Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, August 5, 2013

Mutiara Hadis


Rasulullah SAW bersabda: 

" Tiga orang 
 
yang doanya
 
 tidak tertolak,
 
 orang yang berpuasa 

sampai dia berbuka, 

pemimpin yang adil,
 
 dan doa orang dizalimi. "
 
 
(Riwayat al-Tirmidzi)
 
 
 
Teruskan membaca..

Sunday, August 4, 2013

Semangat Ramadhan dan Semangat Aidilfitri :)


Elak berhutang sambut Syawal






Semangat meraikan Aidilfitri
 lebih utama daripada membazir 
berbelanja buat persiapan raya






Menjadi kebiasaan,
 persiapan menyambut 1 Syawal 
diadakan sejak awal lagi.
 Tukang jahit biasanya menerima
 tempahan membuat baju kira-kira
 empat bulan lebih awal.





Umat Islam memang digalakkan
 membuat persiapan menyambut 
1 Syawal sebagai tanda meraikan
 kejayaan melawan hawa nafsu
 selama sebulan Ramadan. 
Bagaimanapun, tuntutan agama itu
 perlu dilaksanakan dalam 
sederhana dan tidak membebankan.







Firman Allah SWT yang bermaksud:




 “Dan janganlah engkau 
jadikan tanganmu menggenggam
 (terlalu kedekut dan tidak mahu bersedekah) 
dan jangan terlalu memberi s
ehabis-habisnya, nanti engkau
 jadi tercela dan menyesal.”




 (Surah al-Isra, ayat 29)





Firman Allah SWT yang bermaksud: 




“Dan janganlah engkau
 jadikan tanganmu menggenggam
 (terlalu kedekut dan tidak mahu bersedekah) 
dan jangan terlalu memberi 
sehabis-habisnya, nanti engkau
 jadi tercela dan menyesal.” 


(Surah al-Isra, ayat 29) 







Tidak mencerminkan kejayaan latihan Ramadan



 

Perbuatan sanggup berhabis 
semata-mata untuk persiapan
 1 Syawal tidak mencerminkan 
kejayaan latihan Ramadan. 
Sikap membazir menggambarkan
 sikap menurut hawa nafsu.
 Ini membuktikan puasa yang 
dilakukan sebulan masih belum 
menundukkan hawa nafsu sekali 
menunjukkan banyak kekurangan 
wujud dalam ibadat puasa.






Persiapan menyambut 1 Syawal 
memadai untuk membezakan atau
 menunjukkan ia berbeza berbanding
 hari-hari biasa. Antara amalan
 yang patut dilakukan ialah ziarah,
 memakai pakaian baru, wangian,
 menyediakan makanan untuk tetamu, 
menggembirakan anak yatim dan
 bersedekah. 





Sesungguhnya sesiapa
 mempunyai kemampuan membantu
 orang lain yang memerlukan,
 maka wajib baginya menghulurkan
 bantuan.






 Firman Allah SWT
 yang bermaksud: 




“Dan berilah kepada kerabatmu,
 dan orang miskin serta orang 
musafir akan 
haknya masing-masing.” 


(Surah al-Isra, ayat 26)






Ironinya, dalam masyarakat kita
 persiapan bukan setakat itu saja,
 sebaliknya sanggup berhabis dengan 
membeli perabot baru, langsir baru,
 mengecat rumah, kereta baru dan
 pelbagai perkara yang dikaitkan
 dengan sambutan Aidilfitri.





Bagi golongan kaya 
semua itu tidak membebankan.
 Malangnya ada juga 
yang kurang berkemampuan
 turut terikut-ikut dengan
 gaya orang kaya hingga 
sanggup berhutang.






Hari raya adalah 
tanda kesyukuran dan mengabdikan
 diri kepada Allah. Andainya kita
 melakukan perkara bertentangan
 dengan Islam, maka jauh terpesong
 daripada tujuan sebenar 
menyambut 1 Syawal.






