Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label Pendidikan.. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan.. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

LAWATAN PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH (JNJK) LINUS





LAWATAN PEMANTAUAN 

JEMAAH NAZIR SEKOLAH

 (JNJK) LINUS

  PADA 11 HB MAC 2014



Tn Hj Abdul Jalil bin P.Kamadin
 (BM-LITERASI)



Pemantauan pembelajaran dan pengajaran 

 dilakukan oleh jemaah nazir.

Beberapa orang guru diselia sesi pengajarannya. 

 Pihak nazir  memantau dan menyelia

 pengajaran bagi mata pelajaran

  Bahasa Malaysia (LITERASI),

 Bahasa Inggeris (LITERASI) dan

 untuk pengajaran Matematik (NUMERASI).

Hasil daripada lawatan tersebut, 

beberapa penambahbaikan telah 

diusulkan agar Program LINUS 

dapat dilaksanakan sebaik mungkin.





Teruskan membaca..

Friday, February 28, 2014

Pendidikan rapat jurang pendapatan


Pendidikan rapat jurang pendapatan


Pendidikan rapat jurang pendapatan  

Najib melawat dewan pembelajaran 
awal kanak-kanak selepas merasmikan
 kampus baharu Universiti Antarabangsa
 UNITAR, di Kelana Jaya, semalam.
 
Petaling Jaya: Perdana Menteri berkata, hanya dengan ekuiti boleh merapatkan jurang ketidaksamaan pendapatan, sekali gus membolehkan negara berdaya tahan dan mengecapi perpaduan.


Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan pentadbiran kerajaan bekerja keras menentang ketidakadilan dan mengisytiharkan perang terhadap pendapatan yang tidak seimbang.

Katanya, Malaysia bukan lagi negara miskin yang dengan sendirinya mewujudkan cabaran baharu yang sukar, iaitu ketidaksamaan pendapatan di kalangan penduduk. 



“Sebahagian daripada kita lebih makmur daripada yang lain, manakala ada antara kita yang masih bergelut untuk hidup,” katanya ketika merasmikan kampus baharu Universiti Antarabangsa UNITAR, di Kelana Jaya di sini, semalam.



Penyelesaian terbaik 


Najib berkata, antara satu punca pendapatan yang tidak seimbang adalah ketidaksamaan peluang dengan ada yang bernasib baik berbanding yang lain.

Katanya, untuk mencapai keseimbangan ekonomi, kerajaan menumpukan kepada pendidikan kerana ia adalah penyelesaian yang terbaik bagi merapatkan jurang pendapatan.


Beliau berkata, pada 1959, apabila Universiti Malaya (UM) mengambil penuntut sulung, jumlahnya sangat sedikit, iaitu 300 orang.


“Pada 1967, jumlah penuntut dalam pengajian tinggi meningkat kepada 4,500 dan kini seorang daripada empat rakyat berusia 18 hingga 24 tahun adalah golongan berpendidikan tinggi,” katanya.



Tingkat akses pendidikan


Perdana Menteri berkata, kerajaan juga meningkatkan akses kepada pendidikan untuk semua lapisan masyarakat kerana yakin ia mampu meningkatkan ekonomi golongan kurang bernasib baik.


Katanya, peningkatan akses pendidikan berjaya meningkatkan sosioekonomi rakyat dengan ketara menerusi kejayaan dalam pelbagai profesion.


“Hari ini, ramai anak petani, nelayan dan penoreh getah yang balik kampung untuk menyambut Hari Raya, Tahun Baharu Cina dan Deepavali adalah doktor, jurutera dan peguam.


“Dalam perjuangan dan perjalanan kepada yang lebih baik pada hari esok, kita sewajarnya tidak memandang rendah potensi yang ada, sebaliknya mempunyai keazaman, ketabahan dan kerja keras bagi menukar impian dan harapan kepada kenyataan,” katanya. 

Teruskan membaca..

Wednesday, February 26, 2014

Pembelajaran Sains dan Matematik perlu menyeronokkan - Najib


Pembelajaran Sains dan Matematik

 perlu menyeronokkan - Najib

 



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata pembelajaran dalam subjek sains dan matematik perlu menyeronokkan supaya murid-murid tidak hilang minat dalam bidang itu. 


Perdana menteri mencatatkan demikian dalam laman Twitternya hari ini dengan turut menyertakan pautan berita Bernama bertajuk "Jadikan Sains Mata Pelajaran Menyeronokkan" yang dikeluarkan semalam. 



Idris berkata cara pembelajaran sains yang menyeronokkan boleh membantu meningkatkan jumlah pelajar aliran sains di negara ini kepada 60 peratus. 


Beliau berkata, ketika ini, jumlah pelajar aliran itu sebanyak 37 peratus.
- BERNAMA 
Sumber


Teruskan membaca..

Wednesday, January 29, 2014

Guru baru mula tugas Mac

Guru baru mula tugas Mac

Guru baru mula tugas Mac  
Muhyiddin melihat hasil rekaan pada majlis penyampaian hadiah Cabaran Rekabentuk Nasional 2013 (Peringkat Universiti) di ibu negara, semalam. Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin (tengah). 
 
