Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, July 11, 2013

Syukuri nikmat keamanan

Syukuri nikmat keamanan

Muhyiddin Yassin melawat sebuah gerai buah-buahan selepas merasmikan Festival Ramadan Putrajaya 2013 di Kiblat Walk iaitu di sepanjang laluan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kompleks Perbadanan Putrajaya di, Presint 3, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Aseh Che Mat (kanan). - BERNAMA 
 
 
 
PUTRAJAYA 10 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam di negara ini untuk sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikurniakan Allah SWT selama ini.



Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika umat Islam di negara ini meriah dan bersederhana menyambut Ramadan, umat Islam di beberapa negara Islam lain sedang menghadapi cabaran dan musibah besar termasuk ancaman keselamatan, perpaduan dan kesejahteraan. 



"Maka, kita kena bersyukur kerana Allah telah mengurniakan nikmat kemakmuran ekonomi sehingga Malaysia yang dianggap sebuah negara kecil, pesat membangun berbanding negara Islam lain.



"Umat Islam dan bukan Islam di negara ini dapat menikmati faedah daripada pembangunan yang berkembang, kewujudan peluang ekonomi baharu dan dapat memperluaskan pembangunan sosio ekonomi," katanya.



Beliau berucap merasmikan Festival Ramadan Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat.



Festival Ramadan Putrajaya 2013 yang bermula hari ini sehingga 7 Ogos ini memberi peluang kepada warga Putrajaya dan kawasan sekitarnya membeli juadah berbuka dan barangan keperluan untuk sambutan Aidilfitri bulan depan.



Mengulas lanjut, Muhyiddin menyifatkan kenikmatan itu menjadikan sambutan Ramadan tahun ini begitu meriah dengan pelbagai aktiviti ibadat dan ekonomi.



"Inilah keistimewaan negara yang telah kita sama-sama bangunkan dan atas dasar itulah, sewaktu kita menyambut Ramadan ini, kita juga tidak harus lupa cabaran besar yang dihadapi oleh umat Islam di negara lain.



"Mereka berdepan ancaman keselamatan, perpaduan dan kesejahteraan hidup yang mereka sendiri tidak tahu bila akan berakhir," katanya.

 
 
 
 
Teruskan membaca..

Ibadah bukan hanya di tikar sembahyang


 http://saipuddin.files.wordpress.com/2011/07/ramadhan-mubarak.jpg

Ibadah bukan hanya

 di tikar sembahyang



 
Rasulullah SAW mengingatkan
 umatnya supaya merebut peluang 
terbentang hanya setahun sekali
 pada Ramadan. Sesiapa
 tidak mempedulikan kedatangan Ramadan, 
sebenarnya menolak kelebihan yang 
hanya disediakan kepada umat
 Nabi Muhammad SAW. 




Sabda Rasulullah SAW:

 "Barang siapa yang beriman 
dengan Allah dan Rasul-Nya,
 dan mendirikan solat, dan berpuasa
 di bulan Ramadan, maka telah 
layak baginya untuk dimasukkan
 oleh Allah ke dalam syurga.”

 (Riwayat Bukhari) 




Orang beriman gembira sambut Ramadan


 

Sabda Rasulullah SAW: 

“Pada setiap malam bulan Ramadan,
 Allah berfirman tiga kali: 
“Apabila ada orang yang meminta,
 maka Aku akan tunaikan permintaannya,
 jika ada orang yang meminta ampun,
 maka Aku akan ampun.”

 (Riwayat Tirmizi) 




Orang yang bakal memperoleh 
kejayaan sepanjang Ramadan adalah 
mereka yang menghargai 
kedatangan Ramadan. Orang beriman 
menyambutnya dengan perasaan gembira
 dan jiwanya berkobar-kobar 
menghidupkan seluruh waktu bulan 
Ramadan dengan ibadat.



Sabda Rasulullah SAW:


 “Dikunjungi bulan Ramadan, 
penghulu segala bulan,
 ucaplah selamat datang atas
 ketibaan bulan ibadat yang penuh
 berkat dan rahmat, maka layanlah 
tetamu yang sedang datang itu.”

