Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Monday, July 16, 2012
Berat Mulut
- Simpulan bahasa
- adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
- Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata
- yang membawa maksud yang tepat dan padat.
- Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya
- adalah seperti yang berikut:
- Simpulan BahasaMaksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam cahaya mata anak cakar ayam tulisan yang buruk campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu epat tangan suka mencuri dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi hati batu degil atau keras hati hidung tinggi sombong atau tinggi diri hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain kaki ayam tidak berkasut atau berselipar kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola kaki botol suka minum minuman keras kecil hati berasa tersinggung atau merajuk kepala angin perangai yang tidak menentu kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain khabar angin berita yang belum tentu benarnya langkah kanan bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai lipas kudung cepat membuat kerja lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat makan suap menerima rasuah malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang mandi peluh bekerja kuat mati katak mati dengan sia-sia membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir membawa diri tahu menjaga diri membuka jalan memberi laluan kepada orang lain membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah mencuit hati lucu; menggelikan hati mengabui mata cuba memperdaya; menipu mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat mengambil berat memberi sepenuh perhatian mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat muka tembok tidak berasa malu mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia murah hati suka bederma; tidak kedekut naik angin terlalu marah nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati orang atasan orang yang berpangkat tinggi otak cair pintar atau bijak otak kering kurang siuman otak udang bebal atau bodoh paku belanda barangan yang tetap harganya panas hati meradang atau marah panjang tangan suka mencuri pasang telinga mendengar dengan teliti pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi perang mulut pertengkaran pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari putih hati ikhlas; jujur putih mata mengalami kekecewaan rabun ayam penglihatan yang kurang jelas rambang mata sukar membuat pilihan ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati tangkai jering orang yang kedekut tawar hati tidak mempunyai minat lagi tebal muka tidak tahu malu telinga kuali tahan hati menerima kemarahan telinga lintah tajam pendengaran telinga nipis cepat marah atau meradang terang hati mudah memahami sesuatu tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak tin kosong bercakap besar tanpa ilmu titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
Syarat fidyah jika tinggalkan puasa

Syarat fidyah jika tinggalkan puasa
Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa di mana ada beberapa sebab dalam puasa wajib yang jika ditinggalkan akan dikenakan fidyah iaitu meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh. Wanita hamil dan yang menyusukan anak terpaksa meninggalkan puasa serta menangguhkan qada puasa sehingga tiba Ramadan berikutnya.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu hukum fidyah adalah wajib seperti ditentukan syarak.
Firman Allah SWT bermaksud:
“…Dan
wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa
(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah
iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela
memberikan (bayaran fidyah) lebih
dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya;
dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah),
kalau kamu mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 184).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Barang siapa yang mati
sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan
yang belum diqadanya, hendaklah diberi makan
seorang miskin bagi setiap hari ditinggalkan bagi pihaknya.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu
dikenakan fidyah apabila meninggalkan puasa atau sebaliknya:
Orang lain yang berpuasa bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang ahli keluarga terdekatnya. Jika dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti itu tidak sah.
Sebaliknya, jika dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan keselamatan dirinya sendiri, maka dia boleh berbuka puasa dan diwajibkan qada’ puasa saja tanpa perlu membayar fidyah.
Menurut pandangan paling sahih dalam Mazhab Syafii, bayaran fidyah berganda dengan bergandanya tahun. Manakala menurut Mazhab Maliki dan Hanbali, bayaran fidyah tidak berganda mengikut tahun kerana ia dikira sekali gus saja.
Bayaran fidyah boleh ditunaikan sepanjang hidup. Namun, lebih baik mempercepatkan pembayarannya sekadar termampu dan seboleh-bolehnya ditunaikan dalam Ramadan kerana pahala pada bulan itu lebih banyak berbanding bulan lain.
Penulis Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
Sunday, July 15, 2012
Marilah Menuju Kejayaan
Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan
dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap.
Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah
penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.
Kita mestilah mempunyai sikap yang positif
dalam apa juga yang mahu dilakukan,
jika mahukan sesuatu kejayaan.
Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata,
bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan,
kita mestilah tanamkan sikap positif.
Apabila sesuatu perkara tidak menjadi
seperti yang kita sendiri harapkan,
sepatutnya terus bersikap positif.
Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan,
sebaliknya harus berfikiran secara positif
dan berkata kepada diri sendiri
“ ok, hari ini aku terlewat bangun,
sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.
Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif,
dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha.
Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta,
cermin di bilik air yang tertulis “SIKAP”.
Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir
tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu,
dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif,
fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
Jika kita bersikap positif,
semua perkara yang kita sedang lakukan
akan menjadi lebih mudah.
Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan,
jangan biarkan sehingga pada saat akhir,
bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan
“aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai
kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”.
Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi,
sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan kita.
Lagi besar matlamat kita, lagi besar rintangan yang kita perlu lalui.
Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari
cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha kita dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang kita temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri kita untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
Janji pada diri sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang dihadapi, JANGAN- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekiranya kita terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan kita temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada kita. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
1M4U - Suburkan Semangat Sukarelawan
4 inisiatif penting
perkasa gerakan sukarelawan belia: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan empat inisiatif penting di bawah program 1Malaysia For Youth (1M4U) dalam usaha memperkasakan gerakan sukarelawan belia di negara ini.
Perdana Menteri berkata, empat perkara itu ialah penubuhan Lembaga Amanah 1M4U, Dana Sukarelawan 1Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta dan mengisytiharkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan serta mewujudkan Stesen Radio 1M4U. Najib berkata demikian ketika berucap pada program 1M4U di sini.
Buat persediaan yang rapi sebelum bersukan
Kecederaan Sukan

Kisah pemain badminton perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan ketika perlawanan peringkat kumpulan C pada 22 Mei lalu di Wuhan, China masih lagi diingati.
Kemalangan berlaku ketika Chong Wei yang sedang mendahului dalam set pertama menentang perseorangan Denmark, Peter Hoeg Gade.
Chong Wei yang terseliuh kakinya ketika cuba menyambut pukulan lawan menerima rawatan awal di gelanggang daripada pasukan perubatan sebelum memutuskan untuk menarik diri.
Beliau kemudian dibawa keluar dari Pusat Sukan Gimnasium Wuhan menggunakan kerusi roda sebelum meninggalkan pekarangan perlawanan dengan ambulans.
Ekoran kecederaan, beliau terpaksa direhatkan sebelum persiapan untuk Sukan Olimpik 2012 pada 27 Julai ini.
Adakah Chong Wei akan mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik 2012 di London, kita tunggu dan lihat.
Semua ahli sukan sama ada yang aktif dalam sukan bola sepak, badminton, ragbi, gimnastik, renang atau sebut saja sukan apa, semuanya terdedah kepada kecederaan ringan atau berat.
Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan.
Biasanya kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam.
Kecederaan sukan bukan hanya berlaku kepada mereka yang bersukan tetapi semasa bersenam di rumah. Ia dalam kategori yang sama.
Kecederaan sukan berlaku mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul atau kejutan pada otot.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican, kecederaan sukan yang biasa berlaku seperti calar, luka, sakit urat, terseliuh dan patah, memang mudah diubati.
"Kebanyakannya boleh dirawat menggunakan teknik RICE iaitu rehat (rest), ais (ice), tekanan (compression), ampu atau angkat (elevation) selain ubatan (medication).
"Misalnya pesakit yang cedera pada buku lali perlu berehat daripada bermain, anggota yang cedera diletakkan ais, balut dengan pembalut (bandage) dan ampu atau angkat anggota lebih tinggi daripada paras jantung bagi mengelakkan bengkak atau edema," katanya.
Pesakit juga dinasihatkan mengambil panadol untuk mengurangkan bengkak dan sakit atau ubat antiinflamasi.
Biasanya mereka yang aktif bermain bola sepak, futsal, badminton, bola keranjang dan bola jaring memang terdedah kepada kecederaan.
"Bagaimanapun mereka yang cedera dilarang berurut bagi mengelakkan kecederaan semakin parah," katanya.
Dr. Ezlan berkata, kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada
1. kecederaan tisu lembut.
2. kecederaan tulang.
"Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik.
"Mereka yang mengalami kecederaan akut seperti terseliuh harus dirawat segera menggunakan kaedah RICE sebelum kecederaan menjadi bertambah kronik," katanya.
Tetapi ada kalanya, mereka terus mengalami kecederaan kronik seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut akibat bermain sukan berkaitan dengan bola dan tennis elbow di siku akibat bermain sukan yang menggunakan raket.
Kecederaan ACL perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi.
Jika kecederaan semakin parah, pembedahan adalah langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut.
Rawatan untuk tennis elbow pula adalah lengan perlu direhatkan secukupnya dan ini bermakna atlet terpaksa berhenti bersukan atau melakukan kerja berat untuk beberapa minggu.
Pesakit yang mengalami kecederaan kronik perlukan rawatan antiinflamasi yang lebih kuat, menjalani fisioterapi, latihan regangan dan menggunakan taping and strapping.
Bagaimanapun jika kecederaan semakin teruk, suntikan akan diberikan bagi melegakan radangan.
"Biasanya kecederaan boleh diubati tetapi ia akan mengganggu aktiviti harian individu," katanya.
Menurut Dr. Eizlan, kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor.
Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau stress fracture.
"Ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus.
"Biasanya mereka akan mengalami hanya sedikit kesakitan tetapi masih boleh berjalan dan bermain seperti biasa," katanya.
Lama-kelamaan keretakan akan melemahkan struktur tulang dan kecederaan yang sedikit saja boleh menyebabkan tulang patah secara tiba-tiba.
Jadi bagi mengelakkan kecederaan sukan, Dr. Ezlan menyarankan mereka memanaskan badan dan membuat persediaan yang rapi sebelum bersukan.
"Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar, alat pelindung mata, alat pelindung mulut, alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur.
"Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih dan amalkan semangat kesukanan dengan tidak berniat untuk mencederakan lawan," katanya.