Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, February 24, 2014

BR1M selaras tuntutan Islam


http://savemoney.my/wp-content/uploads/2012/12/bantuan-rakyat-1-malaysia1.png

BR1M selaras tuntutan Islam






Pekan: Datuk Seri Najib Razak berkata pelbagai inisiatif kerajaan membantu mengurangkan beban rakyat, termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah selaras dengan tuntutan dan syariat Islam. 


Perdana Menteri berkata, sejak diperkenalkan pada 2012, BR1M dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang dalam kesusahan, berikutan peningkatan kos sara hidup disebabkan keadaan semasa ekonomi global.

Beliau dimaklumkan bahawa ramai penerima BR1M menggunakan wang berkenaan yang mula diagihkan sejak kelmarin sehingga 9 Mac ini, untuk mengurangkan beban hutang masing-masing. 



Perdana Menteri berkata, Rasulullah pernah bersabda bahawa sesiapa yang membantu orang lain melangsaikan hutang atau mengatasi kesulitan atau menyelesaikan masalahnya maka itu lebih baik daripada sebulan beriktikaf di masjid. 


Pegang prinsip
 
Seorang pernah bertanya Rasulullah siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai Allah. 


Jawab Baginda manusia yang paling dicintai ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menggembirakan manusia lain dengan melunaskan hutang orang tak mampu bayar, beri makan kepada orang kelaparan dan berjalan untuk membantu orang yang susah, itu lebih baik daripada beriktikaf sebulan di masjid. 

Jadi, biarlah pembangkang nak kritik dan kutuk (apa yang kerajaan buat) kerana mereka akan sentiasa cari jalan. Paling penting kita kuatkan iman dan pegang prinsip ajaran Islam supaya apa yang kita lakukan diredai Allah, katanya. 


Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian pada majlis penyampaian BR1M Parlimen itu di Dewan Seri Perdana Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM), di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob. 


Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan berkenaan kepada 1,000 daripada 36,000 penerima daripada empat DUN Chini, Peramu Jaya, Bebar dan Pulau Manis. 


Lawat veteran UMNO
 
Selepas majlis itu Perdana Menteri melawat dua veteran UMNO yang mengalami masalah kesihatan di rumah masing-masing. 


Najib meluangkan masa melawat bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Termizi Tahir, 60, di Alor Ara, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak dua bulan lalu. 


Perdana Menteri kemudiannya menziarahi bekas ahli jawatankuasa bahagian Pekan, Mohamed Taib Ibrahim, 76, selepas diserang penyakit saraf di rumahnya, Teratai Dara, Kampung Jambu, di sini. 


Mohamed menyifatkan kunjungan Perdana Menteri itu ibarat bulan jatuh ke riba kerana Najib sanggup meluangkan masa lebih setengah jam untuk bertanya khabar dan berbual dengannya. 
Sumber




Teruskan membaca..

PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru



http://ooo.my/wp-content/uploads/2014/02/pentaksiran-berasaskan-sekolah.jpg




KUALA LUMPUR 23 Feb. - Guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.








Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.
Berikut kenyataan penuh beliau;







 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibangkitkan oleh guru-guru di samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam hal pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat.






 Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya KPM membuat kajian menyeluruh mengenai perlaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru. Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru-guru.






 Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;







l. Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.






2. Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.






3. Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.







4. Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan







5. Usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pen
 taksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan.







 Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM, rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).








Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.

Teruskan membaca..

Sunday, February 23, 2014

Saturday, February 22, 2014

Salam LINUS :)





Baru berjinak-jinak dengan Program LINUS 2.0..

APA TU LINUS??

JOM LAYAN JAP LINUS NI..




Linus ialah Program Literasi dan Numerasi 
yang dirangka untuk murid Tahap I.
 Program Linus merupakan Projek yang diterajui 
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM.


Program LINUS 2.0

 
Linus 2.0 Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015).
 Program Literasi dan Numerasi 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani  Isu Literasi Bahasa Inggeris. Antara Objektif Linus 2.0 ialah
 Meningkatkan Literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah dengan memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi Bahasa Inggeris setara
 dengan rakan lain dalam arus perdana.

 
Dalam LINUS 2.0 terdapat LINUS Bahasa Inggeris (LBI) 
dan dua kali saringan dalam setahun yang diadakan pada bulan Mac dan September.   Semua murid akan menjalani Ujian Saringan LINUS walaupun sudah perdana.  Penilaian ke Arus Perdana mestilah melepasi Konstruk 12 Literasi dan Numerasi.  Tidak ada istilah TEGAR dan sekiranya murid tersebut tidak menguasai
 konstruk yang ditetapkan, murid tersebut akan dimasukkan ke Kelas Pemulihan.






MMMMM.....
TIDAK MELEPASI KONSTRUK
YANG DITETAPKAN.........
TERUS MASUK KE
KELAS PEMULIHAN....MMMM...

JOM KITA LIHAT SURAT SIARAN NI..

Teruskan membaca..

Wednesday, February 19, 2014

Monday, February 17, 2014

اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Teruskan membaca..

Saturday, February 15, 2014

:)

http://24.media.tumblr.com/f6de7607019e91001c2fec613bbbd911/tumblr_mwpz9gyGVJ1r3rmezo1_1280.gif
Teruskan membaca..

Alhamdulillah :)

http://24.media.tumblr.com/3d782442acbe7118d8f59d0da92c37c8/tumblr_mxpbulDbSy1r75xe0o1_1280.jpg
http://fc01.deviantart.net/fs70/f/2014/006/5/b/alhamdulillah_n__n_by_madimar-d715i2b.jpghttp://31.media.tumblr.com/2fa2fe74ade045bbc5dbc47211d33af6/tumblr_mrcc0eA9t51qapk2qo1_500.jpg
Teruskan membaca..

Mencari keberkatan rezeki











PERKARA penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.









Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan. 







Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal.





 Antaranya:







1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat




Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." 




(riwayat at-Tirmizi). 




Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.






2 Bekerja sungguh-sungguh


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 


" “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya 
bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal."



 (riwayat Adailami)







3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: 




" “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." 


(riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)





4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya." 


(riwayat Imam Ahmad) 





5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah. 





Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.




Baginda SAW berkata:







" “Bertakwalah kepada Allah, 

bersabarlah dan aku 
 anjurkan agar kamu dan isterimu
 memperbanyak bacaan, 
La hawlah wa laa quwwata illa billah. ‘"



 Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya.




 (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3) 







6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT 



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:





" Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. "


(riwayat Bukhari)






7 . Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak. 



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:



" “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan."


 (riwayat al-Tirmizi) 






8 . Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam 



Firman Allah SWT bermaksud: 



" Hai orang-orang mukmin,
 jika kamu menolong (agama) Allah, 
nescaya Dia akan menolongmu dan
 meneguhkan kedudukanmu."




(Muhammad: 7)







Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat. 







Sebenarnya Allah tidak memerlukan pertolongan kerana Allah Maha Kaya. Tetapi itulah cara bagi kita untuk menolong diri kita sendiri. Marilah kita menolong agama Allah, agar rezeki kita banyak, lancar, halal dan berkat.




 http://bukuonline2u.com/image/cache/data/Yamani%20Angle/buku_mudahnya_mendapat_rezeki_yamani_angle-350x350.jpg

..
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...