Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 1, 2012

Wujudkan dunia selamat untuk kanak-kanak

Wujudkan dunia selamat 

 untuk kanak-kanak


Pada 1952, Kesatuan Kebajikan Kanak-Kanak Antarabangsa membawa satu usul penting ke Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu yang mendesak agar setiap negara anggota badan dunia itu mengiktiraf Hari Kanak-Kanak Sedunia sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib serta kebajikan kanak-kanak seluruh dunia.



Akhirnya mulai 1953, setiap negara anggota PBB menjadikan hari Sabtu terakhir Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Kanak-Kanak peringkat kebangsaan di negara masing-masing.




Ketetapan ini satu langkah penting warga dunia untuk mengambil peduli terhadap nasib kanak-kanak sejagat yang sewaktu itu menjadi mangsa keadaan dunia yang baru menamatkan Perang Dunia Kedua. Sejak tarikh itu banyak usaha dilakukan agar tahap kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa meningkat dari setahun ke setahun.



Namun, usaha mewujudkan dunia yang selamat dan sejahtera kepada kanak-kanak bukan suatu usaha mudah yang mampu dijayakan segelintir individu atau kumpulan atau juga sebuah negara.

 
 
 
 
UNICEF atau United Nation Children’s Fund iaitu organisasi di bawah PBB yang bertanggungjawab mengawal selia isu pembangunan, pemeliharaan dan pembelaan kanak-kanak seluruh dunia menyatakan bahawa tahap kesihatan dan kesinambungan kehidupan kanak-kanak terletak di tengah kemajuan manusia.
 
 
 
 
 Ini bermakna, maju mundur golongan kanak-kanak ada kaitan langsung dengan cara pemikiran, keputusan serta tindakan golongan dewasa. Walaupun kesedaran mengenai perlunya membela nasib kanak-kanak telah muncul sejak awal 1946, namun ia masih gagal menghalang ancaman terhadap golongan yang lemah ini.

 
 
40,000 mati setiap tahun


Pada 1986, UNICEF menyatakan ada 40,000 kanak-kanak yang mati pada setiap tahun. Maknanya, sejumlah besar kanak-kanak yang sepatutnya menyambung kehidupan generasi masa depan lenyap sekelip mata akibat kejadian kebuluran, kekurangan zat makanan, serangan penyakit, dan konflik peperangan akibat perbezaan ideologi dan perseteruan kaum.


Kini, walaupun UNICEF kelihatan begitu serius untuk memastikan pembangunan manusia khasnya kanak-kanak dapat dipertahankan untuk jangka masa panjang namun ia masih gagal menyekat kejadian peperangan dan konflik terbaru sehingga menyebabkan kematian kebuluran dan kematian kanak-kanak berterusan.

Dalam situasi kemelesetan ekonomi kini, dikhabarkan ada satu bilion umat manusia yang jatuh miskin dan sudah pasti kanak-kanak juga menjadi mangsa yang terburuk. Hakikatnya, dalam dunia peperangan dan kelaparan yang mana setiap orang mengejar waktu untuk hidup, maka kanak-kanak sering terkebelakang dari segi keutamaan atau hak.

Kanak-kanak dipaksa menggalas senjata

Malah lebih buruk lagi, bukti menunjukkan terdapat kanak-kanak yang dipaksa menggalas senjata untuk menjadi pembunuh atas kepercayaan untuk mempertahankan maruah dan kepentingan.


 
Sesetengah pemimpin dan orang berpengaruh di rantau yang bergolak menipu kanak-kanak dengan menghulur sebuku roti yang berlapikkan pisau di tangan kanan dan memaksa kanak-kanak ini pergi ke ‘medan perang’ atas nama perjuangan, sedangkan di tangan kirinya telah terhunus sepucuk pistol yang akan memecahkan kepala kanak-kanak ini sekiranya mereka enggan menurut perintah.



Kanak-kanak ini membesar dengan kepercayaan palsu bahawa mereka adalah pejuang tulen yang sama taraf seperti watak ‘Rambo’ dalam paparan perang Amerika melawan Vietnam. Istilah kemanusiaan, kasih sayang, simpati dan kesakitan dalam diri kanak-kanak malang ini amat jauh sekali maknanya dengan piagam PBB terhadap kanak-kanak seperti yang dipersetujui oleh keseluruhan negara anggotanya.

Kanak-kanak di Malaysia lebih baik

 

Suasana dan persekitaran yang wujud untuk kanak-kanak di Malaysia pastinya jauh lebih baik berbanding paparan yang dinyatakan di atas. Sebahagian besar kanak-kanak di Malaysia dilahirkan dalam suasana yang menggembirakan. Kekuatan institusi sosial yang berasaskan nilai kekeluargaan dan ditambah lagi dengan sokongan prasarana kesihatan yang baik menjadikan kelahiran bayi yang selamat serta sihat amat tinggi di negara ini.

 

Namun, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian yang ada ini. Memahami bahawa negara masih menghadapi cabaran pembangunan yang masih belum sekata dengan pelbagai aspek perbezaan sosioekonomi serta demografi, maka adalah penting buat kita semua menjadikan aspek pemeliharaan, perlindungan serta pemulihan kanak-kanak sebagai keutamaan kita. Perlu lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwujudkan untuk memantau dan memperjuangkan isu ini pada setiap sudut kehidupan.

