Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, December 25, 2009

Terapi Permainan Dan Autisme



Kanak-kanak autism sering mempunyai masalah untuk interaksi sosial, termasuklah dalam kemahiran bermain. Mereka terlalu obses dengan diri mereka, ingin merangsang diri sendiri dan tidak mempedulikan hal lain selain dirinya sendiri.

Maka kita sering dapati kanak-kanak autisme merenung kipas selama 15 minit, memusing tayar kereta mainan, bermain dgn tombol pintu serta meramas-ramas plastik yg berbunyi.

Play therapy atau terapi bermain dikatakan dapat membantu kanak-kanak autism keluar dari obses dirinya dan mula mengaitkan dirinya dengan sesuatu yang lain, iaitu permainan.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan semasa terapi permainan untuk menggalakkan kemahiran bermain serta meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi.
Contoh:
1) Permainan kereta. Jika kanak-kanak hanya memusingkan tayar, latih kanak-kanak untuk menolak kereta tersebut, atau mendaki dinding rumah. Letakkan kereta lain di hadapan kereta tadi, dan buat aksi perlanggaran berlaku.

2) Permainan masak-masak. Jika kanak-kanak hanya mengibas sudu di tepi telinganya, maka peganggkan tangan kanak-kanak dan buat gaya seperti sedang mengacau minuman dalam cawan. Kemudian suapkan makanan (imaginasi) ke pada mulut teddy bear/ibu.

3) Permainan haiwan rimba. Jika kanak-kanak hanya menyusun haiwan dalam satu barisan, maka ambil haiwan lain dan buat2 seperti sedang menggigit haiwan yang sedang disusun tersebut. Lihat reaksi kanak-kanak. Adakah sebarang bentuk reaksi yang ditunjukkan dan tanda-tanda wujudnya interaksi?

4) Permainan buih sabun. Tiup satu buih sabun yang besar dan biarkan buih itu terbang. Tunggu reaksi kanak-kanak. Adakah dia cuba meletupkan/mengejar buih tersebut? Atau tidak memperdulikan langsung. Kemudian apabila buih pecak, adakah kanak-kanak minta untuk ditiupkan buih yang baru? Atau terus hilang tumpuan?

Pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat semasa permainan terapi.Apa yang penting ialah penglibatan ibu bapa serta adik beradik untuk turut sama membantu kanak-kanak autisme keluar dari obses diri dan berinteraksi dengan ahli keluarga.
Teruskan membaca..

PMR : KYS cipta rekod tiga tahun berturut-turut


SEBAHAGIAN pelajar KYS yang mendapat semua A dalam PMR di Ayer Keroh, Melaka semalam.

MELAKA - Kolej Yayasan Saad (KYS) mengekalkan kecemerlangan institusi itu berkenaan apabila semua pelajarnya memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selama tiga tahun berturut-turut.

Sekolah yang diasaskan oleh tokoh korporat, Tan Sri Halim Saad itu mencatatkan keputusan 100 peratus apabila 54 pelajarnya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Pengajian Islam.

Pengetuanya, Noor Ainun Seri Yang Rashdi berkata, KYS mencatat sejarah tersendiri apabila kesemua 60 pelajarnya mendapat semua A pada PMR 2007.

Menurutnya, keputusan serupa berjaya dikekalkan pada tahun lepas apabila kesemua 54 pelajar yang menduduki PMR tahun itu berjaya mendapat semua A.

"Mulanya, saya berasa bimbang jika pencapaian dua tahun lalu gagal diteruskan dan tidak mahu ia dilihat sebagai nasib, namun keputusan tahun ini membuktikan pihak kolej dan pelajar berusaha keras untuk mengekalkan kecemerlangan yang diperoleh sebelum ini," katanya kepada pemberita di KYS di sini semalam.

KOSMO!

Teruskan membaca..

PMR : Peningkatan Peratus 8 Negeri


SEBAHAGIAN pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi gembira kerana sekolah mereka terpilih sebagai Sekolah Menengah Harian Terbaik seluruh Malaysia.


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Lapan negeri mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini berbanding tahun lalu.

Negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kuala Lumpur, seramai 1,939 calon PMR memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dan peningkatan yang dicatatkan ialah 150 calon atau 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, daripada jumlah calon yang memperoleh semua A berkenaan seramai 70 calon mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A). klik disini Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

PMR ; Kemiskinan Jadi Perangsang

PASIR MAS 24 Dis. - Anak penoreh getah dan pemandu lori merupakan antara calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di luar bandar yang mencatat pencapaian cemerlang di negeri ini.

Nurul Shafika Ayub, 15, yang memperoleh 9A dan Muhammad Afnan Hamdan, 15, yang mendapat 8A tidak membiarkan soal kemiskinan menghalang mereka daripada berjaya dalam pelajaran yang bakal mencorak masa depan lebih baik.

Nurul Shafika, anak sulung daripada lima beradik itu melihat kepayahan hidup keluarga yang bergantung hidup pada torehan getah dengan purata pendapatan RM500 sebulan, sebagai pendorong untuk berjaya.

''Setiap kali cuti sekolah, saya pulang ke rumah dan membantu ayah memungut susu getah, walaupun penat, saya ingin merasai sendiri kepayahan ayah untuk menyara kami.

''Saya bertekad mengubah nasib keluarga melalui kejayaan dalam pelajaran dan berharap beroleh pekerjaan yang baik dan mampu membantu keluarga dan adik-adik kelak," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Dayat, Tok Uban di sini hari ini.

Nurul Shafika memperoleh 9A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Sains Rumah Tangga, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab-Komunikasi.

Muhammad Afnan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiang Chandi di sini yang merupakan anak seorang pemandu lori pula, agak terkejut dengan keupayaannya memperoleh 8A dalam PMR dan muncul sebagai pelajar terbaik sekolahnya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia hanya mendapat 2A dalam peperiksaan percubaan, namun peluang tinggal di asrama sejak awal tahun ini berjaya meningkatkan pencapaiannya.

Selain aktif dalam Persatuan Kadet Polis di sekolah, Afnan juga giat dalam bidang kokurikulum dengan mewakili negeri dalam sukan angkat berat.

Sementara itu, sekolahnya SMK Tiang Chandi, muncul antara sekolah yang melonjak tinggi daripada segi pencapaian dengan mencatatkan peningkatan peratus kelulusan hampir 100 peratus iaitu kepada 50.69 peratus berbanding 28.4 peratus tahun lalu. Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

PMR: Petua Elak Makanan Ringan

PULAU PINANG 24 Dis. - Seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George di sini percaya amalannya yang mengelak mengambil makanan ringan seperti keropok menjadi antara 'resipi' kejayaannya memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Nur Najaa Mastura Mohamad Jamil berkata, hampir setahun dia mengelak mengambil makanan ringan walaupun ia menjadi kegemarannya sebelum ini.

''Emak saya selalu mengingatkan makanan itu tidak bagus untuk otak terutama bagi mengingati pelajaran.

''Alhamdulillah pengorbanan saya ternyata berbaloi dan tidak sangka mampu memperoleh 8A dalam PMR kerana semasa peperiksaan percubaan dahulu, saya hanya memperoleh 6A," katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini hari ini.

Menurut anak keempat pasangan Mohamad Jamil Yahaya, 50, dan Nor Anisah Mohd. Ramli, 46, itu, dia juga tidak pernah lupa untuk mengulangkaji pelajaran sekurang-kurangnya tiga jam setiap hari.

Kata Nur Najaa Mastura, harapan daripada keluarga yang mahu melihatnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu juga dijadikan pendorong untuknya berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan.

