Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sunday, June 9, 2013
Saturday, June 8, 2013
40 Most Beautiful And Amazing Masjid In The World
40 Most Beautiful And Amazing
Masjid In The World
Masjid al-Haram (The Holy Masjid) – Saudi Arabia
Masjid Nabawi – Saudi Arabia
Alnour Masjid Sharjah
Badshahi Masjid
Bahrain Grand Masjid
Cairo · Muhammad Ali Masjid
Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain
Crystal Masjid, Malaysia
Faisal Masjid – Pakistan
Grand Masjid – a.k.a. Sheikh Zayed Mosque
HOLY GOLDEN Masjid – Singapore
Holy Makkah – Saudi Arabia
Jame Asr Hassanil Bolkiah Masjid, Brunei
Jumeirah Grand Masjid, Dubai
Lao Huasi sufi mosque in Linxia, China
Masjid in North America
Masjid Al-Hassan II, Casablanca, Morocco
Masjid Sultan (Sultan Mosque) Singapore
Masjid in Brunei
Masjid on Mirror
Petronas Twin Towers – Kuala Lumpur Malaysia
Putrajaya Masjid on Water – Malaysia
Saudi Arabia – Evening prayer at Floating Masjid in Jeddah
Schwetzinger Masjid from Germany
Sehzade Masjid (Istanbul) Turkey
Shahjahan Masjid – Pakistan
Stormy weather over the Masjid. Paris, France
Sultan Omar Ali Saifuddin Masjid, Brunei
The Blue Masjid from Hagia Sophia
The largest Masjid in India
THE Masjid
The Omayad Masjid and full moon – Syria
The Putra Masjid in Putrajaya, Malaysia
The Umayyad Masjid – Damascus
Tooting Masjid, London
Turkey – Brand New Day over The Blue Masjid (Sultan Ahmet Camii) in Istanbul
UAE – Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan Masjid in Abu Dhabi
Ubudiah Masjid (in mono and square)
Ubudiah Masjid in Kuala Kangsar
Persahabatan ikhlas dunia, akhirat
Persahabatan ikhlas dunia, akhirat
Firman Allah SWT: “Dan Dia (Allah) yang menyatupadukan di antara hati mereka
(yang beriman itu). Walaupun engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di
bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka,
akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya
Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Anfal, ayat 63)
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi dalam tafsirnya menyebut, bantuan Allah seperti kekuasaan kepada orang mukmin melalui tiga faktor iaitu bantuan kepada tercapainya kemenangan, Allah membantu dengan pembabitan orang mukmin dan mempertautkan hati mereka.
Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi dalam tafsirnya menyebut, bantuan Allah seperti kekuasaan kepada orang mukmin melalui tiga faktor iaitu bantuan kepada tercapainya kemenangan, Allah membantu dengan pembabitan orang mukmin dan mempertautkan hati mereka.
Justeru,
perkara penting yang perlu diperhatikan ialah bagaimana mempertautkan hati
masyarakat Islam supaya mereka membina persahabatan, persaudaraan dan perpaduan
berdasarkan teras sebenar yang dituntut al-Quran.
Sesungguhnya dasar dan teras kepada persahabatan ialah keimanan kepada Allah SWT yang akan melahirkan sesuatu yang indah dalam perhubungan.
Persahabatan adalah nikmat yang Allah SWT limpahkan kepada hati yang ikhlas membina hubungan semata-mata kerana Allah SWT.
Kesan daripada itu, maka timbullah perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Lantaran itu, kita dapat melihat dengan jelas dalam sejarah Islam bagaimana generasi awal Islam yang dididik Rasulullah SAW membina persahabatan mereka.