 (Riwayat Thabrani) 



Layanan terhadap Ramadan
 bermakna tidak mempersia-siakan
 masa dan peluang melakukan ibadat.
 Inilah peluang untuk menambah pahala 
dan menampung kekurangan atau
 kecacatan ibadat yang dilakukan
 sepanjang 11 bulan lalu. 




Sesungguhnya konsep ibadat yang
 boleh dilakukan oleh setiap Muslim
 untuk menambah pahala pada bulan
 Ramadan sungguh luas. Ia bukan
 sekadar menunaikan puasa pada
 sebelah siangnya dan bertarawih
 pada malamnya. 




Sesiapa melakukan perkara 
menepati konsep apa yang disuruh
 dan menjauhkan yang dilarang,
 sebenarnya dia telah melakukan
 satu kebaikan atau ibadat. 
Melakukan kerja dan urusan kehidupan
 seharian juga dikira ibadat jika 
dilakukan mengikut syariat.




Lakukan perkara berfaedah

 

Oleh itu, tindakan sesetengah
 individu menghentikan atau
 mengurangkan tumpuan kepada
 urusan kehidupan seharian pada
 Ramadan bukan satu langkah bijak.
 Apa yang sepatutnya dilakukan ialah 
memenuhi setiap waktu dengan
 perkara berfaedah.




Peluang menghampirkan diri
 kepada Allah SWT bukan hanya
 ketika di tikar sembahyang atau
 beriktikaf di masjid. 
Jika benar-benar mencari 
peluang kebaikan, di mana-mana saja
 kita berada boleh mendampingi 
Allah SWT dengan selalu 
mengingati-Nya, berzikir, 
beristighfar dan doa.




Sabda Rasulullah SAW:


 “Pada setiap malam bulan Ramadan,
 Allah berfirman tiga kali: 
“Apabila ada orang yang meminta, 
maka Aku akan tunaikan permintaannya,
 jika ada orang yang meminta ampun, 
maka Aku akan ampun.” 

(Riwayat Tirmizi) 




Sesiapa menghampiri Allah SWT 
dengan apa sekalipun, maka pasti
 Allah SWT menghampirinya dengan
 jarak berganda. Sudah pasti sesiapa 
merasakan dirinya sentiasa hampir
 dengan Allah SWT, mendapat
 petunjuk dan dilindungi dirinya daripada 
melakukan apa yang bertentangan syariat.




Kelebihan ibadat puasa menjadikan
 orang berpuasa mendapat rahmat sehingga
 dibuka seluas-luasnya pintu langit untuk
 menerima segala kelebihan daripada 
Allah SWT. Ramadan bulan
 rahmat bagi sesiapa memahami 
peluang tersedia. Sebaliknya, bagi
 orang lemah imannya, tidak ada
 peluang untuk mereka rebut. 


Teruskan membaca..

Wednesday, July 10, 2013

Mukmin bertakwa merindui kedatangan Ramadan




Mukmin bertakwa merindui

 kedatangan Ramadan

 


Allah SWT menerangkan dalam firman-Nya: 

“Wahai orang yang beriman!
 Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
 diwajibkan atas orang yang terdahulu
 daripada kamu, supaya kamu bertakwa. 
(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari 
yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu 
yang sakit, atau dalam musafir,
 (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah
 ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
 pada hari-hari yang lain; dan wajib atas 
orang yang tidak terdaya berpuasa
 (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah
 iaitu memberi makan orang miskin. 



Maka sesiapa yang dengan sukarela
 memberikan fidyah, maka itu adalah 
satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) 
berpuasa itu lebih baik bagi kamu 
(daripada memberi fidyah), 
kalau kamu mengetahui.
 Bulan Ramadan yang padanya diturunkan 
al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia,
 dan menjadi keterangan-keterangan 
yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan
 (antara yang benar dan yang salah).