Teruskan membaca..

PMR: Pelajar Cacat Dapat 7A

P
Dis 24, 09 2:03pm
Pencapaian cemerlang seorang pelajar kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam PMR mengejutkan pengetua SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A dalam semua mata pelajaran," kata pengetuanya Che Fatimah Che Abdullah.

Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A, manakala dua yang lain Tan Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar masing-masing mendapat keputusan 6A.

Ang, yang berada di Seremban bersama keluarganya, telah menghubungi sekolah dengan telefon untuk mendapat keputusannya. KLIK DI SINI Malaysiakini
Teruskan membaca..

Peperiksaan Percubaan Bukan Pengukur Jitu Kejayaan Semasa Peperiksaan Sebenar

2A masa percubaan, PMR 8A


Firdana Ahmad (kiri), Vivian Selamat (tengah) dan Bibee Marnie gembira mendapat keputusan 8A PMR di SMK Sains Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 24 Dis. - Pada peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu, Vivian Selamat, 15, hanya memperoleh 2A.

Namun bangkit daripada kekecewaan, anak pesawah dari Kota Belud itu berjaya mencatat keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh 8A pada peperiksaan PMR yang diumumkan hari ini.

Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, kejayaan tersebut merupakan hadiah istimewa buat ibu bapanya yang amat berharap dia mencatat keputusan cemerlang pada peperiksaan itu.Klik di sini Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Pelajatr Tahfiz Pahang Cemerlang PMR


Sebahagian pelajar cemerlang PMR, Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang mendapat keputusan 9A gembira menerima keputusan peperiksaan itu di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/Mahathir Ali


KUANTAN 24 Dis. – Berpegang kepada prinsip untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, seramai 19 bakal hafiz Sekolah Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur di sini mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Bagi mereka, kesibukan menghafal al-Quran seharian bukan penghalang untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik.

Lebih membanggakan, kebanyakan ‘ustaz muda’ yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum terutama sukan menunggang kuda, memanah dan reka cipta robotik apabila ada di kalangan mereka pernah mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Utusan Malaysia.

Teruskan membaca..

PMR - 28,188 Peroleh Semua A

PUTRAJAYA 24 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 orang atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi jumlah calon yang mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan).

Dari segi ukuran gred purata mata pelajaran (GPMP) pula, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Punjabi telah meningkat atau tidak berubah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, seramai 63.65 peratus daripada 442,721 calon PMR berjaya mencapai minimum gred D dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 62.93 peratus pada 2008.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat gred E atau sangat lemah dalam semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan daripada 440 orang (0.10 peratus) pada 2008 kepada 397 (0.09 peratus) tahun ini.

''Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2009 adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, jurang keputusan PMR di kawasan luar bandar dengan kawasan bandar juga semakin rapat dengan pengucupan beza nilai gred purata nasional (GPN) antara calon bandar dengan luar bandar daripada 0.3 kepada 0.29. Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Thursday, December 24, 2009

Semua pihak tidak boleh alpa isu babitkan keselamatan negara


Iktibar kejadian enjin pesawat hilang




SELEPAS dua tahun berlaku, misteri kehilangan dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ketika dalam proses penyelenggaraan rutinnya di Skuadron 12 Scorpion Butterworth dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kini terbongkar. Pendedahan mengenai kejadian itu, masing-masing dilaporkan berlaku pada 26 Jun 2007 dan 1 November 2007, mengejutkan pelbagai pihak kerana dianggap penyelewengan terbesar dalam sejarah ketenteraan di negara ini.

Lebih mengejutkan, kejadian itu yang menyebabkan kerajaan kerugian RM100 juta mengikut harga pasaran enjin berkenaan dikatakan didalangi 'orang dalam' syarikat penyelenggaraan pesawat terbabit dengan turut mendapat bantuan beberapa pegawai dan anggota TUDM. Ia turut menimbulkan tanda tanya bagaimana enjin sebesar itu boleh lesap dari pangkalan tentera yang dikawal ketat, selain dikatakan gagal dikesan hingga kini, walaupun ada maklumat menyatakan ia dijual kepada pembeli di Eropah, Amerika Selatan dan Asia Barat.

Difahamkan, banyak pihak termasuk di kalangan beberapa pengamal media sendiri, kurang senang dengan pendedahan itu kerana membabitkan isu keselamatan negara, termasuk pelbagai masalah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagaimanapun, pendedahan berkenaan, yang diakui menjejaskan imej ATM, terutama TUDM harus dipandang dari sudut positif, khususnya untuk memperbaiki segala kelemahan dalam institusi pertahanan negara.

Berdasarkan modus operandi kehilangan enjin berkenaan, kelemahan paling ketara dikesan ialah dari segi rekod inventori peralatan ketumbukan itu, termasuk membabitkan beberapa aset pertahanan strategik. Ia berikutan kehilangan kedua-dua enjin itu, antara yang termaju pernah dibina untuk pesawat tempur, hanya disedari pada Mei 2008, iaitu hampir setahun selepas enjin pertama dibawa keluar dari pangkalan untuk tujuan penyelenggaraan.

Tempoh lama juga diambil, iaitu hampir tiga bulan sebaik kejadian disedari, untuk membuat laporan polis, iaitu pada 4 Ogos 2008, dipercayai selepas siasatan dalaman yang dilakukan pihak tentera menemui jalan buntu. Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menafikan kelemahan sistem inventori ketumbukan itu menjadi punca kehilangan enjin berkenaan hingga mencetuskan kontroversi. BERITA HARIAN
Teruskan membaca..

Kadar Bayaran Tambahan Sesi Persekolahan 2010 Diseragam


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.

Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).


Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

“Secara keseluruhan, kadar bayaran tambahan untuk persekolahan tahun depan lebih rendah berbanding tahun ini. Bayaran tambahan ini pada kadar minimum supaya tidak bebankan ibu bapa.

“Ia adalah untuk pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar dan dikutip pada awal sesi persekolahan dibuka nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Alimuddin berkata, sebarang bayaran tambahan lain bergantung kepada persetujuan pihak sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) berdasarkan keperluan aktiviti murid di sekolah masing-masing dengan mengambil kira latar belakang ekonomi ibu bapa mereka.

“Apabila kadarnya dipersetujui bersama pihak sekolah dan PIBG, ia perlu dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip sumbangan PIBG berdasarkan satu keluarga satu bayaran tanpa mengambil kira bilangan anak di sekolah yang sama.

Sebelum ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan tiga pakej bayaran tambahan iaitu Pakej A RM38.50, B (RM30.50) dan C (RM23.50) untuk sekolah rendah, sekolah menengah Pakej A (RM55.50), B (RM44.50) dan C (RM33.50).

Pakej A bagi ibu bapa yang bekerja dalam bidang profesional seperti usahawan dan pegawai tinggi kerajaan, Pakej B untuk pegawai kerajaan kumpulan sokongan dan profesional serta Pakej C untuk petani, peladang, kakitangan kerajaan dan pekerja bawahan.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya dihubungi ramai ibu bapa yang menyuarakan kegelisahan kerana belum mendapat maklumat berhubung bayaran tambahan yang akan dikenakan pada sesi persekolahan tahun depan.BERITA HARIAN

Teruskan membaca..