Kita dapat melihat bagaimana penduduk asal Madinah yang dikenali sebagai golongan Ansar menerima saudara mereka dari Makkah (Muhajirin). Mereka membuka hati dan rumah untuk Muhajirin, yang tiada kaitan darah antara mereka dan tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Itulah dikatakan kesan keimanan yang menyerap ke hati dan jiwa mereka, bukan kerana kepentingan tertentu tetapi nilai persahabatan sebenar adalah suatu perkara yang sangat mahal, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, emas atau perak.
Islam meletakkan persahabatan dan persaudaraan bukan kisah kehidupan dunia yang hanya tamat selepas berlaku kematian tetapi ia berterusan hingga ke akhirat. Rasulullah SAW ada menyebut mengenai kedudukan orang yang membina persahabatan kerana Allah di akhirat nanti.
Sabda Baginda: “Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah ada kelompok manusia yang mereka itu bukan nabi-nabi dan bukan pula orang yang mati syahid. Nabi dan syuhada berasa cemburu melihat kedudukan kelompok itu di sisi Allah. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? Rasulullah menjawab: Mereka adalah satu kaum yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian darah, juga tidak ada harta yang diambil, demi Allah muka mereka sungguh berseri-seri, mereka berada di dalam nur Allah, mereka tidak takut ketika manusia takut dan tidak bersedih ketika manusia bersedih.” (Riwayat Abu Daud)
Kemudian baginda membaca firman Allah SWT bermaksud: “Ingatlah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Surah Yunus, ayat 62)
Manusia perlu sahabat
Al-Quran dalam banyak ayat menggambarkan keperluan manusia kepada kawan dan sahabat dalam kehidupan. Antara keperluan kepada teman dan sahabat dapat kita fahami menerusi permohonan Nabi Allah Musa kepada Allah SWT bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu daripada keluargaku.” (Surah Toha, ayat 29)
Ayat berikutnya, al-Quran menjelaskan Nabi Musa menyebut tujuan dan matlamat persahabatan yang didambanya. Pertama, beliau mengehendaki Nabi Harun menjadi penolong dalam menempuh kehidupan.
Kedua, Harun menjadi rakan untuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan serta teman bertukar fikiran dan ketiga, Harun menjadi sahabat yang membantu supaya Baginda sentiasa berzikir serta bertasbih kepada Allah SWT.
Keperluan ketiga-tiga sifat ini ialah untuk menolong dalam menjalani kehidupan, berkongsi kegembiraan dan kesedihan serta menjadi sahabat yang memberi dorongan supaya sentiasa mengingati Allah SWT.
Setiap orang hendaklah memastikan persahabatan yang dibina itu betul dan diberkati berlandaskan beberapa prinsip. Persahabatan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT iaitu bersih daripada kepentingan dan manfaat peribadi.
Rasulullah SAW bersabda: “Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, lalu Allah SWT menghantar kepadanya seorang malaikat, lalu malaikat itu bertanya: Ke mana kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab: Saya hendak menziarahi saudaraku. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana sesuatu hajat kamu ke sana? Jawab lelaki itu: Tidak, akan tetapi aku kasih kepadanya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan oleh Allah SWT mengasihi kamu kerana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah maka pastilah bagi kamu syurga.” (Riwayat Muslim)
Persahabatan disertai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kita perlu mencari kawan yang patuh dan taat kepada Allah SWT.
Penulis ialah perunding motivasi
Islam Fitrah Power Resources
Friday, June 7, 2013
Pulihara ekosistem marin elak jejas kehidupan
Pulihara ekosistem marin
elak jejas kehidupan
“Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan
daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan
daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; dan (selain itu)
engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat
mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur”
(Surah
an-Nahl ayat 14).
Ayat ini sudah cukup memberi penjelasan kepada kita mengenai nikmat lautan yang tidak ternilai dalam memenuhi tuntutan hidup manusia di atas muka bumi.
Namun, sejauh manakah kita memahami dan menghayati bait ayat
yang disampaikan kepada kita baik dari segi kepentingan kitaran semula jadi
yang berlaku dalam persekitaran mahupun peranan kita sebagai satu-satunya
makhluk yang berakal di atas muka bumi?