Oleh itu, sesiapa di antara kamu
 yang menyaksikan anak bulan Ramadan
 maka hendaklah ia berpuasa dan sesiapa
 yang sakit atau dalam musafir
 (lalu ia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa)
 sebanyak hari yang ditinggalkannya itu
 pada hari-hari yang lain. 
Allah menghendaki kemudahan bagimu,
 dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
 Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa
 (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
 membesarkan Allah kerana mendapat
 petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” 

(Surah al-Baqarah, ayat 183-185)


Sesungguhnya kewajipan berpuasa sudah
 dijelaskan dan bagi umat Islam yang bertakwa,
 hatinya sentiasa menanti-nanti serta
 merindui kedatangan Ramadan. 



Kepentingan puasa



Justeru, perlu diingatkan kepentingan
 menunaikan puasa kerana ia adalah
 amalan yang dilaksanakan semata-mata 
untuk Allah SWT. 


salam ramadh Justeru, apabila saudara berpuasa,
 janganlah bercakap perkara sia-sia ataupun bergaduh. 


Antara hadis menerangkan doa ketika
 melihat anak bulan ialah daripada
 Talhah bin Ubaidullah,


 “Apabila Rasulullah melihat anak bulan, 
beliau mengucapkan doa yang bermaksud: 
Ya Allah, terbitkanlah anak bulan itu 
bersama dengan keamanan, keimanan, 
keselamatan dan keislaman untuk kami.
 Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.
 Inilah anak bulan yang memberi 
petunjuk dan kebaikan.”

 (Riwayat Tirmizi - 
beliau mengatakan hadis ini
 adalah hadis hasan)



Abu Hurairah meriwayatkan, 
Rasulullah SAW bersabda:

 “Berpuasalah apabila saudara
 melihat anak bulan Ramadan. 
Dan berhentilah puasa apabila saudara
 melihat anak bulan Syawal. 
Jika anak bulan Ramadan tidak kelihatan, 
cukupkanlah bilangan 30 hari bulan Syaaban.” 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Teruskan membaca..

Alhamdulillah..Ramadhan Mubarak :)



 http://2.bp.blogspot.com/-XGAqVvJVC44/UAa81gJhqdI/AAAAAAAAAKk/L4tk8PEWz-Q/s1600/ramadan-mubarak-wallpaper.jpg

Umat Islam kini kembali menjalani
ibadah puasa Ramadan.
 Bulan yang dihimpun di dalamnya 
rahmah (kasih sayang),
 maghfirah (ampunan),
 dan itqun minan naar 
(terselamatkan dari api neraka). 




Bulan Ramadan  disebut  juga 
 dengan "shahrul Qur'an", bulan 
diturunkannya al-Qur'an yang merupakan
 lentera hidayah ketuhanan 
yang sangat diperlukan umat manusia 
untuk membezakan mana yang baik 
dan mana yang buruk serta mana jalan
 yang benar dan mana jalan yang sesat. 




Ibnu Katsir dalam tafsirnya
 menjelaskan bahwa Allah SWT 
mengistimewakan bulan Ramadan dari 
bulan-bulan lainnya dengan menurunkan Al-Qur'an 
di dalamnya. Kitab-kitab suci yang 
diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu juga 
diturunkan pada bulan Ramadan. 




Kitab Nabi Ibrahim (suhuf) diturunkan
 pada malam pertama bulan Ramadan,
 kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud 
pada malam kedua belas bulan Ramadan,
 kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
 pada malam keenam bulan Ramadan 
dan kitab Injil kepada nabi Isa diturunkan
 pada malam ketiga belas bulan Ramadan.




 Kitab-kitab tersebut merupakan
 petunjuk bagi umat manusia ke
 jalan yang benar dan penyelamat 
dari jalan yang sesat.





 Maka bulan Ramadan
 dalam sejarahnya
 merupakan bulan dimulainya 
gerakan membasmi kemusyrikan
 di muka bumi, menghancurkan kekufuran,
 menepis kedengkian, melawan kebatilan 
dan kemungkaran, hawa nafsu
 serta kesombongan.