Wednesday, December 23, 2009

LILYPAD:Bandar Terapung

lilypad 2 LILYPAD: Bandar Terapung

Lilypad direka oleh Vincent Callebaut, yang berkonsepkan bandar terapung. Designnya betul-betul gempak…Tengok 4 lagi gambar

lilypad2 LILYPAD: Bandar Terapung

Biomimicry Menjadi inspirasi design bandar ni. Lilypad direka seperti teratai, dimana ia terapung diatas air. Bandar ini menggunakan tenaga semulajadi seperti tenaga suria, tenaga angin, tenaga ombak, dan biomass. Ia bukan sahaja menghasilkan tenaganya sendiri malah turut memproses karbon dioksida diudara dan juga menyerap titanium dioxide skin.

lilypad4 LILYPAD: Bandar Terapung

Setiap bandar dapat menampung sekitar 50,000 orang. Ia ditempatkan di pinggir pantai atau terapung ditengah lautan.

Projek ni mungkin dapat dijalankan pada masa akan datang kerana ia merupakan penyelesaian masalah terbaik kepada perubahan iklim dunia. Manalah tahu buat kat dubai pulak. Cayalah:thumbsup:

Maklumat lanjut http://vincent.callebaut.org/page1-img-lilypad.html

lilypad3 LILYPAD: Bandar Terapung

lilypad5 LILYPAD: Bandar Terapung

Teruskan membaca..

Ulat Ajaib

Ulat Bantu Rawat Kudis Diabetis

Oleh Luqman Nul Hakim Mazlan


Pengalaman jari kaki kanannya dipotong pada tahun 2008 meninggalkan kesan yang agak traumatik bagi Faridatul Akma Othman, 52, seorang penjawat awam yang menghidap penyakit kencing manis.

Jari beliau terpaksa dipotong atas nasihat doktor kerana tidak mahu jangkitan pada luka itu, yang semakin teruk, merebak kebahagian lain kaki beliau.

Selepas berakhirnya episod itu, 'cerita' baru pula timbul.

Pada awal tahun 2009, kaki beliau luka lagi. Kali ini di betis kanan akibat dicakar kuching peliharaannya.

Insiden kaki Faridatul dicakar kucing berlaku sewaktu dia mahu bangun dari tidur.

"Kucing tu tidur dekat hujung kaki, jadi bila nak bangun saya mungkin tersepak kucing tu...agaknya tercakar kaki saya bila dia nak terjatuh dari katil".
klik di sini BERNAMA
Teruskan membaca..

Bagaimana boleh hilang?


23 Disember, 2009 20:23 PM

Peguam Negara Jamin Siasatan Penuh Kehilangan Enjin F-5E

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 23 Dis (Bernama) -- Sambil menyifatkan kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E sebagai "perkara serius", Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.
"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau. klik di sini BERNAMA



Teruskan membaca..

Enam Sifat Dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Guru



1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.
Teruskan membaca..

Kesan aplikasi sosial maya

Pengguna Internet yang menggunakan aplikasi rangkaian sosial dinasihatkan supaya tidak sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad kerdit, pekerjaan, identiti majikan, maklumat kewangan dan sebagainya.


FACEBOOK yang mendakwa memiliki 350 juta pengguna kini menyimpan sepuluh bilion gambar pengguna laman web tersebut.


PENGGUNAAN Internet di kalangan masyarakat dunia semakin meningkat dengan pesat dan mula mengubah cara hidup mereka.

Menurut penyelidikan yang dibuat oleh IDC Research, pengguna Internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada 2012.

Kepenggunaan aplikasi rangkaian sosial di Malaysia pula telah mencatat sebanyak 66 peratus pada bulan Disember 2008 iaitu di tangga ketiga selepas Singapura dan Korea Selatan dengan masing-masing mencatat 74.3 peratus dan 68 peratus.

Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah mula menular sehingga telah menjadi bagaikan satu budaya dan santapan harian bagi sebahagian besar pengguna Internet di seluruh dunia.

Laman web aplikasi rangkaian sosial semakin bercambah sehingga mula mendominasi carta dari segi jumlah pelawat yang melayari alam siber dan dunia komunikasi maya.

Sehingga kini, terdapat sejumlah 170 rangkaian sosial interaktif yang terkenal dan aktif digunakan di seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, Tagged dan sebagainya.

Facebook yang mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap pelosok dunia, kini menyimpan lebih daripada 10 bilion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial tersebut. klik di sini Kosmo!

Teruskan membaca..

Rajin Pak Belang ni....

'Harimau' bersihkan timbunan salji


SEORANG pembantu jurugambar memakai kostum harimau semasa dia membersihkan timbunan salji di Dataran Kemerdekaan di Kiev, Rusia semalam.

Kiev - Seorang penolong jurugambar memakai kostum harimau semasa membersihkan timbunan salji di Dataran Kemerdekaan di Kiev, Rusia semalam.

Aksi pembantu jurugambar itu menarik perhatian orang ramai yang melalui dataran tersebut.

Kostum itu dipilih kerana Tahun Baru Cina tahun depan merupakan tahun harimau.

Pembantu jurugambar yang membantu seorang pekerja majlis perbandaran membersihkan salji itu melakukan tugas tersebut untuk memanaskan badannya.

Sumber : Kosmo!

Teruskan membaca..

Macam-macam hal....

‘Kolam ajaib’ telan pokok kelapa - Lubang akibat mendapan, ramai anggap air jadi penawar


OSMAN menggunakan batang besi bagi mengukur kedalaman kolam air yang terdapat di kawasan kebunnya di Kangar semalam.





KANGAR - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati sebuah 'kolam air ajaib' sebesar 7.5 meter terbentuk dipercayai akibat mendapan tanah di belakang rumahnya di Kampung Behor Janggus di sini baru-baru ini.

Pemilik tanah di kawasan itu, Osman Abu Bakar, 70, berkata, kolam tersebut dipercayai terbentuk dalam pada malam Ahad lalu dan telah 'menelan' beberapa tanaman di kebunnya termasuk tiga pokok kelapa yang setinggi lebih 5.5 meter di kawasan yang sama.

"Sejak berita mengenai pembentukan kolam ini, ia mula tersebar dan orang ramai mula berkerumun untuk mengambil air dari kolam itu yang disangka mempunyai kuasa ajaib. teruskan bacaan di Kosmo!


Teruskan membaca..

RENCANA

Redakan sentimen perkauman

SENTIMEN primordial merujuk kepada perasaan bangga sesuatu kaum atau puak ke atas kumpulannya. Ia hasil persamaan budaya, perkongsian dan pengalaman hidup, pertalian darah, keturunan serta sejarah yang dilalui secara bersama.

Lantas, tidak hairanlah orang Melayu akan melindungi kaumnya jika ada sebarang gugatan dalam bentuk tulisan, lisan mahupun tindakan yang dianggap mengancam simbol-simbol atau institusi yang mewakili kaum tersebut. Tindak balas serupa juga akan dilakukan oleh kaum lain apabila menghadapi situasi yang sama.

Justeru ketika Karpal Singh berura-ura mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, ratusan laporan polis dibuat ke atas beliau oleh pimpinan dan pertubuhan yang mewakili orang Melayu.

Perkara yang sama juga timbul apabila tulisan Zaini Hassan dalam ruangan Cuit yang menyentuh perihal orang India di India dan India di Malaysia dibalas dengan tiga laporan polis.

Respons, penentangan, maklum balas dan amarah juga dapat dilihat apabila kenyataan dua ahli Parlimen DAP yang menyentuh sensitiviti primordial umat Melayu berhubung hak keistimewaan orang Melayu dan peruntukkan yang dilebihkan bagi pembinaan masjid.

Apa yang menarik, reaksi bercampur baur antara pandangan bersifat perundangan, emosi, logik, mahupun keinginan untuk melindungi hak kaum berkenaan.

Secara umum reaksi sebegini adalah fitrah. Ia berlaku secara spontan dan merupakan tindak balas semulajadi. Kesan kuatnya ialah keterikatan kepada sentimen primordial tadi.

