Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Tuesday, September 16, 2014
Saya anak Malaysia! Selamat Hari Malaysia!

Saya anak Malaysia!
Selamat Hari Malaysia!
Menariknya bumi bertuah bernama Malaysia ini kerana kita menyambut
Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu - iaitu hari pembebasan negara
daripada belenggu penjajah.
Dan hari ini seluruh negara meraikan satu lagi tarikh yang cukup
bermakna iaitu detik penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu
yang memungkinkan kewujudan nama Malaysia.
Tidak kiralah bagaimana cara kita meraikannya, sama ada turut serta
dalam acara sambutan yang dianjurkan, menyaksikan lintas langsung di
kaca televisyen atau mengambil kesempatan daripada cuti umum dengan
keluar beriadah bersama teman dan keluarga mahupun sekadar lepak-lepak
di rumah - yang pastinya kita ialah warga yang merdeka dan bebas berbuat
apa sahaja (asalkan tidak menyalahi undang-undang negara).
Tidak seperti kita, malang bagi rakyat sesetengah negara kerana tidak
mengecap erti merdeka. Penduduk Palestin di Gaza, Rohingya di Rakhine,
Myanmar, etnik Uighur di China dan penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah di
Iraq, ialah antara yang tidak mengenal erti kebebasan hidup sebagai
warganegara.
Tanah air mereka bukan milik mereka. Kampung halaman bahkan rumah
mereka bukan lagi syurga. Ramai yang terpaksa hidup sebagai pelarian di
negara sendiri.
Kita bersyukur kerana selepas 57 tahun merdeka dan 51 tahun membentuk Malaysia, negara tercinta ini terus aman dan makmur di bawah
pemerintahan yang stabil berpayungkan Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun ada episod berdarah yang menggugat keamanan dan kestabilan
negara, Malaysia berjaya membentengi dan mempertahankan ibu pertiwi
daripada terjebak ke kancah pergolakan.
Justeru sebarang anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara
baik secara fizikal seperti tragedi Lahad Datu mahupun secara lisan dan
maya seperti cadangan jahat mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia, perlu
ditentang habis-habisan.
Culprit atau pelakunya perlu diheret ke muka pengadilan. Jika
pelakunya rakyat Malaysia, dia ialah pengkhianat negara. Jangan ada pula
sesiapa yang cuba mempertahankan tindakan puak-puak pengkhianat ini.
Soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi apatah lagi diperlekeh dan diperjudikan.
Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab mempertahankan negara
daripada sebarang ancaman. Tidak kiralah dalam bentuk lisan yang cuba
mencemar dan menghina negara termasuk di laman-laman sosial, apatah lagi
secara langsung keluar dari mulut atau dalam bentuk fizikal.
Walau di mana kita berada, jangan malu mengaku sebagai anak Malaysia.
Jangan pula hanya patriotik apabila berada di bumi Malaysia tetapi
menjadi 'kacang lupakan kulit' apabila berada di luar negara.
Seorang teman yang sedang mengembara di benua Eropah meluahkan betapa
sakit hatinya bertemu rakyat Malaysia yang bermastautin di sana, malu
mengaku Malaysian malah berpura-pura pula menjadi warganegara lain.
Selepas puas berborak, terbongkar juga asal-usulnya.
Lebih malang apabila ada rakyat Malaysia yang pergi ke seberang laut
sama ada menyambung pengajian atau bertugas, mengutuk negara 'sampai tak
ingat dunia'. Sedangkan pemergian mereka ke sana adalah atas tajaan
kerajaan mahupun agensi berkaitan.
Tidak kiralah apa pun fahaman politik kita, apa salahnya menunjukkan
kesetiaan sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana hendak mempertahankan
negara jika kita sendiri yang sama-sama menjadi 'gunting dalam lipatan'
mencemarkan reputasinya?
Nama Malaysia sejak sekian lama harum di merata dunia sebagai antara
negara yang paling pesat membangun, stabil dari segi sosioekonomi dan
politik selain menjadi negara Islam contoh termasuk kepada negara-negara
Arab.
Jadi kenapa pula kita sebagai rakyat tidak berbangga bahkan lebih jelik mahu menjadi orang yang melempar najis ke rumah sendiri?
Jika bukan kita sebagai warga yang mempertahankan Malaysia, siapa lagi?
Jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur baharu hendak
bertindak. Jangan selepas Malaysia hanya tinggal nama baru hendak
menyesal. Ketika itu segalanya sudah terlambat.
Marilah kita memperkuatkan semangat patriotik dan nasionalisme demi ibu pertiwi yang tercinta.