Semangat Aidilfitri diutama



 

Sebenarnya bukan persiapan
 yang penting, tetapi ialah 
semangat Aidilfitri untuk 
melahirkan perasaan gembira, 
membentuk semangat 
berkasih sayang, mengeratkan 
tali persaudaraan, saling membantu 
dan meningkatkan ketakwaan
 kepada Allah SWT.





Kegembiraan bukan bergantung
 kepada kemampuan menyediakan
 kebendaan, tetapi bergantung kepada
 jiwa dan fikiran. Sekarang ini
 untuk berhutang memang mudah,
tetapi akan menimbulkan masalah
 di kemudian nanti.





Elak daripada berhutang



 

Berhutang memang tidak
 ditegah oleh agama. Bagaimanapun, 
adalah lebih baik jika dapat mengelakkan
 diri daripada berhutang. 
Amalan berhutang banyak 
mendatangkan keburukan jika tidak 
dikawal dan tidak berhati-hati.






Sebab itu, Rasulullah SAW berdoa 
supaya dilindungi daripada 
masalah hutang.
 Sabda Rasulullah SAW:



 “Ya Allah,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada perasaan risau dan sedih,
 aku berlindung kepada-Mu
 dari sifat lemah dan malas,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada sifat takut dan lokek,
 aku berlindung kepada-Mu 
daripada tekanan hutang dan
 kezaliman manusia.” 


(Riwayat Abu Daud)



Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ElakberhutangsambutSyawal/Article/

 

 

 

Teruskan membaca..

Puasa Upin dan Ipin :)







Teruskan membaca..

Doa



Penyelamat daripada kepapaan


ISLAM adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek. Sifat sederhana ini mencerminkan kemurnian iman dan kesyukuran kepada Allah atas limpah nikmat kurnia-Nya yang tidak terhitung banyaknya.






Ini sesuai dengan falsafah dan hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah. 






Melaluinya, secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah dan bilangan kekerapan makan dan minum secara teratur. Lantaran itu, perbelanjaan seharian akan lebih berhemat dan selamat daripada pembaziran.
Islam juga amat menekankan tentang bimbingan kepenggunaan dan mendidik agar sederhana dalam berbelanja terutama di bulan Ramadan. Bulan puasa sewajarnya mendidik umat Islam supaya menahan nafsu mata dan nafsu perut agar tidak boros berbelanja.
Nabi SAW bersabda:




 "Sungguh berjaya orang Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala apa yang diberikan oleh Allah kepadanya." 


 (riwayat Muslim)






Malah sepanjang Ramadan sudah terdapat pelbagai tawaran harga murah dan pelbagai juadah dijual di bazar Ramadan, sekali gus ujian keimanan. 







Islam juga melarang umatnya kedekut yang menyebabkan seseorang itu tidak mahu berbelanja untuk diri dan keluarganya.





Sifat sederhana adalah sifat hamba-hamba Allah yang dekat dengan-Nya. (rujuk al-Furqan: 67)






Jelaslah sifat sederhana amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Seseorang yang bersifat sederhana dalam hidupnya tidak mudah ditimpa kesusahan dan kepapaan. Selain itu, sifat ini juga dapat meningkatkan kesedaran diri terha






Maka jadikan kesederhanaan sebagai cara hidup yang baik dan sihat. Seseorang itu tidak akan melarat jika mengamalkan cara hidup yang sederhana. Berbelanja yang melewati batas kesederhanaan akan membawa seseorang itu kepada kesusahan dan pemborosan.
Melalui sifat ini juga akan melahirkan rasa kesyukuran, kesabaran, tawakal dan keinsafan di hati seseorang. Malah ia membawa kebahagiaan hidup kepada pengamal sifat ini terutama pada masa keadaan ekonomi meleset dan harga barang melambung tinggi.








Cerdik pandai Islam pernah berkata, kesenangan hati dan ketenangan jiwa adalah lebih berharga daripada kesenangan kerana pangkat dan kekayaan yang melimpah ruah tetapi hidup tidak tenang. Apabila manusia tidak memerdekakan jiwanya daripada harta benda, maka harta benda yang dimilikinya itu akan menguasainya.






