Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, March 27, 2013

Zikir bantu tenangkan perasaan

Zikir bantu tenangkan perasaan

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah boleh menimpa sesiapa saja. Walaupun selalunya perasaan negatif ini timbul selepas berlaku perkara tidak diingini dalam kehidupan tetapi ada masanya ia datang secara tiba-tiba. 


 

Tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kerisauan dan kesedihan ialah rasa letih atau tidak bermaya, pening kepala, jantung sentiasa berdebar-debar, tidak nyenyak tidur, sudah tidur, resah gelisah dan cepat naik darah. 



 
Kurang daya tumpuan, tidak lalu makan atau makan secara berlebihan, tidak boleh membuat keputusan, selalu dalam keadaan muram, suka mendiamkan diri serta menjadi anti sosial.


Banyak zikir tenang hati 


 

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah ini sungguh bahaya kerana ia akan membuatkan kita membenci diri serta kehidupan. Justeru, mereka yang dilanda perasaan ini boleh menenangkan hati dengan banyakkan berzikir. 


 

Berzikirlah dengan nama Allah SWT, ‘Ya Allah’ seberapa banyak yang mungkin di mana saja kita berada. Jika dibaca dengan penuh iman dan khusyuk, nescaya Allah SWT akan menghilangkan segala perasaan negatif yang ada serta melapangkan dada kita. 


 

Begitu juga asmaul husna yang lain seperti Ar-Rahman bererti mempunyai rahmat yang luas dan melimpah. Barang siapa berzikir ‘Ya Rahman’, Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut di hatinya dan memudahkan urusan dunia. 




Al-Quddus bererti Allah SWT itu suci dan bersih daripada segala kesilapan, kecacatan, kegagalan , dan kekurangan. Barang Siapa membaca ‘Ya Quddus’ sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari akan menghilangkan kepadanya perasaan risau dan kusut fikiran. 


 

Hilangkan rasa sedih 


 

Al-Ghaffur bererti yang Maha Pengampun dan Pemaaf. Berzikir ‘Al-Ghaffur’ sebanyak mana yang boleh dengan penuh iman, nescaya Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut, resah dan sedih di hati hamba-Nya. 


 

Barang siapa berzikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 kali semasa dalam kesedihan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, Insya Allah, Yang Maha Pencipta akan membantunya semasa kesusahan dan menghilangkan perasaan sedih serta duka di hatinya. 


 

As-Sabuur ertinya yang Maha Sabar. Berzikir ‘Ya Sabuur’ sebanyak mana yang boleh, di mana saja kita berada, perasaan sedih atau risau akan hilang secepat mungkin dengan izin Allah. 


Sumber
Teruskan membaca..

- _ - :)


Teruskan membaca..

Friday, March 22, 2013

:) keep smiling..




152 : BAHASA  DAN  BANGSA

 

  

Bahasa dan bangsa
semestinya bersatu
dalam jiwa bangsa.

Bahasa dan bangsa
cintanya harus utuh
kasihnya harus teguh
sayangnya harus kukuh.

Sucinya cinta bahasa
murninya kasih bahasa
luhurnya sayang bahasa
seabadinya setia.

Bangsa sering curang
cintanya berkurang
kasihnya terlarang
sayangnya melayang.

Layu bahasa
kuyulah bangsa!

Musnah bahasa
punahlah bangsa!

Lesap bahasa
lenyaplah bangsa!

Gagah bahasa
dahsyatlah bangsa!

Gemilang bahasa
terbilanglah bangsa! 


Ridzuan Kamis
Sanggar Kayangan, Perlis.

Teruskan membaca..

'1Malaysia Around The World' (1RTW)


Juruterbang muda Malaysia 

mulakan ekspedisi keliling dunia Selasa ini

 


KUALA LUMPUR: Juruterbang Malaysia, Kapten James Anthony Tan akan memulakan ekspedisi solo '1Malaysia Around The World' (1RTW), mengelilingi dunia selama 50 hari menggunakan pesawat satu enjin Selasa ini.

Tan, 21, akan terbang sejauh 22,000 batu nautika meliputi 20 negara termasuk negara ASEAN, Russia, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Arab Saudi, Itali, Perancis dan United Kingdom. 



"Saya berharap untuk meninggalkan legasi terutama dalam kalangan belia agar berani melakukan yang dianggap mustahil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Katanya, dengan cara itu, anak muda di negara ini akan menjadi pemimpin masa depan yang lebih baik.

Dilahirkan dengan disleksia, anak muda itu pernah mencipta nama dalam Malaysian Book of Records sebagai 'The Youngest Malaysian to Fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition'.

Jika berjaya, ekspedisi 1RTW yang dianjur bersama Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Majlis Belia FELDA Malaysia dan 1Malaysia for Youth (1M4U) itu akan tercatat dalam World Guiness Book of Records sebagai "The Youngest Pilot in Malaysia and South East Asia To Have Flown Around the World."

Penerbangan Tan dijadual dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langkawi sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - BERNAMA 

Teruskan membaca..

Thursday, March 21, 2013

Guru Berkesan


Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah  ciri-ciri 
yang dimaksudkan dengan seorang guru
 yang berkesan itu? 
Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, 
Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan
 ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:


·                     Bersikap profesional.
 
·                     Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 
·                     Kaya ilmu.
 
·                     Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 
·                     Bermoral teguh.
·                
     Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

·                     Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

·                     Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

·                     Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·   
                  Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.

·                     Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

·                     Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

·                     Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

·                     Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

·                     Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

·                     Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
· 
                    Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.


Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki?
 Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya
 telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun 
dalam organisasi? 
 
 
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...