 

Masih ramai kanak-kanak yang yang terpaksa berpisah dengan induk keluarga atas masalah yang ditimbulkan oleh orang dewasa. Perceraian ibu bapa sering menjadikan kanak-kanak mangsa keadaan yang menjejaskan keseluruhan kualiti hidup. Masih ramai kanak-kanak (khasnya anak-anak yatim) kita yang terkeliru di antara paksaan untuk mencari dana pengajian agama di madrasah dengan makna tanggungjawab memenuhi tuntutan sebagai penganut yang taat.

 

Amatlah malang seorang anak yatim yang ditetapkan haknya sebagai asnaf sepatutnya dilindungi umat Islam terpaksa menghabiskan sebahagian usia remaja dengan menjadi peminta sedekah.


Penulis ialah 
 Presiden Majlis Belia Malaysia
 
 
 
 
 
 
Teruskan membaca..

Wednesday, October 31, 2012

Pentaksiran berasaskan sekolah akan dilaksana secara adil

Pentaksiran berasaskan

 sekolah akan dilaksana secara adil


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memberi jaminan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dilaksana secara adil terutama dalam menentukan penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh.



Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun kedua-dua peperiksaan utama, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) akan berubah ke PBS, kementerian akan memastikan kualiti pelajar kekal baik selain memastikan sukatan pelajaran tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. 
 



"Di bawah PBS, pelajar akan dinilai melalui empat komponen yang merupakan pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik," katanya ketika menjawab soalan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) di Dewan Rakyat hari ini.


 


Wee berkata Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memantau standard kertas soalan dan kualiti markah yang dibuat oleh guru.

 


Guru dikehendaki untuk mengikuti Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan tidak semata-mata bergantung kepada markah yang diterima dalam peperiksaan, katanya.





Menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar), Wee berkata menjelang 2016, murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambah baik berasaskan pelaksanaan PBS dan bagi peringkat sekolah menengah pula, dijangkakan menjelang 2014, PBS dapat dilaksanakan sebagai penambahbaikan kepada PMR.

 


Beliau berkata pentaksiran pendidikan dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kemajuan pendidikan pelajar, keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan kurikulum yang dijalankan di sekolah. - BERNAMA 
Sumber
Teruskan membaca..

Rahsia Ben 10

 

Rahsia Ben 10

pix_gal0
SIAPA sangka di sebalik kehebatan hero pujaan kanak-kanak, Ben Tennyson atau lebih dikenali sebagai Ben 10, terselit rahsia yang mengejutkan.

Rupa-rupanya, si peminjam suara untuk karakter popular itu adalah seorang wanita dikenali sebagai Tara Strong. Lebih mengejutkan, Tara bukanlah anak gadis, sebaliknya dia bakal mencapai usia 40 tahun, tahun depan.


Ternyata, pelbagai reaksi diterima wanita ini apabila peminat kecil Ben 10 mendapat tahu siapa sebenarnya identiti peminjam suara watak pujaan mereka itu.


“Saya seronok melihat reaksi kanak-kanak lelaki. Ada yang marah dan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemilik suara Ben 10 adalah seorang perempuan.


“Ini bermakna, saya sudah melaksanakan tugas yang baik selama ini,” katanya yang mula meminjam suara untuk pelbagai produksi sejak usia 13 tahun.


Menceritakan pembabitan awalnya, Tara dilaporkan berkata, dia dihantar menghadiri uji bakat untuk peranan Hello Kitty oleh ejen yang berpusat di Toronto. Nasib Tara baik apabila dia diterima menyumbangkan suara untuk watak itu.


Sepanjang pembabitan dalam industri ini, Tara paling menggemari peranannya sebagai Melodi dari animasi The Little Mermaid 2.

Sememangnya, sudah menjadi impian wanita ini untuk terbabit dalam animasi berkenaan.

Mengapa tidak, dia dapat bekerja di samping bintang pujaan, Jodi Benson yang juga seorang penyanyi soprano, pelakon dan penyumbang suara untuk pelbagai projek animasi.


Menurut Tara, untuk menjadi seorang pelakon suara, individu terbabit perlu melengkapkan diri dengan menghadiri kelas pemantapan suara.


“Hadirlah sebanyak mungkin kelas yang anda boleh. Ini kerana lakonan suara juga suatu cabang seni lakon. Kami bukan hanya bertanggung jawab menyumbang suara, malah perlu mengkaji babak atau adegan.


“Kita juga perlu tahu bagaimana hendak beraksi secara spontan dan menyanyi,” katanya yang seronok melakukan tugas ini kerana tidak terikat dengan rutin kerja pejabat.


Sementara itu, sepanjang menyumbangkan suara untuk pelbagai projek animasi, Tara melihat watak Ben berbeza daripada watak budak lelaki lain.


Menurutnya, Ben 10 adalah seorang budak lelaki angkuh, tidak pernah mengenali erti takut dan suka memperkecilkan orang lain. Baginya, Ben 10 juga mempunyai tahap keyakinan diri yang sangat tinggi. 
Sumber
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...