Maka, dalam realiti kemajmukan masyarakat Malaysia, sentimen ini senantiasa berperanan untuk mengikat dan mewujudkan sense of belonging dan kekitaan yang cukup tinggi. Jika sentimen ini tidak diurus secara konstruktif, ia mampu menjadi bom jangka.

Hakikatnya kenyataan, tindakan mahupun tulisan yang seringkali mengundang maklum balas amarah dari kaum lain berkait rapat dengan budaya umum yang dibentuk kesan sentimen primordial tadi.

Oleh itulah kefahaman sosio-budaya, dialog antara kaum, integrasi sosial, pemupukan sifat toleransi dan saling memahami merupakan elemen indoktrinasi yang perlu dipupuk dan direncanakan sepanjang masa bukannya bermusim.

Dalam hal ini, pertimbangan rasional, niat yang luhur lagi jujur wajar menjadi prinsip kepada setiap yang mahu menutur, menulis atau bertindak ke atas sesuatu yang boleh dipersepsikan kepada cubaan menyentuh sensitiviti kaum lain dan usaha menggoyah sentimen primordial berkenaan.

Misalnya dalam kes tulisan Zaini, jika mahu menggunakan sentimen primordial, sudah tentulah sebagai Melayu, penulis akan menyokongnya. Tanpa perlu memikir apa perasaan dan sensitiviti kaum India.

Tetapi jika penelitian empiris dibuat, tulisan yang pada persepsi kaum India telah menghina mereka, boleh diubah kepada sudut yang lebih positif langsung merangsang daya motivasi kaum tersebut.

Misalnya daripada menggunakan perlambangan realiti kaum India di India, kenapa tidak realiti sumbangan India Malaysia dijadikan tema dan persoalan tulisan?

Kenapa isu dua tiga kerat orang India yang suka riuh-rendah dan menuntut itu ini tidak ditukar kepada jasa kaum India yang turut membina negara? Dua tiga kerat orang India yang bermasalah dan suka mencipta kontroversi ini bukanlah cerminan sebenar sikap majoriti India di Malaysia.

Ramai orang India yang berjasa dan diingati. Contohnya, keupayaan jurulatih bola sepak negara K. Rajagobal, bersama play-maker, K. Gurusamy dan pemain sayap, S. Kunalan. Sumbangan mereka membolehkan kemarau penantian selama 20 tahun berakhir pada Sukan SEA di Laos, baru-baru ini.

Demikian juga jika menyelusuri kehidupan masyarakat kita. Sedari kecil sehingga dewasa, tidak lengkap hidup ini tanpa peranan kaum India.

Bangun pagi, kita menatap akhbar harian yang dihantar penjual suratkhabar kaum India. Tengah hari menjamah nasi kandar di restoran mamak milik keturunan India. Begitu juga juadah pada waktu malam.

Malah masakan di rumah juga ada sentuhan "India" berdasarkan pelbagai rempah dan serbuk kari keluaran syarikat milik keturunan India. Berdasarkan semua itu, darah daging, tubuh badan dan bahan kumbahan kita hampir sebahagian besar daripada 'air tangan' kaum India.

Dalam kes Kulasegaran, daripada mempertikaikan agar hak istimewa Melayu dihapus dan dikaji semula, beliau akan dilihat lebih murni sekiranya tidak menyentuh isu Melayu tetapi meminta jaminan keadilan untuk kaum lain yang turut sama menyumbang membina negara.

Sarjana seperti Imanuel Kant menegaskan "kebenaran sesuatu penulisan atau kenyataan adalah ditentukan oleh objektif dan daya taakulan (reasoning) yang dihasratkan oleh penulis dan penuturnya.

Tujuan di sebalik sesuatu tulisan atau kenyataan ada pelbagai.

Pertama, mungkin bermaksud untuk menjadi hero atau pembela kaum masing-masing berdasarkan sentimen primordial tadi. Mungkin juga ingin mencipta nama dan sejarah tersendiri.

Kedua, bermatlamat menyalahkan nasib buruk yang menimpa kaum mereka bukan dengan melihat kelemahan kaum tersebut tetapi dengan menyalahkan sistem, pihak ataupun puak lain.

Ketiga, sebagai satu pernyataan tersirat yang mempunyai maksud halus bagi menyampaikan perkara lain. Keempat, sebagai satu rakaman pernyataan untuk sama-sama terlibat (bikin kecoh) atas dasar mewakili kaum, puak atau kumpulan berhubung sesuatu isu.

Kelima, sebagai bayangan perasaan inferiority complex kaum berkenaan. Keenam, kesan akibat pengaruh sosiobudaya yang membentuk peribadi dan jati diri penulis dan penutur berkenaan.

Ketujuh, boleh jadi kesan daripada kurangnya pemahaman bahawa sentimen primordial sebenarnya perlu diurus secara yang harmonis, bermotivasi dan konstruktif. Bukannya disemarakkan dan diapi-apikan melalui amalan konvensional sebelumnya.

Natijahnya usaha pemupukan perpaduan, keharmonian kaum, integrasi antara ras akan hanya menjadi retorik yang bermain di bibir semata-mata tetapi gagal diterjemahkan kewujudannya.

Sebab itu kita perlu menghayati pepatah lama "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa" atau "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

Kata cerdik pandai pula, "Tiada masalah kenapa perlu mencari masalah".

Jika ini mampu dihayati Malaysia yang aman, harmoni, unik lagi makmur dan kental ikatan perpaduan rakyatnya akan mampu dilestarikan. read more Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

EKONOMI


Malaysia jadi pasaran tumpuan Macau

KUCHING 22 Dis. - Malaysia dijangka terus menjadi pasaran yang giat berkembang dalam sektor pelancongan Macau, terutamanya dengan peningkatan baru-baru ini berikutan terdapatnya tanda-tanda pemulihan daripada wabak selesema Influenza A (H1N1) dan krisis ekonomi global.

Pengurus Pemasaran Perwakilan Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO) di Malaysia, Ho Yoke Ping hari ini berkata, terdapatnya penerbangan terus setiap hari sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur selain tiga kali seminggu dari Kuching dan empat kali seminggu dari Kota Kinabalu dan Pulau Pinang ke Macau pada masa ini.

"Beban penumpang AirAsia ke Macau, yang turut menandakan ulang tahun ke-10 kepulangannya ke China pada hari Ahad, biasanya kira-kira 70 peratus tetapi penuh pada musim puncak seperti cuti sekolah," kata beliau selepas menganjurkan majlis penghargaan makan tengah hari untuk ejen pelancongan dan pengembaraan tempatan serta wakil media di sini.

Beliau berkata, pasaran Malaysia yang merupakan antara destinasi ketibaan pelancongnya yang utama, menyaksikan sejumlah 286,000 melawat Macau dari Januari hingga November tahun ini berbanding kira-kira 400,000 dalam tempoh yang sama tahun lepas, sebahagiannya disebabkan oleh kemelesetan global dan pandemik H1N1.

Wilayah China yang berkeluasan 29 kilometer persegi dengan penduduk 500,000 mencatatkan jumlah 27 juta pelawat tahun lepas. klik di sini Utusan Malaysia
Teruskan membaca..

Tuesday, December 22, 2009

Bomoh Pijak Pesakit

NEW DELHI: Seorang lelaki `suci’ ditangkap semalam atas tuduhan mendera kanak-kanak selepas beberapa ibu bapa melihat dia memijak kerongkong anak mereka, kononnya untuk mengubati penyakit selesema. klik di sini myMetro



YADAV memijak seorang kanak-kanak yang menghidap
selesema. Gambar kecil, Jamun Yadav.