Oleh itu, carilah kesenangan hati dan ketenangan jiwa di bulan Ramadan dengan mengamalkan kesederhanaan dalam berbelanja. Godaan nafsu mata seperti kata peribahasa, rambang mata ketika membeli-belah haruslah dikawal bagi mengelakkan pembaziran.
Imam Abu Hanifah pernah berkata, sepotong roti, segelas air dan sehelai kain yang diperoleh dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang kemudian menimbulkan penyesalan.





Sikap sederhana ini ditekankan apabila barangan menjadi berkurangan sewaktu musim kemarau dan kelaparan. Inilah yang telah diceritakan dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yusuf a.s, yang telah mengurangkan penggunaan barangan sepanjang tujuh tahun yang subur untuk disimpan buat menghadapi musim kemarau. (rujuk Yusuf: 47)







Sesungguhnya sikap sederhana ini tidak akan merugikan sesiapa, malah menguntungkan seseorang yang mengamalkannya. Seseorang itu tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Mungkin zaman kesusahan akan melanda kehidupan. Dengan sikap sederhana dan berjimat cermat akan dapat membantu kehidupan masa depan.





Dalam hal hidup sederhana Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 



 "Makanlah, minumlah, pakailah, dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebih (boros) dan janganlah untuk bermegah-megah." 


(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)





Ramadan mendidik umat Islam mengamalkan sifat sederhana dalam soal makan dan minum serta berbelanja untuk membeli pakaian. Sementara, sifat rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu boleh dilakukan dalam setiap amal ibadat sunat bagi mendapat gandaan pahala.






Islam tidak melarang umatnya memakai pakaian yang indah dan cantik terutama untuk ke masjid bagi menunaikan solat terawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Allah SWT menyukai keindahan dan kecantikan. (rujuk al-A'raf: 31)





Bulan Ramadan bukanlah musim menjamu selera dengan makanan dan minuman secara mewah dengan pelbagai jenis menu kerana kesemua ini akan lenyap seusai berbuka puasa.





Ternyata bahawa sederhana dan berhemat daripada segi perbelanjaan, makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan dapat menyelamatkan seseorang daripada sifat boros, membazir dan melakukan perkara yang sia-sia, seterusnya melahirkan rasa syukur terhadap nikmat Allah.




Kesimpulannya, sifat kesederhanaan adalah sifat yang amat digalakkan diamalkan bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi dalam kehidupan seharian. Sifat sederhana ini akan mencapai kehidupan penuh reda daripada Allah SWT demi kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Teruskan membaca..

Saturday, August 3, 2013

Tema Hari Kemerdekaan ke-56

http://xpressminda.files.wordpress.com/2011/09/merdeka11.jpg

"Malaysiaku Berdaulat:

Tanah Tumpahnya Darahku"

 tema Hari Kemerdekaan ke-56

 

 



PUTRAJAYA: "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" dipilih tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 tahun ini. 


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam satu kenyataan hari ini, berkata tema itu dipersetujui Jemaah Menteri. 

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 



Menurut KKMM, tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa itu dipilih untuk mengingatkan rakyat kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. 


"Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara. 


"Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna di Sabah menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan," menurut kenyataan itu. 


Sempena pemilihan tema ini, KKMM berkata, satu pertandingan logo kemerdekaan diadakan selama 10 hari dan Noor Hishammudin Omar dipilih sebagai pemenang utama dengan memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan. 

Untuk meraikan Hari Kemerdekaan Ke-56 ini, menurutnya beberapa acara akan diadakan termasuk majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah. 


Sambutan Ambang Merdeka akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bermula 5 petang anjuran Perbadanan Putrajaya, termasuk Karnival Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya. 


"Perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 akan diadakan di Dataran Merdeka yang membabitkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). 


"Acara yang membabitkan empat segmen iaitu Rukun Negara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat:Tanah Tumpahnya Darahku dengan penyertaan lebih kurang 4,000 orang termasuk acara formasi di padang, pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM akan diadakan,” menurut kenyataan itu.
 
Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia, KKMM berkata, Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan termasuk acara bot berhias yang akan diadakan di tebingan Sungai Sarawak pada 15 September dan pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas di Padang Merdeka, Kuching pada 16 September. 


"Di Sabah, sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 akan diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu bermula 15 September termasuk aktiviti Karnival Rakyat dan acara kemuncak sambutan pada 16 September yang akan dimeriahkan dengan penyertaan kesemua 35 kumpulan kaum atau etnik yang lengkap dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing," katanya. 


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my. - BERNAMA 
Sumber
Teruskan membaca..

1.4 juta kenderaan guna Lebuh Raya Utara-Selatan pada Hari Raya


1.4 juta kenderaan guna 

Lebuh Raya Utara-Selatan pada Hari Raya 

 

 

Petaling Jaya: PLUS Expressways Bhd (PLUS) menjangkakan 1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari sepanjang cuti Aidilfitri, minggu depan, berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
 
 


Sehubungan itu, orang ramai digesa mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan PLUS bagi mengelakkan kemalangan dan kesesakan lalu lintas. 
 
 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid, berkata PLUS juga mengambil pelbagai langkah tambahan untuk memastikan orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat, lancar dan selesa sempena lebaran kali ini.


Jadual TTA


Jadual TTA memainkan peranan penting dalam membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka. Ia (TTA) kali ini turut merangkumi perjalanan orang ramai pada cuti hari Kemerdekaan di antara 30 Ogos hingga 1 September.


Kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA oleh orang ramai pada musim perayaan yang lalu, berjaya mengurangkan kesesakan di sepanjang lebuh raya, katanya pada taklimat media berhubung TTA dan persediaan PLUS menghadapi peningkatan trafik, di sini, semalam.


Noorizah berkata, PLUS juga akan membuka lebih 1,500 kaunter tol untuk memudahkan pembayaran tol selain menempatkan 3,000 kakitangan di plaza tolnya.
Sebanyak 156 pasukan PLUS Ronda ditugaskan membuat rondaan selama 24 jam, manakala 75 akan bertugas setiap hari di Pusat Kawalan Trafik (TMC), katanya.


Selain itu, 432 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah akan bersedia selama 24 jam di 12 lokasi strategik, selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyediakan perkhidmatan ambulans, katanya.


Selain itu, Noorizah berkata, lebih 800 anggota RELA akan ditempatkan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat.


Semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya juga dihentikan sementara bermula semalam sehingga 19 Ogos ini.
 
 
 
 
Teruskan membaca..

Jaga Hati, Jaga Khusyuk

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYZ5Ve8vOqNVyJajYTyZWs_IlXZMqNO1r-WDtaPiFpaiuCY97ZkHO0M7j1ElWaGA25nnjAYGyukNpQi1ynjGGqpNmn9PBk9KyFoa-BzUmF8vqY0_AaaA0jcX5VIxrFtH9pupKOaalzxlM/s1600/Ramadan%20Mubarak%20(1).jpg




Teruskan membaca..

Lebih baik berhati-hati daripada ikutkan hati.....



Lebih baik berhati-hati 

daripada ikutkan hati..

Buat semua pembaca 

tegar laman ini 

(ada ker pembacanya...

hehe..perasan) khususnya kepada

semua pelajar.

 Selamat bercuti dan selamat pulang

 ke kampung halaman untuk 

menyambung puasa bersama 

sanak-saudara dan menyambut 

Aidilfitri yang bakal tiba.

Lebih baik berhati-hati 

daripada ikutkan hati buat 

semua jenis pengguna pengangkutan 

di darat, laut mahupun udara.

Semoga perjalanan kalian diberkati

dan selamat tiba ke destinasi.

Buat pelajar yang akan menghadapi

peperiksaan UPSR, PMR ,

 SPM dan STPM semoga anda semua

bijak membahagikan masa antara

mengulangkaji pelajaran dan 

bergembira disamping keluarga

semasa musim perayaan ini.

 

Amin Ya Rabbal Alamin





 

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...