Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Friday, December 27, 2013
Tuesday, December 24, 2013
Perkasa peranan ulul albab dalam sistem pendidikan
Perkasa peranan ulul albab
dalam sistem pendidikan
Ulul albab atau manusia yang memahami didukung oleh ilmu akli dan
nakli yang membina tasawwur menjadi asas bagi pendidikan yang sifatnya
integratif. Manusia memerlukan pandangan semesta yang lebih menyeluruh
supaya wujud sinergi antara pemahaman terhadap yang nyata dengan perkara
yang ghaib terjadi.
Strategi integrasi dan Islamisasi ilmu dan pendidikan yang sedang berjalan dalam sistem dan institusi mengukuhkan lagi maksud ulul albab yang ingin menghasilkan watak seimbang dan harmoni menepati matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Justeru, ulul albab tidak saja membangunkan fikrah seseorang tetapi juga jiwa zikrullah yang tinggi. Fikir dan zikir adalah adunan yang baik bagaimana ilmu disantuni dan amal ditekuni supaya faktor ghaibiyyat menjadi pedoman memahami hikmah di sebalik kejadian dan penciptaan.
Ulul albab dalam pendekatan pendidikan menjadikan al-Quran sebagai sumber memahami fenomena. Alam dan kehidupan adalah sumber ilmu yang sangat kaya. Pemahaman terhadap al-Quran tidak harus sifatnya tekstual (harfiah) semata-mata tetapi menghubungkan alam dan kehidupan memerlukan pendekatan kontekstual.
Dualisme pendidikan
Pendekatan kontekstual menjadikan ilmu berkembang dalam disiplin yang pelbagai. Teras kepada ilmu itu ialah etika dan nilai. Tanpa etika dan nilai ilmu menjadi kosong dan lompang. Ilmu dan kemahiran hanya bersifat mekanistik, sedangkan ilmu memerlukan roh supaya sifatnya memberi cahaya dan penunjuk jalan ke arah kebenaran, kebaikan dan manfaat.
Dualisme dalam ilmu dan pendidikan sudah terbina sejak sekian lama. Pendekatan empiris yang berasaskan penjanaan minda, pemerhatian dan uji kaji semata-mata tidaklah segala-gala. Ada faktor dalaman diri manusia yang menjadi asas binaan akhlak dan watak yang memerlukan perhatian. Ulul albab adalah suatu kaedah terbaik bagaimana aspek diniah (agama) dijadikan landasan membangunkan aspek ketamadunan yang perlu bagi umat manusia.
Ulul albab adalah proses pengilmuan dan pendidikan yang mampu memberi tautan epistemologi (teori ilmu) yang tidak saja berkembang dalam batas kognitif atau akal fikir tetapi mampu diterjemahkan secara aplikatif dalam amal dan buat.
Pemikiran (fikrah) dalam tradisi Islam tidak memadai. Ia tidak menghasilkan contoh dan sumber ikutan. Fikrah yang diikuti dengan amal adalah suatu simbiosis memperlihatkan bahawa proses pengilmuan dan pendidikan mampu menghasilkan insan berfikir tahap tinggi untuk mencari kebijaksanaan.
Modal insan miliki sinergi
Kebijaksanaan adalah barangan yang hilang daripada insan. Ulul albab adalah landasan terbaik bagaimana pemahaman manusia terhadap sesuatu terhubung dengan Pencipta dan daripada-Nya terbina satu sikap diri mengenai kenapa kita dihidupkan dan apa peranan yang patut dilakukan bagi menyumbang ke arah kehidupan yang sejahtera.
Menjadikan pendekatan ulul albab sebagai suatu pendekatan di sekolah dan institusi pendidikan adalah suatu langkah bijaksana kerana tasawwur atau world-view yang baik tidak akan terbina tanpa terlebih dulu asas Qurani tidak terbangun.
Tradisi hafazan umpamanya adalah baik sekiranya al-Quran diikuti dengan landasan tafsiran dan keupayaan mengolah petunjuk daripada Allah SWT ini dalam kreativiti kajian dan ketelitian supaya terhubung akliah insan dengan daya kompetensi tinggi memahami faktor yang nyata dengan faktor yang ghaib. Teknologi umpama selamanya alat dan bukannya matlamat. Ia mendukung matlamat sekiranya nilai guna yang berasaskan etika dan nilai dijadikan sandaran.
Pencapaian teknologi tinggi
semata-mata bukan ukuran mutlak terhadap kejayaan. Tetapi teknologi
tinggi yang disantuni dengan sentuhan keinsanan menjadi ukuran terbaik
terhadap aplikasi teknologi dalam kehidupan.
Oleh itu ulul albab dalam keilmuan dan pendidikan harus mampu mencetuskan upaya berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar supaya generasi muda mampu memiliki daya artikulatif (berfikir) yang baik di samping dikawal oleh etika dan nilai yang berkualiti.
Ia bakal menghasilkan modal insan yang memiliki sinergi antara faktor diniah dengan faktor ketamadunan, fikir dan zikir dan memiliki jiwa tadabbur (kaji selidik) yang tinggi supaya alam dan kehidupan ini dapat difahami secara seimbang. Inilah asas ulul albab yang patut diperkasa dalam sistem pendidikan yang sifatnya integratif dan Islamik.
Sumber
Wednesday, December 18, 2013
Tuesday, December 17, 2013
Monday, December 16, 2013
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dr. Khir dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baru
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian
Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Muhyiddin
Yassin menyaksikan Abd Ghafar Mahmud menyerahkan nota serah tugas
kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang baru kepada Datuk Dr Khair Mohamad
Yusof (dua, kanan). Turut sama ialah Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri
Idris Jusoh (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk
Dr Madinah Mohamad (tiga, kanan).
PUTRAJAYA – Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Disember lepas. Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).
Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar semalam.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.
“Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.
“Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi,” katanya pada majlis tersebut.
Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 November 2010.
Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.
“Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.
“Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan,” katanya.
Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir. – Bernama
Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia

Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat.
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global.
Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Sunday, December 15, 2013
NUTP mahu bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah

NUTP mahu bilangan
guru kaunselor di sekolah ditambah
KUALA LUMPUR 15 Dis./ - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan mental di kalangan pelajar di samping berharap bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelajaran perlu mengisi keperluan guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya ia selari dengan usaha membantu para pelajar yang bermasalah.
Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja," katanya.
"Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam semalam bahawa kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mulai tahun depan. - BERNAMA
Saturday, December 14, 2013
Skuad hoki wanita negara cipta rekod dunia di Sukan SEA

Skuad hoki wanita negara
cipta rekod dunia di Sukan SEA
YANGON - Malaysia mencipta rekod dunia dalam sukan hoki apabila skuad wanita negara membelasah Kemboja 36-0 pada perlawanan kedua pusingan awal dalam temasya Sukan SEA ke-27 di sini.
Skuad negara menjaringkan gol pada setiap purata dua minit dengan 18 gol pada babak pertama dan mengulangi jaringan sama pada babak kedua pada perlawanan selama 70 minit.
Sebelum ini, rekod jaringan paling besar dipegang Argentina apabila menumpaskan Peru 26-0 pada Kejohanan Wanita Amerika Selatan di Santiago, Chile, pada 23 Mac 2003.
Semalam, Thailand menyamakan rekod itu dengan mengalahkan Kemboja 26-0.
Pada perlawanan di Stadium Hoki Theinphyu di sini, Noor Hasliza Md Ali
muncul sebagai penjaring terbanyak perlawanan dengan enam gol pada minit ke-14, 25', 42', 43', 62' dan minit ke-64.
Fazillah Sylbester Silin turut menyumbang lima gol pada minit ke-15, 31' 35'
55' dan 60', Nobaili Hashim empat gol (16', 30', 39', 65'), Norazlin Sumantri
empat gol (12', 21', 25', 60').
Kapten pasukan Nadia Abd Rahman menjaringkan dua gol iaitu pada minit kelima dan 51'; Norhidayah Bokhari (21', 28'); Rabiatul Adawiyah Mohamed (40', 55'). - Bernama
Salji dI Baitulmuqaddis
Baitulmuqaddis bermandi salji
TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi
tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis
dilitupi salji semalam.
BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.
Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini
lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas
jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.
"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat
pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir
Barkat.
Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera
terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang
terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat
sini.
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.
Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu
kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji
berterusan.
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters
Subscribe to:
Posts (Atom)