Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, September 21, 2013

Qunut difahami tingkat penghayatan


 

Qunut difahami tingkat penghayatan

 

 
Saya sudah berumur dan ingin mengetahui apa yang dimaksudkan dalam doa Qunut yang kita baca setiap kali solat Subuh. Bagaimana saya hendak menghayati doa Qunut itu.

Haji Mat Johor.


Secara ringkasnya apa yang perlu kita renungkan apabila membaca doa Qunut ialah apabila membaca: 
“Allahummahdini fi man hadaita (Ya Allah, berilah aku hidayah seperti mana orang yang Engkau beri hidayah)”, hendaklah ia tegaskan bahawa ia sangat menghayati petunjuk Allah SWT untuk memasukkannya ke dalam golongan orang yang telah mendapat petunjuk.

Apabila membaca wa ‘afini fi man ‘afait (berilah daku kesihatan seperti mana orang yang Engkau beri kesihatan), hendaklah ia mengharapkan benar-benar akan memperoleh afiat seperti mana orang yang telah memperolehnya supaya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Apabila ia membaca wa tawallani fi ma a’thaita (dan peliharalah aku seperti mana orang yang Engkau pelihara), hendaklah ia penuhkan harapan semoga Tuhan menolongnya, melimpahkan inayat-Nya kepadanya, menolak yang ia takuti dan memberi yang ia harapkan. Ini kerana seseorang yang mendapat inayat Allah SWT terhindar daripada kesukaran dan memperoleh barang yang dihajatinya.

Mengharap keberkatan
Apabila membaca wabarik li fi ma a’thaita (berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang Engkau kurniakan), hendaklah ia mengharap diberkati segala apa yang telah diberikan kepadanya.

Apabila membaca wa qini syarra ma qadhaita (selamatkanlah aku daripada bahaya yang telah Engkau tentukan), hendaklah ia mengharap benar supaya ia dipelihara daripada segala rupa kejahatan.

Apabila membaca fa innaka taqdhi wa la yuqhdha ‘alaika (maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum bukanlah Engkau yang kena hukum), hendaklah ia menghidupkan perasaan bahawa Tuhanlah yang Maha Berkuasa melaksanakan qada-Nya dan qada-Nya tidak dapat diubah oleh sesiapa pun.

Apabila membaca wa innahu layadzillu man wa laita (sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin), hendaklah ia berasakan bahawa orang yang dimuliakan Allah SWT tidak akan dapat dihinakan, tidak berasakan dirinya hina, hidup padanya perasaan mulia diri dan ia tidak mahu tunduk, selain kepada kebenaran. 


Apabila membaca wa la ya-izzu man ‘adaita (dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi), hendaklah ia insafi bahawa orang yang dimusuhi Allah SWT pasti akan terjebak ke dalam kancah kebinasaan dan tidak layak orang yang dimusuhi Allah SWT kita muliakan. 


Apabila membaca tabarakta wa ta’alaita (Maha suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi), hendaklah ia akui benar-benar bahawasanya Allah SWT yang Maha Besar keberkatan-Nya dan Maha Tinggi, kekal kebajikan-Nya dan tetap tegak ketinggian-Nya. 


Apabila ia berselawat kepada Nabi SAW, maka hendaklah ia berharap dengan sebenar-benarnya semoga Tuhan makin menambahkan kebesaran Nabi SAW dengan makin bertambah berkembangnya agama Islam dan menarik manusia untuk menganutinya. 


Teruskan membaca..

Tuesday, September 17, 2013

Duit syiling peringatan sempena Hari Malaysia ke-50

Duit syiling peringatan sempena Hari Malaysia ke-50



INILAH duit syiling peringatan sempena ulang tahun 
penubuhan Malaysia ke-50 yang dikeluarkan Bank Negara.
KUALA LUMPUR - Orang ramai kini boleh mendapatkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun penubuhan Malaysia ke-50 keluaran Bank Negara Malaysia (Bank Negara) bermula hari ini.



Menurut kenyataan Bank Negara, terdapat tiga jenis duit syiling yang dikeluarkan iaitu duit syiling peringatan emas, duit syiling perak berwarna dan duit syiling emas nordic.
Jelasnya, duit syiling peringatan emas diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram dengan nilai mukanya ialah RM100.



"Ia dijual pada harga RM1,800 sekeping dan sebanyak 750 keping telah ditempa," kata kenyataan itu di sini semalam.



Bagi duit syiling peringatan perak berwarna pula, ia merupakan duit syiling berwarna pertama yang dikeluarkan Bank Negara dengan Jalur Gemilang terpapar di bahagian hadapannya.




