskan membaca..

Thursday, March 17, 2011

Indahnya Makhluk Di Laut Dalam







Dia lah Allah,

Yang Menciptakan sekalian makhluk;

Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada);

Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya

menurut yang dikehendakiNya);

bagiNyalah nama-nama yang

sebaik-baiknya dan semulia-mulianya;

bertasbih kepadaNya segala yang ada

di langit dan di bumi;

dan Dia lah Yang tiada bandingNya,

lagi Maha Bijaksana.



Pulau Mariana yang merupakan lokasi terdalam di dunia menyimpan sejuta misteri. Termasuk makhluk-makhluk unik yang ekstrim di laut terdalam. Pulau Mariana terletak di Samudera Pasifik, sebelah timur Kepulauan Mariana, dengan koordinat 11° 21' Utara latitud dan 142° 12' Timur longitud, berhampiran Jepun. Pulau Mariana merupakan bahagian terdalam dari laut di dunia, merupakan lokasi yang terdalam di dunia.



















Hidupan-hidupan ini, bertindak sebagaimana yang diaturkan oleh Tuhan, Yang Maha Memiliki Pengetahuan di atas segala sesuatu, sejak hari pertama mereka hidup di Bumi ini. Seperti yang diberitahu di dalam sepotong ayat Al-Quran:



Segala di langit dan bumi adalah kepunyaanNya. Semua tunduk pada perintahNya.



Perihal kehidupan bawah laut yang sempurna, yang tidak diketahui ramai orang, adalah sumber pengetahuan yang amat berguna untuk sesiapa yang mahu berfikir dan memiliki kesedaran. Tuhan membuktikan KehebatanNya, kekayaan pengetahuaNya melalui penciptaan hidupan-hidupan ini.









Teruskan membaca..

Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetul.



Prosedur nilai prestasi guru wajar diperbetul


Penulis terima banyak aduan sama ada melalui percakapan tidak formal mahupun menerusi persatuan dan kesatuan guru sama ada semasa lalu mahupun hingga kini, tentang rasa tidak puas hati warga pendidikan terutama di kalangan guru-guru atau pegawai perkhidmatan pendidikan; baik yang bertugas di sekolah-sekolah, maktab-maktab perguruan (kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia/IPGM) dan pejabat-pejabat pendidikan daerah.



Penulis tidak mahu menyentuh selok-belok di kementerian-kementerian lain. Tetapi memadailah bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).ltupun bukan semua aspek; sekadar secebis atau sekelumit isu ketidakpuasan hati para penjawat ini.



Rata-ratanya menzahirkan rasa tidak puas hati; bukan sahaja di kalangan mereka yang sedang berkhidmat atau mengajar tetapi ramai juga yang berstatus mulia sebagai pesara kerajaan Malaysia; meliputi mereka yang bersara wajib dan bersara pilihan kerana kelayakan dan hak-hak mereka yang tidak boleh dipertikaikan sesiapapun.



Ketidakpuasan ini bagaikan rumah siap pahat berbunyi.Walaupun kini situasi dan peluang kenaikan pangkat amat cerah dalam KPM kerana 'sesiapa yang rasakan dirinya layak boleh memohon sendiri' adalah adil dan bijak tetapi kisah-kisah masa lalu wajar penulis catatkan agar menjadi peringatan untuk generasi pendidik hari ini dan masa akan datang.



Semua pihak menyedari bahawa melalui beberapa skim/sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan masa lalu seperti Sistem Saraan baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada idea asalnya baik dan ada beberapa yang boleh diterima pakai. Tetapi yang menjadi permasalahan pokok ialah pada peringkat perlaksanaannya.



Tanyalah guru-guru di sekolah atau pensyarah-pensyarah di mana-mana IPGM rata-ratanya (tidak semua) tidak berpuas hati dengan markah prestasi yang diperolehi, pemilihan kuota yang menimbulkan ketidakadilan dan kronisme yang diamalkan.Walaupun ini bukan tuduhan tetapi penulis cuma terima reaksi yang menzahirkan sedemikian.



Walaupun begitu penulis cuma mahu bertanya; apakah pihak ketua pejabat atau jabatan seperti Pengarah atau Pengetua ataupun Guru Besar dan Timbalan atau Penolongnya benar-benar mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika melaksanakan memberi markah dan penilaian ke atas maklumat/borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang menetukan prestasi penjawat di bawahnya?