 
 
 
 
 
Graduan tamat pengajian selepas September lalu ditempatkan ikut kekosongan






Putrajaya: Semua lepasan institusi perguruan yang menamatkan pengajian sebelum Ogos lalu, akan ditempatkan untuk tugasan di sekolah selewat-lewatnya Mac ini.
Teruskan membaca..

Tangani segera masalah PBS


Tangani segera masalah PBS

MUHYIDDIN Yassin menyampaikan pingat kecemerlangan kepada Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil, Datuk Marina Chin pada Amanat Tahun Baharu 2014 kepada warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Idris Jusoh (dua dari kiri) dan Mary Yap (empat dari kiri)
 
 
 
 
 
PUTRAJAYA 28 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui menerima banyak maklum balas dan keluhan terutamanya daripada para guru mengenai sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).





Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, berikutan itu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Madinah Mohamad serta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof telah diarah mengenal pasti masalah di peringkat pelaksanaan.





''Pada masa sama, saya menjangkakan ketelusan dalam pelaporan dan tidak berlaku ketirisan. Saya pasti keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya setiap peringkat sama ada di sekolah, jabatan atau jabatan pelajaran negeri mempunyai pemahaman yang sama berhubung pelaksanaan PBS.





''Sekiranya masih terdapat kesamaran mengenai perkara ini, saya meminta ia ditangani segera terutamanya untuk mencerahkan pemahaman guru-guru yang akan melaksanakan PBS," katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2014 kepada warga Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.





Yang turut hadir, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.





Sementara itu, dalam sidang akhbar, Muhyiddin berkata, Kementerian Pendidikan sedang menunggu keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pertambahan 10,000 jawatan pembantu pentadbiran untuk meringankan beban guru.





Muhyiddin berkata, Kementerian Pendidikan prihatin dengan beban kerja guru dan salah satu cara untuk mengurangkan beban mereka ialah mewujudkan 10,000 petugas untuk membantu kerja-kerja perkeranian di sekolah. 





'Sistem persekolahan tidak kira di mana pun pasti ada cikgu yang jaga kokurikulum, disiplin dan lain-lain. Di Malaysia, kita kaji sepanjang masa supaya mereka boleh menumpu lebih banyak perhatian kepada kerja mengajar," katanya.





Muhyiddin pada tahun lalu mengumumkan sebanyak 10,000 jawatan pembantu pentadbiran akan diwujudkan di sekolah-sekolah seluruh negara bagi membantu meringankan beban guru di sekolah.





Mengenai permohonan untuk berpindah sekolah pula, Muhyiddin berkata, beliau memahami keperluan guru terutama mereka yang ingin tinggal bersama ahli keluarga atau menjaga ibu-bapa, tetapi pertukaran tempat mengajar hanya boleh dilakukan berdasarkan kekosongan.





Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, di bawah pencapaian ketujuh PPPM, kualiti guru pelatih yang diambil telah ditingkatkan secara ketara.





''Sebanyak 70 peratus pengambilan Institut Pendidikan Guru yang sedang mengikuti latihan mendapat lima A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.





Mengenai penempatan graduan pendidikan, Muhyiddin berkata, mereka yang tamat pengajian sebelum Ogos 2013 akan ditempatkan selewat-lewatnya Mac ini.
''Sebahagian graduan yang tamat pengajian selepas September pula akan ditempatkan mengikut kekosongan selepas bulan Mac," katanya.
Teruskan membaca..

Wednesday, January 22, 2014

Penguasaan BI pelajar positif


Penguasaan BI pelajar positif

Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia 
ketika menghadiri majlis makan malam bersama Majlis Pelajar United Kingdom
 dan Ireland (UKEC) 2013/2014
 di London, semalam. - BERNAMA
 
 
 
 
 
 
 
LONDON 21 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar penguasaan dan kefasihan pelajar Malaysia dalam bahasa Inggeris di sekolah ketika ini berada pada tahap positif.






Menurut Timbalan Perdana Menteri, senario itu berdasarkan laporan awal Projek Kajian Asas untuk Ditanda Aras Standard Antarabangsa Bahasa Inggeris untuk Sekolah di Malaysia mengikut Common European Framework of Reference (CEFR) yang dilakukan oleh panel penilai daripada badan profesional, Cambridge English.






Beliau berkata, kajian itu bertujuan menilai tahap pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Inggeris serta penguasaan dan kefasihan pelajar kerana terdapat perbahasan bahawa penguasaan bahasa tersebut dalam konteks pendidikan di Malaysia sudah tidak seperti dahulu lagi.






“Sehubungan itu kita telah bersetuju bekerjasama dengan Cambridge English. Dalam kajian tersebut, pelbagai ujian dilakukan termasuk kefasihan pelajar, tahap kecekapan pelajar, keupayaan pengajaran dan amalan, penilaian semula pentaksiran peperiksaan, mengkaji kurikulum dan cara pembelajaran bahasa Inggeris di Malaysia.