Teruskan membaca..

Surat Terbuka; Guru Bantah Menteri Utamakan JQAF





MH Harun Nov 9, 09 11:51am
"Budak-budak ni pagi kat sekolah belajar agama. Petang gi sekolah agama. Malam gi kelas Hikmah. Sok pagi masih kuang hajo!" demikian kata-kata seorang guru Felda.

Saya merujuk kenyataan menteri pelajaran (17 Oktober) mengenai rancangan untuk memperluaskan Program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQAF) ke sekolah menengah.

Tahniah tuan menteri! Beliau berjaya meneruskan tradisi "1perhimpunan agung Umno, 1usul pendidikan baru". Untungnya bakal-bakal guru JQAF!

Sudahlah berstatus di luar norma, mereka seringkali tidak dipedulikan oleh jemaah nazir atau lembaga pemantau kerana bidang tugas mereka dianggap tidak kritikal dan tidak menyumbang secara langsung ke arah pencapaian misi dan visi sekolah.

Saya sendiri hanyalah seorang guru yang menyedihkan dan jauh sekali layak daripada menerima sebarang anugerah kecemerlangan. Tetapi sekurang-kurangnya penulis ini bukan seorang ahli politik yang teringin menjadi jagoan dewan PWTC.

Terdapat banyak kos melepas dalam pelaksanaan program JQAF, apatah lagi kalau diperkenalkan di sekolah menengah. Bukankah lebih baik memperbaiki formula nisbah keperluan guru sekolah kurang murid (SKM) gred B, contohnya.

Berikut antara isu-isu lain yang lebih kritikal berbanding perluasan program JQAF:

- Pertindihan jawatan yang kronik berlaku di sekolah SKM gred B di seluruh negara. Guru-guru bergelut untuk menyiapkan kerja dan pada masa yang sama mesti menepati aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Soalannya, wajarkah ditambah bilangan guru-guru JQAF berbanding guru am biasa bagi mengisi jawatan seperti guru data, setiausaha peperiksaan, atau penyelaras teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)?

- Ketidakseimbangan taburan pilihan di sekolah-sekolah berlaku setiap tahun akibat pertukaran, kenaikan pangkat, persaraan, dan kematian guru. Pihak pentadbiran sekolah mengalami masalah dalam pengurusan panitia, pelaksanaan program kecemerlangan, dan menghantar wakil sekolah untuk kursus dalam perkhidmatan.

Soalan saya, bolehkah guru-guru JQAF mengepalai atau setidak-tidaknya menjadi ahli jawatankuasa panitia lain dalam menangani masalah ini?

- Pengurusan disiplin murid merupakan masalah kritikal di kebanyakan sekolah naungan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Soalan: Bolehkah lebihan guru-guru JQAF dilantik menjadi guru disiplin atau bimbingan dan kaunseling yang hakiki di sekolah-sekolah ini?

- Program pensiswazahan guru sekolah rendah kurang mendapat sambutan kerana faktor umur dan ekonomi. Umur persaraan dinaikkan kepada 58 tahun. Guru JQAF adalah lepasan ijazah gred gaji DG41. Tidak wujud status guru besar DG 44 bagi guru siswazah yang dinaikkan pangkat secara berasaskan masa (time-based).

Soalannya, di manakah letaknya kedudukan guru-guru JQAF kumpulan pertama pada lima tahun akan datang?

- Boleh dikatakan setiap kali seorang pegawai pelajaran daerah baru dilantik, sistem fail akan berubah. Fail-fail perkara baru dibuka sepanjang tahun. Berlaku juga dua fail dengan perkara yang sama dibuka oleh dua guru pada masa yang berlainan.

Pembantu tadbir dan pembantu am pejabat sudah tidak larat menguruskan fail-fail sekolah.

Soalan: Di antara pembantu pentadbiran tambahan dan guru JQAF baru, siapa lebih penting? Siapa lebih kos-efektif? Siapa lebih praktikal?

- Akta Pendidikan 1996 tidak memperuntukkan guru pemulihan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris sedangkan ia seringkali dianggap sebuah "subjek pembunuh".

Wajarkah ditambah bilangan guru JQAF berbanding pengenalan guru pemulihan Bahasa Inggeris?

- Pelaksanaan selama lima tahun menyaksikan bilangan guru-guru JQAF bertambah di sekolah-sekolah.

Mereka dianggap gagal menyelesaikan masalah-masalah seperti di atas kerana status mereka sebagai guru luar norma dan bidang tugas yang tidak menyumbang kepada pencapaian misi dan visi sekolah secara langsung.

Soalan: Wajarkah diperluaskan progam JQAF ke sekolah menengah?

Sebarang usul pendidikan sekolah kerajaan haruslah menguntungkan semua golongan dan bukannya yang beragama Islam sahaja.

Bukannya saya tidak mengiktiraf kebaikan mempelajari ilmu jawi, al-Quran dan fardu ain.

Akan tetapi selama ini wujud premis-premis seperti sekolah agama dan masjid yang cukup mampu untuk menyampaikan ilmu-ilmu tersebut. Tambahan pula bukannya tidak wujud guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah sebelum ini.

Selesaikanlah dahulu masalah kritikal harian sekolah sebelum meng-Umno-kan Falsafah Pendidikan Kebangsaan!
Malaysiakini


Teruskan membaca..

Monday, December 21, 2009

Surat Rayuan Terbuka Kepada Timbalan Menteri


'Bantu kami', guru GSTT Cina rayu Muhyiddin
Guru Sandaran Tidak Terlatih Dis 17, 09 2:38pm
Surat terbuka sekumpulan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) seluruh negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri pelajaran, bertarikh 14 Disember 2009. YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin,

Perkara: Rayuan Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Agar Menganjurkan Lebih Banyak Kursus KPLI-SR Dan KDPM-SR Bahasa Cina Serta Pengambilan Lebih Ramai Calon Untuk Bahasa Cina Bagi GSTT Mod Kursus Dalam Cuti (KDC).

Berhubung dengan perkara di atas, dengan segala hormat dimaklumkan bahawa kami sebagai GSTT di SJK(C) dari seluruh negara, ingin merayu kepada YAB agar memberikan peluang kepada kami untuk menjadi seorang guru yang berikhtisas dan dedikasi sepenuhnya dalam pendidikan.

Lantaran tiada sesiapa dapat membantu, maka kami terpaksa merayu kepada YAB untuk memberikan perhatian terhadap nasib kami GSTT di SJK(C) dan memberi bantuan dengan tindakan segera yang sewajarnya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang GSTT daripada SJK(C) memohon kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada November 2009 lalu, bagi mengisi hampir 3,000 kekosongan guru tetap SJK(C) di seluruh negara pada masa kini.

Malangnya KPM hanya menawarkan pengambilan 200 calon bagi kursus perguruan KPLI-SR Bahasa Cina dan 300 calon saja bagi KDPM-SR Bahasa Cina bagi Mod KDC pada November lalu.

Pengambilan calon Bahasa Cina telah menurun jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, maka kami membuat rayuan kepada YAB agar dapat menyelesaikan masalah ini dan meningkatkan pengambilan calon bagi Bahasa Cina.

1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem GSTT begitu unik dan jarang terdapat di negara lain. Oleh sebab itu, sistem ini mempunyai pengaruh yang penting terhadap sistem pendidikan di negara kita.

Sistem pendidikan negara dan sukatan pelajaran telah diselaraskan dan disistematikkan, tetapi sistem pengambilan guru masuk ke institusi perguruan masih tidak dilaksanakan dengan sistematik.