Maksudnya adakah Penilai Pertama, Penilai Kedua atau sesiapa yang telah dipertanggungjawabkan berjumpa,bersemuka dan berbincang dengan stiap staf ketika markah prestasi diberikan agar pihak/individu yang dinilai itu bersetuju?



Sebenarnya pertemuan bersemuka adalah salah satu prosedur telus dalam pemberian markah. Jika penjawat atau guru yang dinilai itu bersetuju atau tidak bersetuju adalah tidak salah mereka memberi sebab dan alasan-alasan konkrit yang mana akhirnya mereka boleh bersetuju atau menolaknya.Soalnya; adakah prosedur seperti ini ada dilakukan?



Penulis tidak menafikan, tidak semua Ketua Jabatan bersikap semborono atau tangkap muat sahaja. Namun sikap ambil mudah dan lepas tangan ini bukanlah mustahil ada terjadi.Yang mendukacitakan,implikasi dan impak ketua atau penolong ketua seperti ini yang bersikap 'tutup sebelah mata' adalah umpama parasit yang menjahanamkan sesuatu sistem dalam sesebuah organisasi.



Walhal tujuan kerajaan; khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah baik dan murni. Namun ada juga segelintir warga KPM pada masa lalu yang iri hati, dengki dan cemburu sesama sendiri. Natijahnya siapakah yang rugi jika ada di kalangan warga KPM khususnya di sekolah dan IPGM yang hilang keyakinan dan hilang kepercayaan yang mana menjejaskan prestasi kerjaya mereka?



Justeru penulis menyeru jika fenomena atau senario ini masih berlaku atau terjadi, kepada warga KPM silalah buat aduan terus ke pihak atasan KPM atau melalui kesatuan-kesatuan dan persatuan perguruan. Ketahuilah hak-hak anda sebagai seorang penjawat awam!





Penulis ialah presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.





Teruskan membaca..

Wednesday, March 16, 2011

GAMBAR TSUNAMI DAN GEMPA BUMI DI JEPUN








http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSUcguCFnOPhe8Xy-4SuEq1w0iFfE_Yunz3nI11Wd9N1-S2_q-oBQ



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan

apa yang

dihembuskan oleh

angin dan kebaikan apa yang ada di dalamnya.

Aku berlindung dengan-Mu

dari keburukannya dan keburukan apa saja

yang ada di dalamnya.

Ya Allah

jadikan angin itu rahmat bagi kami

dan azab bagi orang-orang

yang ingkar kepada-Mu,

semoga selawat Allah senantiasa tercurahkan

kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.



Doa ini diajarkan oleh Rasulullah saw

dan Ahlul baitnya s.a

(Kitab Al-Mustadrak 16: 176).












Houses are swept by water following a tsunami and earthquake in Natori City

(KYODO/REUTERS) Hide caption

Houses are swept by water following a tsunami and earthquake in Natori City




  • An aerial view of a tsunami swamped Sendai Airport in northeastern Japan
    (KYODO/REUTERS) Hide caption

    An aerial view of a tsunami swamped Sendai Airport in northeastern Japan



  • This graphic provided by the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) shows estimated tsunami travel times following a massive 8.9-magnitude earthquake hit Japan on March 11, 2011. The quake unleashed a monster 10-metre high tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of coastal towns in Japan. The massive quake triggered a tsunami warning for virtually the entire Pacific Ocean, reaching as far as Australia, South America and Antarctica. However local officials in Australia subsequently ruled that the Tsunami posed no threat there.
    (AFP/Getty Images) Hide caption

    This graphic provided by the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) shows estimated tsunami travel times following a massive 8.9-magnitude earthquake hit Japan on March 11, 2011. The quake unleashed a monster 10-metre high tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of coastal towns in Japan. The massive quake triggered a tsunami warning for virtually the entire Pacific Ocean, reaching as far as Australia, South America and Antarctica. However local officials in Australia subsequently ruled that the Tsunami posed no threat there.


Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan

(KYODO/REUTERS) Hide caption

Houses swept by a tsunami smoulder near Sendai Airport in Japan



  • Frame grab of an overturned boat following a tsunami in Hachinohe
    (REUTERS TV/REUTERS) Hide caption

    Frame grab of an overturned boat following a tsunami in Hachinohe



  • Frame grab of a fire at a natural gas storage facility in Chiba
    (STR/REUTERS) Hide caption

    Frame grab of a fire at a natural gas storage facility in Chiba


  • Women wait on the street after evacuating a building following an earthquake in Tokyo
    (KYODO/REUTERS) Hide caption

    Women wait on the street after evacuating a building following an earthquake in Tokyo


  • An aerial view shows debris that remained on the ground after a tsunami wave to hit Hitachinaka city in Ibaraki prefecture.
    (STR/AFP/Getty Images) Hide caption

    An aerial view shows debris that remained on the ground after a tsunami wave to hit Hitachinaka city in Ibaraki prefecture.