Sumber


Teruskan membaca..

Monday, September 16, 2013

Keputusan ujian MUET diumum Khamis ini



Keputusan ujian MUET diumum Khamis ini

 

KUALA LUMPUR: Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2013 akan dikeluarkan Khamis ini. 


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi hari tersebut manakala calon persendirian individu akan memperoleh keputusan mereka melalui pos. 
 

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 19 September 2013. 
 


Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi, pada tarikh itu. 


"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu. 


Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 30 September dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapatkan melalui portal MPM. 


- BERNAMA
 
 

 
 
Sumber
Teruskan membaca..

Hari Malaysia ke-50 disambut meriah


Hari Malaysia ke-50 disambut meriah



KUCHING: Sambutan ulang tahun ke-50 Hari Malaysia berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni dengan ribuan rakyat tempatan serta warga asing hadir membanjiri Padang Merdeka di sini hari ini seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan sambutan.


 
Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 8 pagi. 




Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Lagu Negaraku kemudiannya dimainkan dan dua helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat sambil membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak serta 'smoke grenade', serentak dengan tembakan meriam 21 das oleh Rejimen Artileri Diraja dari Kem Penrissen.




Seri Paduka kemudian memeriksa Kawalan Kehormat Utama oleh Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Penrissen terdiri daripada empat pegawai dan 106 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Al Juharjie Muhamud. 

 

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh Zakaria Manan di depan Pentas Diraja diiringi 50 belia pelbagai suku kaum. 

 

Tayangan Video Khas '50 Tahun Jubli Emas Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati' dipersembahkan di tengah padang sebelum Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berucap. 





Perdana Menteri kemudian menyampaikan amanat Hari Malaysia sebelum perarakan kontinjen bermula.

Perarakan dan persembahan sambutan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Perarakan Kontinjen Berjalan Lalu, Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass serta Persembahan Kebudayaan. 


 


Perarakan Kontinjen Berjalan Lalu dibahagikan kepada enam segmen; Segmen Pembawa Bendera, Segmen Belia Cergas Beruniform dan Berpendidikan, Segmen Sektor Perkhidmatan Awam, Segmen Sektor Swasta, Segmen Masyarakat Harmoni 1Malaysia dan Segmen Pertahanan Negara. 


 


Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass pula menampilkan segmen pelbagai jenis pengangkutan dan kenderaan, membabitkan sebuah lanca, beca roda tiga (empat), komuniti 'bikers' (50), skuter vespa (20), 'big bikers' (20), JPAM (dua), Bomba 'bike' (empat), PDRM 'bike' (empat), ATM 'bike' (empat), VW (10), Pos (satu), TM (satu), 'supercar' (10), Bomba (empat) dan ATM (dua).


 


Perarakan Kontinjen Kenderaan dan Fly-Pass turut melibatkan persembahan udara melibatkan dua helikopter Nuri No 7 Skuadron, Helikopter Hornbill Skyways EC135 (tiga), TUDM CN235 (dua), pesawat pejuang Sukhoi SU30MKM (empat), dan Hawk No 6 Skuadron (empat). 



 



Kemuncak perarakan hampir tiga jam itu adalah persembahan kebudayaan, tarian dan nyanyian bertemakan 'Sarawak Harmoni Kemakmuran Dinikmati' melibatkan 1,500 peserta.

- BERNAMA 
Sumber
Teruskan membaca..

Sunday, September 15, 2013

Lagu : Malaysia Berjaya






Teruskan membaca..

85 peratus sekolah dilengkapi sistem maya 1BestariNet


85 peratus sekolah 

 dilengkapi sistem maya 1BestariNet

Muar: Lebih 85 peratus daripada 10,094 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sudah dilengkapi dengan sistem 1BestariNet yang menjadi gerbang sesawang pembelajaran.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata baki 15 peratus lagi sistem itu terutama di Sarawak akan disiapkan penghujung tahun ini. 
 

“Di Sarawak ada masalah menyediakan jaringan sesawang tetapi ia sedang dilaksanakan,” katanya selepas melancarkan 1Bestari Frog Virtual Learning Environment (VLE) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sri Amar Diraja, di sini, semalam.


Rapat jurang digital

1BestariNet adalah inisiatif Kementerian Pendidikan untuk melakukan perubahan pembelajaran menggunakan internet dan teknologi bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.