Imam Al-Ghazali menerangkan
 bahwa puasa adalah seperempat iman,
 berdasar pada hadis Nabi:

Ash shaumu nisfush shabri
dan hadis Nabi saw:
 Ash Shabru Nisful Iman.
 " Puasa itu seperdua sabar,
 dan sabar itu seperdua iman.
 Dan puasa itu juga ibadah yang
 mempuyai posisi istimewa di mata Allah.
 Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
 "Tiap-tiap kebajikan dibalas dengan 
sepuluh kali lipat, hingga 700 kali lipat, 
kecuali puasa, ia untuk-Ku, 
Aku sendiri yang akan membalasnya". 


 


Teruskan membaca..

Tuesday, July 9, 2013

Marhaban Ya Ramadhan :)



http://animasibergerak.net/wp-content/uploads/2013/06/welcome-ramadhan-ahlan1.gif



Marhaban Ya Ramadhan 


 Month Of Blessings

 

 

The Month of Allah

 

 arrived again

 

 Ramadan Mubarak 2013

http://kamistad.net/larges/6/animasi-untuk-powerpoint-islami.jpg

 

Teruskan membaca..

Perkenal subjek kenegaraan

Perkenal subjek kenegaraan

 

Perkenal subjek kenegaraan 
 Raja Nazrin diberi penerangan oleh Zulkifeli pada
 Majlis Syarahan Angkatan Tentera 2013 di Wisma Perwira,
 Kuala Lumpur, semalam.
  
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan harus segera memperkenalkan subjek berkaitan kenegaraan bagi memastikan rakyat memahami Perlembagaan dan ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.’ 


 


Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, bertitah asas kenegaraan perlu ditekankan sejak di bangku sekolah bagi mendidik rakyat pelbagai agama dan bangsa mengenai simbol kebesaran negara. 




“Simbol seperti Raja Pemerintah, Yang di-Pertuan Agong, Jalur Gemilang, lagu Negaraku dan seumpamanya penting kerana tanpa pendidikan itu, akan ada segelintir anggota masyarakat yang bukan setakat tidak memahaminya, malah menghina lambang kedaulatan dan simbol berkenaan. 





Kurikulum kandungan 



 


“Kurikulum kandungan dan kaedah pengajaran mengenai aspek kenegaraan hendaklah segera diperkenalkan tanpa tertangguh, dijadikan kandungan pengajian bukan saja di sekolah, malah di maktab, kolej dan institusi latihan serta diuji dalam urusan pelantikan serta kenaikan pangkat pegawai sektor awam,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah demikian ketika menyampaikan syarahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ‘Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Permuafakatan dan Perpaduan Nasional’ di Wisma Perwira, di sini semalam. 



 


Hadir sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara; Tan Sri Khalid Abu Bakar. 






Dalam syarahan hampir sejam itu, baginda bertitah, kes seorang wanita disiasat polis kerana dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong dalam facebook membuktikan aspek kenegaraan perlu segera dijadikan satu daripada kurikulum pendidikan dan pendekatan menahan serta menghukum mereka yang seumpama wanita terbabit tidak akan menyelesaikan masalah. 



 


Daulat Raja Pemerintah 



 


“Jika kita mempercayai pendekatan sedemikian untuk menangani masalah, jangan disalahkan anak jalan berbogel kalau ibu bapa tidak membekalkan baju. Ketika Beta di bangku sekolah, Beta diasuh mendaulatkan Raja Pemerintah, menghormati bendera negara dan lagu kebangsaan, tetapi hari ini ada kontinjen Hari Kebangsaan turut menyalahgunakan pemakaian bendera negara,” titah baginda. 



 


Raja Dr Nazrin bertitah, kaedah lain bagi membina jambatan permuafakatan dan perpaduan antara kerajaan dengan rakyat ialah media harus mengamalkan pengolahan berita bijaksana, membezakan antara kepentingan kerajaan dengan kepentingan berpihak parti politik. 


 


Titah baginda, pengolahan berita terlalu memihak, tidak memberi manfaat kepada kerajaan, bersifat ‘counter productive’ dan semakin memisahkan rakyat dengan kerajaan. 


 



Baginda bertitah, kini ada sebahagian rakyat menolak maklumat diuar-uarkan melalui saluran berita rasmi kerajaan kerana mual dengan pengolahan keterlaluan yang memuji atau mengeji sesuatu pihak. 
Sumber
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...