  • An aerial shot shows vehicles in Hitachinaka city that had been ready for shipping but were subsquently carried away by a tsunami.
    (STR/AFP/Getty Images) Hide caption

    An aerial shot shows vehicles in Hitachinaka city that had been ready for shipping but were subsquently carried away by a tsunami.



  • Sendai airport is flooded in this still image taken from video
    (REUTERS TV/REUTERS) Hide caption

    Sendai airport is flooded in this still image taken from video



  • A man wades through a flooded street after tsunami spawned by a powerful earthquake in Iwaki, Fukushima prefecture.
    (AP Photo/Kyodo News) Hide caption

    A man wades through a flooded street after tsunami spawned by a powerful earthquake in Iwaki, Fukushima prefecture.


  • Residents walk through the wreckage in Iwaki, Fukushima prefecture.
    (AP Photo/Kyodo News) Hide caption

    Residents walk through the wreckage in Iwaki, Fukushima prefecture.



  • People look at the aftermath of tsunami tidal waves covering a port at Kesennuma in northern Japan. Keichi Nakane/The Yomiuri Shimbun/AP
    (Keichi Nakane/The Yomiuri Shimbun/AP) Hide caption

    People look at the aftermath of tsunami tidal waves covering a port at Kesennuma in northern Japan.




  • A screen grab taken from news footage by Japanese public broadcaster NHK shows capsized ships at a port of Hachinohe City. AFP/Getty Images
    (AFP/Getty Images) Hide caption

    A screen grab taken from news footage by Japanese public broadcaster NHK shows capsized ships at a port of Hachinohe City.


  • Vehicles are crushed by a collapsed wall at a car park in Mito city, Japan. Jiji Press/AFP/Getty Images
    (Jiji Press/AFP/Getty Images) Hide caption

    Vehicles are crushed by a collapsed wall at a car park in Mito city, Japan.


  • In this video image taken from Japan's NHK TV, cars are washed away in a coastal area of Kamaishi, Iwate prefecture, Japan. NHK TV/AP
    (NHK TV/AP) Hide caption

    In this video image taken from Japan’s NHK TV, cars are washed away in a coastal area of Kamaishi, Iwate prefecture, Japan.



  • Fires burn in the port area of Iwaki City, Fukushima Prefecture following an earthquake in northeastern Japan, March 11, 2011. The biggest earthquake to hit Japan in 140 years struck the northeast coast on Friday, triggering a 10-metre tsunami that swept away everything in its path, including houses, cars and farm buildings on fire. A tsunami warning has been issued for the entire Pacific basin except for the mainland United States and Canada following a huge earthquake that hit Japan on Friday, the Pacific Tsunami Warning Center said.
    (REUTERS/KYODO) Hide caption

    Fires burn in the port area of Iwaki City, Fukushima Prefecture following an earthquake in northeastern Japan, March 11, 2011. The biggest earthquake to hit Japan in 140 years struck the northeast coast on Friday, triggering a 10-metre tsunami that swept away everything in its path, including houses, cars and farm buildings on fire. A tsunami warning has been issued for the entire Pacific basin except for the mainland United States and Canada following a huge earthquake that hit Japan on Friday, the Pacific Tsunami Warning Center said.


  • A tsunami engulfs the airport in Sendai, northeastern Japan, in this still image taken from video footage.
    (NHK/Reuters) Hide caption

    A tsunami engulfs the airport in Sendai, northeastern Japan, in this still image taken from video footage.


  • People take shelter as a ceiling collapses in a bookstore during an earthquake in Sendai, northeastern Japan.
    (Kyodo/Reuters) Hide caption

    People take shelter as a ceiling collapses in a bookstore during an earthquake in Sendai, northeastern Japan.


  • A screen grab taken from news footage by Japanese public broadcaster NHK shows a refinery on fire in Ishihara, Japan.
    (AFP/Getty Images) Hide caption

    A screen grab taken from news footage by Japanese public broadcaster NHK shows a refinery on fire in Ishihara, Japan.