Sistem pengambilan guru baru bagi kursus perguruan yang tidak disistematikkan ini telah memberikan beban bagi aliran sekolah tertentu di negara ini khususnya SJK (C) dan SJK (Tamil) kerana kekurangan guru tetap dan berikhtisas.

2. Sehubungan itu, dalam pengambilan guru baru bagi kursus perguruan di Malaysia, adakah jumlah pengambilan calon guru ditetapkan berdasarkan kadar persaraan guru? Adakah pengambilan guru kursus perguruan ini mencerminkan kadar kekurangan guru di semua aliran sekolah rendah dan menengah?

Jika statistik menunjukkan persaraan 500 orang guru, adakah KPM akan mengambil 500 orang guru kursus perguruan mengikut keperluan dalam semua aliran sekolah?

(Sekolah Cina dan Tamil memerlukan guru yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina/Bahasa Tamil, tetapi pengambilan calon kursus perguruan hanya menumpukan dalam pengambilan guru yang hanya mahir dalam Bahasa Malaysia?)

3. Di samping itu, semua GSTT rajin mencurahkan khidmat dan dedikasi untuk pendidikan megara tetapi adakah negara kita menghargai sumbangan GSTT?

Kebajikan kami tidak dijaga dan kerja sebagai GSTT tidak terjamin. Sekiranya terdapat guru tetap yang baru diagih masuk ke sekolah, perkhidmatan GSTT akan dihentikan. Kejadian ini menyebabkan semua GSTT berasa kecewa dan terasa tidak diberikan jaminan.

Adakah ini caranya negara melayan GSTT yang berdedikasi untuk pendidikan negara?

4. GSTT mengharapkan kursus perguruan akan dianjurkan setiap tahun sebab ia satu-satunya cara untuk GSTT menjadi seorang guru tetap dan berikhtisas. Malangnya, kadar pengambilan calon kursus perguruan pada setiap tahun kurang daripada kadar guru yang telah bersara.

Akibatnya, sekolah rendah Cina menghadapi kekurangan guru tetap pada tahap yang serius sehingga 2,000 orang.

5. Sehubungan itu, adakah KPM mempunyai perancangan untuk membantu GSTT yang sedia ada, misalnya bagi GSTT yang telah berkhidmat lebih tiga tahun, untuk diberikan keutamaan dalam pengambilan dalam permohonan kursus perguruan?

6. Adakah Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai rancangan untuk GSTT di SJK(C) yang tidak berpeluang untuk memasuki institusi perguruan walaupun mereka telah banyak kali memohon kursus perguruan?

Syarat KPM menetapkan bahawa GSTT mestilah tidak melebihi umur 35 tahun bagi siswazah dan umur 30 tahun bagi bukan siswazah.

Ia tidak adil bagi para GSTT yang telah bertungkus-lumus dalam bidang pendidikan. Walaupun mereka mempunyai pengalaman untuk mengajar, mereka tetap tidak diterima oleh institusi perguruan hanya kerana umur mereka melebihi had usia yang disyaratkan?

Jika tidak diberi peluang untuk menjadi guru yang berikhtisas, mereka terpaksa menceburi bidang ain dan, susulan itu, sekolah-sekolah akan kehilangan guru yang berpengalaman dan penuh dedikasi.

7. Kami mencadangkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil pensyarah dari universiti tempatan sebagai pensyarah kontrak dalam institusi pendidikan.

Langkah ini bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan pensyarah yang serius dalam institusi pendidikan, malah mengurangkan perbelanjaan pihak kementerian.

Dengan adanya bilangan pensyarah yang mencukupi, kementerian boleh melatih GSTT untuk menjadi guru secara kumpulan.

Ia bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kekurangan guru yang serius di seluruh negara, malah para GSTT dapat memberi sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan tidak perlu berasa risau untuk mencari jalan demi menjadi seorang guru berikhtisas.

Akhir sekali, kami berharap YAB dapat memahami nasib GSTT di SJK(C) dan boleh membantu kami mendapatkan peluang temuduga terbuka (walk-in interview) bermaksud semua GSTT kini terus diterima masuk KDPM-KDC dan KPLI-KDC (mod Bahasa Cina) seperti mana program ini pernah dilaksanakan oleh bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Hon Chun Kim.

Ia membuka lebih peluang kepada para GSTT agar dapat menyelesaikan masalah kekurangan 3,000 guru SJK(C) berikhtisas di seluruh Malaysia. Sistem Pelajaran yang mantap adalah asas pembanguan negara.


Sekian. terima kasih.
"1Malaysia: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"


Sumber : Malaysiakini
Teruskan membaca..

Mendekati Bukan Menjauhi Guru



Mendekati bermaksud menghampiri atau berada bersama-sama manakala menjauhi bermaksud tidak suka bersama atau cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka. Jika perkara ini dirujukkan kepada guru maka seseorang murid itu perlulah menghampiri guru dalam proses pembelajaran. Mereka yang suka menjauhi guru ialah mereka yang tidak berminat untuk belajar dan tidak mahu dibimbing oleh guru.

Seseorang murid seharusnya mendekati guru berdasarkan butiran berikut:

• Guru sebagai sumber ilmu: Kita datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Walaupun ilmu itu berada di mana-mana tetapi peranan dan tunjuk ajar guru amat diperlukan untuk memberi lebih pemahaman kepada kita. Tanpa ilmu kita ibarat kapal belayar di tengah lautan tanpa nakhoda. Sudah tentu ia akan terumbang-ambing dan mungkin juga akan tenggelam dihempas ombak.

• Guru sebagai pembimbing: Setiap murid harus dibimbing setiap hari. Walaupun kita diminta berdikari tetapi bimbingan daripada guru amat diperlukan kerana guru ialah pengganti ibu bapa ketika disekolah.

• Guru sebagai penyelesai masalah: Guru mempunyai pelbagi tugas dan kemahiran. Contohnya menjaga disiplin pelajar, memberi motivasi dan kaunseling, mengajar, melatih aktiviti sukan atau aktiviti kebudayaan. Oleh itu jika kita rajin berdamping dengan guru bermakna kita akan dapat berbagai pengalaman dan kemahiran untuk menjadi pelajar cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

• Guru sebagai rakan: Guru juga ialah insan yang mempunyai perasaan serta suka berkawan. Oleh itu pada masa tertentu guru boleh dijadikan rakan yang mampu memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Walaupun guru dianggap sebagai rakan namun mereka perlu dihormati dan segala arahan guru haruslah diamalkan sepanjang masa.

• Guru sebagai penyuluh cahaya: Ungkapan ini bermaksud guru sentiasa memberi bimbingan yang membolehkan murid-murid mendapat kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam juga segala aspek kehidupan murid tersebut.

Setelah mengetahui betapa besarnya peranan guru serta peluang yang kita boleh perolehi, maka janganlah kita menjauhi guru tetapi kita perlu sentiasa mendekati mereka. Jika menghadapi sebarang masalah kita sewajarnya menghubungi guru untuk mendapat panduan yang sebaiknya daripada mereka. Jangan sekali-kali membenci atau memarahi mereka. Anggaplah mereka itu sebagai ikon ke arah kejayaan diri kita.


Sumber:Portal Pendidikan Utusan

Teruskan membaca..