Saturday, September 13, 2014
:)
UPSR:
Minda 'A' perlu ubah kepada minda ilmu
KUALA LUMPUR - Masyarakat diminta supaya mengubah pemikiran bahawa
proses pembelajaran bukan semata-mata untuk mendapatkan gred 'A' tetapi
merupakan proses berterusan bagi menimba ilmu pengetahuan.
Pakar Perunding Psikiatri Univeriti Malaya (UM), Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, ukuran kejayaan pelajar tidak bergantung sepenuhnya dengan keputusan cemerlang sebaliknya mendapatkan ilmu kehidupan seperti kemahiran kepimpinan juga antara elemen penting yang diberikan keutamaan.
"Ini merupakan satu cabaran besar pada masa ini memandangkan semua 'mindset' ibu bapa dan pelajar mengatakan pembelajaran hanya berorientasikan untuk mendapat gred 'A' sahaja dan dapat nombor satu dalam kelas.
"Ini seperti persaingan anak-anak dan ibu bapa sehinggakan 'harapan atau jangkaan' yang terlampau tinggi ini menarik perhatian pihak tertentu mengambil kesempatan membocorkan soalan peperiksaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas isu kebocoran kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang memaksa ia diadakan pada tarikh baharu iaitu 30 Sept.
Dr Muhammad Muhsin berkata, kejadian sedemikian dapat memberikan kesan kepada perkembangan sahsiah murid yang terlibat kerana dari segi aspek psikologi ia berkemungkinan boleh mentafsirkan ketidakjujuran dalam kalangan masyarakat.
"Murid-murid ini baru umur 12 tahun, masih kecil tidak tahu apa-apa. Apabila jadi macam ini membuatkan mereka pun keliru dengan keadaan kena ambil semula peperiksaan.
"Jadi di masa depan sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan sebaik mungkin kanak-kanak umur seperti ini akan lihat benda tidak baik dan ketikdakjujuran suatu perkara biasa sahaja yang tidak salah dari segi moral," katanya.
Katanya dalam usaha menangani insiden soalan bocor, format penilaian UPSR kini yang berorientasikan kepada peperiksaan akhir mungkin perlu diubah kepada penilaian formatif atau penilaian secara berterusan.
Beliau menjelaskan dengan penilaian formatif itu, kemampuan dan daya intelektual pelajar boleh diuji menerusi 70 peratus kemahiran termasuk kokurikulum dan 30 peratus lagi peperiksaan akhir.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata guru dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang soalan ramalan menerusi laman sosial kerana ia mudah disalahtafsirkan.
"Dalam soal ini kita tidak salahkan guru sebab tidak tahu lagi siapa yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran soalan peperiksaan ini cuma pihak kita nasihat guru-guru jangan gemar sangat sebarkan soalan ramalan.
"Dengan kemajuan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) kini semuanya di hujung jari dan macam-macam boleh berlaku," katanya.
Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, insiden itu menimbulkan pelbagai masalah kepada ibu bapa yang mempunyai anak menduduki peperiksaan tersebut.
"Ia amat mengganggu emosi anak-anak tambahan selepas selesainya UPSR ini sekolah akan bercuti selama seminggu, sudah tentu sukar untuk mereka fokus balik kepada pembelajaran," katanya.
Beliau berkata jika masalah berkenaan tidak dipandang serius ia akan mengakibatkan pelajar tidak berdikari dalam pembelajaran mereka kerana hanya bergantung kepada menghafal jawapan soalan yang sudah bocor.
Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di kawasan Serdang, Intan Rosazrina Mohd Nasir berkata masalah itu meluluhkan hati anaknya yang sudah membuat persediaan dan bersemangat untuk menduduki peperiksaan itu.
"Bagi saya, perlakuan ini (membocorkan soalan) tidak membantu murid itu untuk cemerlang di kemudian hari," katanya.
Arese Nesi Rawe Shanggar, 12, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Klang pula berkata sukar untuk menerima kenyataan perlu menduduki semula peperiksaan.
Katanya dia akan mengulang kaji semula subjek yang akan diduduki nanti. - Bernama

Friday, September 12, 2014
:)

Ya Allah
Kau murahkanlah rezekiku
Rezeki kedua ibu bapaku
Dan rezeki sekalian
Muslimin dan muslimat
Permudahkanlah segala urusan kami.
Ya Allah
Jadikanlah aku
orang yang sabar
Dan selalu bersyukur pada Mu
Dan tetap berusaha
melakukan yang terbaik
Serta Kau lindungilah
orang-orang yang aku sayang
Dan Kau berkatilah mereka
Kerana aku sayangkan mereka.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)