  • People stand in the street after evacuating buildings in Tokyo's financial district.
    (Toru Hanai/Reuters) Hide caption

    People stand in the street after evacuating buildings in Tokyo’s financial district.


  • An office building burns in Tokyo after an earthquake.
    (Kyodo/Reuters) Hide caption

    An office building burns in Tokyo after an earthquake.



  • Black smoke rises from a burning building in Tokyo after Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast.
    (Kyodo News/AP) Hide caption

    Black smoke rises from a burning building in Tokyo after Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast.


Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan

Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan
Tsunami Earthquake Japan

Sumber Rujukan: Internet




























Gempa terbesar yang pernah melanda Jepun sejak 140 tahun yang lalu .. melanda pantai timur laut Jepun dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang menyapu segala²nya didaratan termasuklah rumah, kapal, kereta, bangunan pertanian dan lain² lagi

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dipersisiran pantai dihanyutkan ombak besar tsunami di bandar Natori selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter melanda timur laut Jepun pada hari Jumaat, 11 Mac 2011. Kesan gempa bumi itu menyebabkan ramai yang cedera dan hilang, bangunan runtuh, logi minyak terbakar dan sebagainya lagi.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami Earthquake Japan
Rumah terbakar yang dihanyutkan tsumai berdekatan lapangan terbang Sendai, Jepun.

Tsunami Earthquake Japan
Rumah terbakar dihanyutkan ke laut selepas tsunami dan gempa bumi di Kota Natori, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kenderaan dan kapal terbang dihanyutkan arus tsunami berhampiran Lapangan Terbang Sendai Airport, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dan kereta dihanyutkan arus tsunami di bandar Kesennuma

Tsunami Earthquake Japan

Rumah² dihanyutkan oleh air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Natori Bandar, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Perahu nelayan dan kenderaan dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kombinasi gambar² yang menunjukkan kereta dan kontena disapu oleh gelombang tsunami di pelabuhan Miyako.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami besar melanda pesisir pantai Iwanuma, Wilayah Miyagi, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Rumah dan bangunan terbakar selepas gempa bumi melanda bandar Yamada, Iwate, timur laut Jepun pada 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Sebuah pusaran air terbentuk berdekatan Kota Oarai, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami memusnahkan kenderaan dan rumah di kota Kesennuma di Wilayah Miyagi, utara Jepun pada tarikh 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Perahu nelayan dan kenderaan yang dibawa oleh gelombang tsunami di pelabuhan Onahama di bandar Iwaki, di wilayah Fukushima, utara Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Lapangan Terbang Sendai dibanjiri air laut selepas tsunami dan gempa bumi di Sendai, timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Kelihatan beberapa rumah masih lagi terbakar selepas terjadinya gempa bumi dan tsunami di bandar Natori, Wilayah Miyagi , timur laut Jepun.

Tsunami Earthquake Japan

Sebuah kilang runtuh di bandar Sukagawa, Wilayah Fukushima, Utara Jepun pada 11 Mac 2011.

Tsunami Earthquake Japan

Tsunami memusnahkan bangunan, rumah dan ladang di Bandar Sendai, Jepun



Tsunami surge carrying debris sweeps



Ships and boats are washed ashore



Houses are in flame



Houses swept out burn



Tsunami surge sweeps cars, boats and other debris



A massive tsunami hits the coastal areas of Iwanuma, Miyagi Prefecture, northeastern Japan



Swirls of waves approach to coast



Houses are swept by water



Earthquake-triggered tsunami washes away warehouse








gempa bumi jepun 2011

gempa bumi jepun 2011

gempa bumi jepun 2011

tsunami jepun 2011

tsunami jepun 2011

gempa bumi tsunami jepun

Jepun pasca gempa bumi dan tsunami

Pasca Gempa Bumi & Tsunami Jepun 2011

Rakyat Jepun juga berhadapan dengan ancaman radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklear di Daiichi, Fukushima. Menurut pihak berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Jepun kini dinilai pada skala 6/7 bagi kemalangan nuklear, iaitu kurang 1 mata berbanding kemalangan Chernobyl 1986 (7/7) dan berada 1 mata di atas tahap kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania 1979 (skala 5/7).

Fukushima-Daiichi-reactor-3-explosion








Person Finder (消息情報): 2011 日本地震

Japanese Quake Person Finder

News, media, maps and other resources related to the disaster










Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...