Sunday, December 20, 2009

Integrasi Memerlukan Pengorbanan


Mingguan Malaysia, 20 Disember 2009


Seperti yang dijangkakan persatuan-persatuan Cina yang berpengaruh termasuk MCA langsung tidak akan bersetuju dengan sebarang tindakan kerajaan untuk memperbaiki kedudukan bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina seperti menyeragamkan silibus Bahasa Melayu (BM) dan menambahkan masa pembelajaran BM serta cadangan untuk menambah satu lagi subjek Malaysia Negaraku dalam BM. Semua cadangan tersebut ditolak, lebih ekstrim lagi mereka mahukan subjek baru Malaysia Negaraku turut diajar dalam bahasa ibunda. Pendek kata, sebarang cadangan untuk memperkasakan BM dilihat sebagai menghakis kedudukan dan karektor Sekolah Jenis kebangsaaan Cina (SJKC). Apakah ini yang dikatakan integrasi setelah kita menolak asimilasi?

Ketua Pemuda MCA yang berjawatan Timbalan Menteri dalam bidang pendidikan begitu lantang bersuara seperti seorang jaguh kampung. Apakah beliau telah buat kajian mengenai masalah yang berlaku sebenarnya, terutama prestasi bahasa Melayu dari segi penggunaan harian dan keputusan peperiksaan di sekolah-sekolah tersebut? Sebagai seorang anggota jemaah menteri, beliau sepatutnya membuat penyelidikan lebih mendalam, yakni secara akademik untuk mengetahui apakah punca masalah sebenarnya dengan penerimaan integrasi bukan asimilasi yang terlalu dicanangkan ini? Apatah lagi beliau ada ijazah kedoktoran. Janganlah terlalu bertindak ultra kiasu seperti parti ultra tersebut! Malang sungguh Barisan Nasional (BN), sekian lama parti-parti komponen ini berada dalam kerajaan masih tidak faham aspirasi dan cita-cita negara. Saya memohon mereka datang ke sekolah saya yang majoritinya murid-murid bukan Melayu dan lihatlah keadaan mereka di sana. Buatlah kajian dan tanya kepada pengetua dan guru-gurunya. Jangan asyik menyalak sana-sini, dengan sengaja mahu menutup kelemahan. Tidak ada sesiapa yang untung, generasi kita seterusnya yang akan rugi.

Jika begini pemikiran mereka, maknanya sekolah satu sistem (SSS) hanyalah ilusi. Sentuh sedikit sahaja sekolah vernakular sudah hilang rasional, bagaimana pula hendak menyatukannya di bawah satu bumbung. Maka tidak hairanlah sekolah wawasan gagal mencapai matlamatnya. Saya yakin, selepas ini saya akan menerima lagi surat undangan untuk berdebat. Saya akan dilabelkan sebagai anti-Cina. Sedangkan saya tidak pernah menolak hak orang bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, tidak sama sekali. Saya berjanji, saya akan bersuara lantang dan mengkritik kerajaan jika ada percubaan untuk menghapuskan hak-hak bukan Melayu untuk mempelajari bahasa ibunda mereka jika ditakdirkan SSS wujud nanti. Persoalan saya, apakah SSS itu akan wujud? Jauh panggang dari api.

Sampai bilakah kita mahu melihat generasi kita berbahasa Melayu dengan baik setelah sekian lama tinggal di negara ini. Rakan saya, berbangsa Inggeris, hanya tinggal setahun di negara ini, sudah dapat menguasai BM dengan baik. Memang, galakan mempelajari bahasa lain itu amat dituntut oleh agama Islam. Malah saya amat menggalakkan umat Islam mempelajari bahasa mandarin seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika merasmikan majlis makan malam sekolah menengah persendirian Cina Chong Hwa baru-baru ini. Kita selalu mendengar kata-kata “tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”. Tetapi adakah wajar, akibat terlalu bernafsu dan ghairah mempelajari bahasa sendiri sehingga bahasa yang menjadi teras negara bangsa dan perpaduan diabaikan? Saya tidak akan bercakap dan menulis lagi jika orang bukan Melayu mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh sebelum ke SJKC. Malah, saya sendiri menggalakkan anak-anak saya ke SJKC kerana mereka mempunyai asas bahasa Melayu yang kukuh. Tetapi adakah perkara ini berlaku? Majoriti mereka yang belajar di SJKC tidak mempunyai asas BM kecuali mereka yang tinggal di Kelantan dan Terengganu. Bagi mereka yang tinggal di bandar, penguasaan BM amat lemah. Bukan sahaja kanak-kanak, malah yang dewasa pun sama. Saya tidak katakan semua.

Kalau tidak percaya, kita mulakan kajian terhadap ahli-ahli DAP, MCA dan Gerakan. Suruh menulis karangan dan bertutur dalam BM. Sampai bilakah kita mahu terus mendengar perbualan seperti “gua tatak mau”, “itu maciam manyak susah lo”, “lu tarak tau kah”? Siapa yang rugi nanti? Bila anak-anak kita tidak mendapat keputusan peperiksaan yang baik BM, mereka gagal mendapat biasiswa dan gagal dalam temuduga, siapakah yang akan dipersalahkan? Sudah tentu kerajaan atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dipersalahkan? JPA akan dituduh terlalu mementingkan Melayu dan bumiputera, meminggirkan bukan Melayu dan sebagainya.

Saya selalu diserang, pada mereka isu perkauman hari ini bukan disebabkan oleh dasar pendidikan vernakular tetapi disebabkan oleh UMNO yang terlalu perkauman. UMNO terus dipersalahkan oleh semua pihak termasuk mereka dalam komponen BN. Saya ingin bertanya, adakah kewujudan MCA, DAP, MIC, Makkal Sakti, PPP dan Gerakan itu tidak perkauman? PAS juga adalah parti perkauman, parti dominasi Melayu walaupun ia dibuka kepada semua orang Islam. Janganlah kerana ada seorang dua ahli jawatan kuasa dan ahli yang bukan sebangsa dijadikan alasan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum, menyahut seruan 1Malaysia. Fakta dan sejarahnya, sejak awal lagi lagi asas-asas negara ini dibina atas dasar perkauman sehingga ke hari ini. Tidak hanya parti-parti politik yang perkauman, malahan boleh dikatakan kebanyakan persatuan atau NGO ditubuhkan atas perkauman. NGO Cina sahaja ada lebih 8000 buah di negara ini. NGO bangsa lain pun tidak kurang juga. Jika trend ini terus-menerus berlaku, bagaimanakah arah tuju negara kita pada masa akan datang?

Justeru, kita mesti cuba memperbaikinya keadaan hari ini setelah melihat semua masalah yang telah berlaku. Jangan biarkan masalah terus jadi masalah, jawapannya lagi bermasalah. Masalah harus diselesaikan dengan cara-cara dan idea-idea untuk mengatasinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Wang ringgit banyak dihabiskan untuk berpolitik sesama sendiri dan menjatuhkan antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik harta tersebut digunakan untuk lain-lain tujuan seperti pembangunan dan sebagainya?

Orang bukan Melayu cukup takut dengan akta pendidikan 1996 kerana dilihat boleh menghakis sekolah vernakular jika bahasa Melayu dikuatkuasakan. Persoalan saya, pernahkah kerajaan menggunakan atau mengimplementasikan akta tersebut sehingga kini? Tidakkah kita sedar akta ini lebih lunak, berbanding akta sebelumnya iaitu akta pelajaran 1961 yang lebih menakutkan di mana menteri pelajaran mempunyai kuasa penuh untuk menghapuskan sekolah vernakular. Akta ini juga tidak pernah dikuatkuasakan. Pernahkah kita berterima kasih dengan akta baru ini? Sudahlah tidak berterima kasih, malah mahukan akta 1996 dihapuskan terus. Bila akta ini dihapuskan bermakna bermaharajalelalah sekolah ini tanpa boleh diganggu-gugat lagi. Itulah cita-cita sebenar mereka. Terkadang-kadang saya terfikir adakah kita ini tinggal di Malaysia atau di negara lain?