Menerusinya, semua sekolah akan dihubungkan dalam satu pangkalan pembelajaran tunggal menggunakan internet berkelajuan tinggi 4G dan pengguna diberi akses daftar ke dalam program untuk aplikasi pembelajaran Maya Frog, Google Apps for Education dan Frog Store.

Kamalanathan berkata, kementerian ketika ini sedang melakukan kempen memperkenalkan sistem 1BestariNet itu dan mendapatkan maklumat dan maklumbalas daripada semua sekolah. 
 
 
 
Sumber
Teruskan membaca..

Pestabola Merdeka-Harimau Muda A muncul juara

Hadiah Hari Malaysia

Hadiah Hari Malaysia  
PEMAIN bersama pegawai dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee (kiri), meraikan kejayaan menjuarai Piala Pesta Bola Merdeka, pada final pertemuan dengan Myanmar di Stadium Darul Makmur Kuantan, malam tadi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
 
Harimau Muda A muncul juara
 Pestabola Merdeka benam Myanmar 2-0


Kuantan: Malaysia yang menampilkan Harimau Muda A mencipta sejarah sekali lagi apabila muncul sebagai juara Pestabola Merdeka selepas menundukkan Myanmar 2-0 pada final di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi. 

Kejayaan diperoleh itu lebih manis kerana pasukan yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2007 meraih kemenangan pada saat negara menyambut Hari Malaysia, esok.
Teruskan membaca..

Saturday, September 14, 2013

Friday, September 13, 2013

:)




Teruskan membaca..

:)

http://www.adap.com.my/galeri/usik2/images/121203.jpg
Teruskan membaca..

:)

http://www.adap.com.my/galeri/usik2/images/020605.jpg 
 
 http://www.adap.com.my/galeri/usik2/images/020804.jpg
Teruskan membaca..

SMK Seri Sentosa diminta pindah CCTV - Kementerian Pendidikan


http://i301.photobucket.com/albums/nn42/shemrockblogs/cctv-surveillance-in-schools.jpg

SMK Seri Sentosa diminta 

pindah CCTV -

 Kementerian Pendidikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan meminta pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa di sini memindahkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam tandas pelajar ke kawasan yang lebih sesuai.

Menurut kementerian itu, berdasarkan siasatan didapati kawasan yang dipantau menerusi CCTV itu hanya melibatkan kawasan sinki dan tidak melibatkan keseluruhan tempat dalam kawasan tandas berkenaan.
"Pemantauannya juga didapati tidak menghala ke bilik mangkuk tandas (cubical) pelajar," menurut Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut kementerian itu: "Hal pemasangan CCTV ini juga telah dibincang bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah sebagai usaha menangani masalah vandalisme, disiplin serta mengawal keselamatan pelajar di sekolah berkenaan." 


 



Walaupun usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak pentadbir dan PIBG sekolah itu merupakan usaha yang baik, namun pemasangan CCTV bagi memantau dan menangani isu tersebut dalam kawasan tandas sekolah adalah tidak wajar dilaksanakan kerana bertentangan dengan hak kebebasan pelajar, menurutnya. 

- BERNAMA 



Sumber

Teruskan membaca..

Jawatankuasa khas kaji dakwaan guru buat bayaran untuk pertukaran




Jawatankuasa khas kaji
 dakwaan guru buat bayaran untuk pertukaran


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dengan terperinci dakwaan guru membuat pembayaran melalui orang tengah untuk tujuan pertukaran.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, menurut kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan di sini hari ini.


Kenyataan itu menyebut Kementerian Pendidikan amat memandang serius terhadap dakwaan ada guru ingin bertukar menggunakan orang tengah dengan syarat membayar sejumlah wang bagi maksud pertukaran itu.


Kenyataan itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar tempatan pada Isnin lepas mengenai dakwaan di sebuah laman web bahawa wujud pihak yang membuat pembayaran melalui orang tengah setelah kecewa permohonan untuk pertukaran tidak berjaya.

Menurut Kementerian Pendidikan, mengikut prosedur pertukaran guru yang ditetapkan, sebarang pertukaran dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama, termasuk keperluan perkhidmatan, opsyen atau mata pelajaran dan kekosongan di negeri yang dipohon.

Selain itu, terdapat juga isu lain yang diberi pertimbangan antaranya faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan terhadap guru yang memohon.

Dalam hal ini juga, kementerian telah mengambil beberapa langkah tambahan lebih telus dan terbuka, menurut kenyataan itu. 

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati, termasuk yang ingin merayu terhadap permohonan, boleh terus datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai yang terlibat, termasuk Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
- BERNAMA


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...