Segala yang tersurat dan tersirat dalam setiap ciptaan Allah perlu dikaji dan dirungkai supaya kita lebih menghargai nikmat alam dan mensyukuri setiap apa yang dibekalkan kepada kita.
Umpamanya, simbiosis unik yang berlaku dalam ekosistem marin yang terbentang luas itu sendiri seharusnya menyedarkan kita mengenai kebesaran dan kekuasaan Yang Maha Esa, selain mampu mendorong hati kita untuk menjadi insan yang patuh dan mensyukuri setiap nikmat kurniaan-Nya.
Keunikan ekosistem marin bukan saja digambarkan dari sudut keindahan fizikalnya semata-mata, malah juga dapat dilihat daripada jutaan bio pelbagai yang ada di dalamnya yang membentuk suatu rantaian lengkap makanan.
Dalam konteks ini, kitaran makanan dimulai oleh plankton tumbuhan yang menggunakan cahaya matahari ketika proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan sendiri.
Rantaian makanan
Plankton haiwan pula akan memakan tumbuhan atau plankton haiwan lain. Seterusnya ikan, kerang-kerangan dan burung laut memakan plankton yang kemudian makhluk ini dimakan pula oleh haiwan lebih besar seperti anjing laut dan paus.
Begitu unik dan takjubnya kesinambungan hidupan dalam ekosistem marin yang setiap satu saling berhubung kait antara satu sama lain. Rantaian makanan ini penting untuk difahami dan dipelihara kerana kita (manusia) berada di aras terakhir rantai makanan.
Misalnya, kita memperoleh sumber bahan mentah seperti ikan yang menjadi sumber protein utama serta menghasilkan pelbagai produk daripada sumber laut untuk melengkapkan keperluan asas kita.
Justeru, jika berlaku kepincangan ke atas rantaian makanan ini maka kehidupan manusia juga akan turut terjejas.
Kelangsungan hayat bumi
Justeru, amat penting bagi kita untuk memahami setiap proses yang berlaku bukan saja dalam ekosistem marin bahkan juga dalam persekitaran fizikal yang lain agar kelangsungan hayat bumi dapat diteruskan.
Dalam menjaga khazanah lautan, peranan setiap individu adalah penting terutama bagi memastikan laut tidak dicemari dengan sewenang-wenangnya. Mungkin segelintir daripada kita berpendapat bahawa keluasan lautan amat besar dan tidak mungkin ia akan tercemar teruk.
Sebenarnya telahan itu tidak benar sama sekali. Air sungai yang mengalir akhirnya akan menghanyutkan segala bahan cemar ke dalam laut.
Pencemaran ini seterusnya akan membunuh atau menyingkirkan hidupan laut baik yang tinggal berhampiran muara sungai mahupun pantai.
Situasi ini pastinya akan merencatkan kitaran makanan bagi hidupan laut, dan manusia tidak terkecuali menerima impak daripada kepincangan yang berlaku.
Oleh yang demikian, dalam memacu kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan melindungi ekosistem marin, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sama-sama menggembleng usaha bagi memastikan khazanah lautan ini dijaga dan dilindungi.
Melihat kepada sumbangan penting yang dimainkan oleh ekosistem marin, maka usaha pemuliharaan perlu menjadi keutamaan dan tiada kompromi kepada sebarang bentuk pencabulan ke atasnya.
Pengisytiharan Hari Laut Sedunia pada 8 Jun setiap tahun adalah satu langkah positif dalam usaha memacu dan memantapkan pemahaman serta kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan bio pelbagai marin serta keseluruhan ekosistemnya.
Penulis ialah pegawai penyelidik,
Pusat Kajian Sains dan dan Alam Sekitar,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Puliharaekosistemmarinelakjejaskehidupan/Article
Subscribe to:
Posts (Atom)