“Sebanyak 426 sekolah melibatkan 31,000 pelajar, 943 bilik darjah telah diambil sebagai sampel. Laporan awal yang dibentang pada saya hari ini mendapati mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar berada pada tahap positif dan mempunyai ruang untuk membaiki dan penambahbaikan. 






“Saya juga bersemangat untuk melihat laporan akhir yang akan siap pada Mac nanti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat laporan awal Projek Kajian Asas untuk Ditanda Aras Standard Antarabangsa Bahasa Inggeris untuk Sekolah di Malaysia daripada panel penilai Cambridge English di sini hari ini.





Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin; Ketua Penyelidik dan Pembangunan Antarabangsa Cambridge English, Dr. Hanan Khalifa dan Penolong Pengarah Kumpulan Operasi dan Penilaian Cambrige English, Martin Robinson.






Menurut Muhyiddin, daripada pembentangan awal, panel penilai memaklumkan bahawa Malaysia adalah negara pertama membuat kajian yang agak komprehensif untuk mengetahui kedudukan pembelajaran dan pengajaran serta penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.






“Saya harap setelah laporan ini siap, kita akan mendapat satu penyelesaian yang boleh diambil bagi memperbaiki dan menambah baik pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia.






“Kita juga telah menubuhkan badan di Malaysia yang terdiri daripada pakar-pakar bahasa Inggeris iaitu Majlis Penarafan Bahasa Inggeris untuk sekolah di Malaysia. Laporan itu akan dibentangkan kepada badan ini dan dari situlah kita boleh mengetahui tahap yang dicapai oleh pelajar Malaysia," jelasnya.






Ditanya adakah siap laporan itu nanti akan melibatkan perubahan kurikulum Bahasa Inggeris secara besar-besaran, Muhyiddin berkata, keputusan belum dibuat, semuanya bergantung kepada laporan akhir panel tersebut.





“Jika mereka mencadangkan penambahbaikan dan itu wajar dilakukan, kita akan lakukan. Tetapi pada peringkat ini, saya belum menyatakan perkara itu akan dibuat," katanya.







Beliau yang juga Menteri Pendidikan menyatakan setakat ini tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar berbeza-beza dan diharap apabila siap nanti dan dilaksanakan akan berada pada tahap yang munasabah.






“Dalam laporan awal itu mendapati 85 peratus pelajar berminat belajar dalam bahasa Inggeris manakala 97 peratus guru berminat mengajar dalam bahasa itu. Ini satu pencapaian yang tinggi jika hendak dibandingkan dengan sesetengah negara. - UTUSAN




Teruskan membaca..

Monday, December 16, 2013

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Dr. Khir dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baru
Muhyiddin Yassin menyaksikan Abd Ghafar Mahmud menyerahkan nota serah tugas kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang baru kepada Datuk Dr Khair Mohamad Yusof (dua, kanan). Turut sama ialah Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (tiga, kanan).




Muhyiddin Yassin menyaksikan Abd Ghafar Mahmud menyerahkan nota serah tugas kepada Ketua Pengarah Pendidikan yang baru kepada Datuk Dr Khair Mohamad Yusof (dua, kanan). Turut sama ialah Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (tiga, kanan).
 
 
 
 

PUTRAJAYA – Datuk Dr Khir Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud yang bersara, 6 Disember lepas.  Khir, 57, merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).






Pelantikan Khir diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ bagi meraikan persaraan Abdul Ghafar semalam.






Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau yakin Khir akan meneruskan tugas dan tanggungjawab Abdul Ghafar secara terbaik dalam usaha mentrasformasikan pendidikan negara.






“Kita telah bincang pelbagai perkara dan antaranya adalah mana-mana kerja baik yang telah dilaksanakan oleh Abdul Ghafar sebelum ini perlu diteruskan kerana saya merasakan adalah tidak sepatutnya berlaku perubahan yang besar berikutan pertukaran Ketua Pengarah Pelajaran.





“Mana yang baik, kita akan teruskan dan mana yang sudah baik, kita akan lakukan penambahbaikan supaya menjadi lebih baik lagi,” katanya pada majlis tersebut.
Abdul Ghafar dilantik ke jawatan itu pada 8 November 2010.





Muhyiddin berkata kerajaan sentiasa menghargai sumbangan dan jasa Abdul Ghafar dalam merealisasikan dasar pendidikan negara sepanjang 36 tahun beliau berkhidmat.





“Kewibaaan beliau terbukti dengan kejayaan memimpin dan meletakkan Kementerian Pendidikan sebagai antara kementerian yang berjaya merealisasikan NKRA negara.




“Kita amat menghargai usaha dan inisiatif beliau terutamanya dalam memperkenalkan program Guru Muda 1Malaysia, Bicara Intelek Guru dan Guru Mursyid dan Pementoran Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam usaha meningkatkan profesion keguruan,” katanya.





Sebagai mengharai sumbangannya, katanya kerajaan juga bersetuju mencalonkan Abdul Ghafar sebagai ahli Lembaga Pengarah Institut Antarabangsa bagi Penyelidikan Pendidiikan (IIEP) di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).




Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan upacara serah tugas secara simbolik antara Abdul Ghafar kepada Khir. – Bernama

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...