Jika keadaan ini terus berjalan, seterusnya ditambah dengan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta(IPTS) yang bersifat perkauman, dipunyai oleh satu-satu kaum dan parti-parti politik perkauman, bagaimanakah pembinaan negara bangsa berasaskan identiti kebangsaaan dapat dilakukan. Saya difahamkan IPTS hari ini sudah tidak dapat dikawalkan lagi. Bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Apatah lagi yang menjaganya terdiri dari kalangan menteri bukan Melayu. Saya cukup bimbang dan pasti akan berlaku suatu hari nanti, apabila ijazah IPTS-IPTS lebih laku atau lebih diterima daripada ijazah IPTA-IPTA selepas ini. Logiknya mudah, jika perkaumanlah permulaannya, maka perkaumanlah kesudahannya. Kalau itulah yang berlaku, maka berjayalah perancangan parti ultra kiasu ini dan komponen-komponen mereka. Siapakah yang rugi? Fikirkan sejenak! Tidakkah mereka sedar bahawa kerajaan hari ini telah berkorban terlalu banyak. Ratusan malah mencapai angka ribu hektar tanah telah diberikan kepada IPTS ini, tidak ketinggalan jutaan bantuan kewangan telah diberikan, atas dasar setiakawan dan semangat BN? Apakah kita pernah berterima kasih atau sebaiknya menyusun strategi untuk terus menuntut dan mendesak serta menikam dari belakang? Bila pilihan raya, parti ultra kiasulah yang terus menang.

Saya selalu ditanya dan diserang, adakah dengan tidak boleh berbahasa Melayu bermakna tidak ada semangat patriotik? Jawapan saya, ya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti sentiasa cinta dan berusaha untuk mengasimilasikan, mengintegrasikan dan menghormati semua dasar asas bernegara, misalnya kedudukan BM dan lagu negaraku. Ketika itu barulah jiwa menjadi kental dan kita akan berjuang bermati-matian mempertahankan negara walaupun nyawa itulah gadaiannya. Semangat ini mesti ada, jika tidak, saya bimbang kita akan lari entah ke mana atau mungkin belot dan yang paling ditakuti kita sanggup menjual kedaulatan negara kepada negara lain.

Saya memang tidak menafikan hari ini kita amat sukar menerima asimilasi. Sudah semestinya ia tidak akan berlaku lagi disebabkan oleh politik mengancam dan menuntut. Baiklah, jika integrasi itulah yang diterima, apakah integrasi itu tidak memerlukan kepada pengorbanan dan sayangnya kita kepada identiti kebangsaan seperti, bahasa kebangsaan dan menghormati lagu kebangsaan. Saya selalu ke SJKC menghantar anak saya ke sana dan selalu mendengar mereka menyanyikan lagu negaraku, kelakar sungguh bunyinya. Kalau tidak percaya cuba rakamkan lagu negaraku ketika dinyanyikan oleh murid-murid ini. Barulah kita tahu kedudukan BM yang sebenar di sekolah vernakular. Jika ditambah dengan keputusan peperiksaan BM, barulah kita tahu nasib BM di bumi Melayu.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis




Teruskan membaca..

Saturday, December 19, 2009

Friday, December 18, 2009

Bakal jadi isu

Jumaat, 18.12.2009


PETALING JAYA: Majlis Sekolah-sekolah Kristian Malaysia meminta Kementerian Pelajaran untuk memasukkan Pengetahuan Bible sebagai antara mata pelajaran pilihan untuk dua subjek tambahan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi majlis itu Yap Kok Keong berkata keputusan kerajaan untuk menghadkan subjek tambahan kepada Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil akan memberi kesan kepada jumlah calon Pengetahuan Bible.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata terdapat 1,350 calon yang ingin mengambil subjek Pengetahuan Bible pada peperiksaan SPM.

"Sekarang, kami perlu memberitahu mereka yang telah mengikuti subjek Pengetahuan Bible selama setahun bahawa mereka tidak boleh mengambil subjek itu dalam SPM kerana ia di luar kuota dan ia menyedarkan kami bahawa ramai pelajar akan menggugurkan subjek itu.

"Akhirnya, ia akan menamatkan satu subjek penting dalam kurikulum sekolahkita," katanya.

Yap berkata, pihak majlis meminta kementerian supaya memberikan pilihankepada calon untuk memilih dua subjek tambahan yang ingin mereka ambil dalampeperiksaan itu. – BERNAMA klik disini
Teruskan membaca..

Tahniah Untuk Pasukan Malaysia.

SYABAS MALAYSIA JUARA

Pemain dan pegawai skuad bola sepak negara meraikan kejayaan manis bersama pingat emas yang terkalung di leher masing-masing selepas menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Kompleks Nasional Laos dekat Vientiane, semalam. – UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN


SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.

Kemenangan itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang terpaksa berada di tengah ribuan penyokong Vietnam yang membanjiri stadium.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1.


Senyum Kambing 18/12/2009


Sejarah tercipta




VIENTIANE – Malaysia mencatat sejarah menjuarai acara bola sepak Sukan SEA XXV selepas 20 tahun apabila mengalahkan Vietnam 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos di sini, semalam.

Jaringan sendiri pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83 ketika cuba menahan serangan Malaysia memberikan anak buah K. Rajagobal kejuaraan pertama selepas kali terakhir melalukannya pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.

Emas acara bola sepak semalam merupakan pingat emas ke-40 buat kontinjen negara semalam.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ialah pada 2001 di Kuala Lumpur tetapi kalah 1-0 kepada Thailand menerusi gol masa tambahan.

Ini merupakan kali pertama Malaysia mengalahkan Vietnam sejak 2001 pada semua peringkat kejohanan Asia Tenggara termasuk Piala Tiger.

Kemenangan semalam turut menebus kehampaan setelah kalah kepada Vietnam 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Vietnam yang turun selaku pasukan pilihan memulakan asakan sejak awal perlawanan, namun skuad negara kental bertahan daripada dibocori.

Malaysia bangkit memberi saingan dengan asakan kemas dengan kemasukan Zaquan Adha Abdul Razak, yang pulih daripada masalah mata di babak kedua.

Hantaran silang Norshahrul Idlan Talaha ditahan oleh pemain pertahanan Vietnam sehingga masuk ke gawang sendiri, yang memberikan jaringan kemenangan kepada Malaysia pada minit ke-83.

Mengulas kemenangan bersejarah itu, Rajagobal berkata, dia amat gembira kerana berjaya memberikan kemenangan acara bola sepak Sukan SEA selepas 20 tahun menanti.

Katanya, dia bangga dengan semangat dan kesungguhan pemain di sepanjang perlawanan sehingga berjaya menjelmakan kejayaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kemenangan ini amat besar maknanya bagi saya. Saya amat gembira kerana kami akhirnya berjaya juga memberikan kemenangan yang kita sama-sama nantikan sejak sekian lama.

“Pujian harus perlu diberikan kepada para pemain yang memberikan segala-galanya di atas padang demi merealisasikan impian kita selama ini.

“Kemenangan ini adalah untuk rakyat Malaysia. Lebih penting emas yang kita menangi ini diharap akan mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Lagi berita mengenai kejayaan pasukan Malaysia di Sukan SEA

http://cikguilhamikhlas.blogspot.com

Teruskan membaca..

Thursday, December 17, 2009

Maal Hijrah


Selamat menyambut Maal Hijrah 1 Muharam 1431H.

" Memantap Ummah, Memperkasa Ukhwah "

Semoga Hidup Terus diberkati Allah S.W.T.

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...