Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, March 10, 2012

Pemantauan, pengawasan jamin keberhasilan kualiti







Pemantauan, pengawasan

jamin keberhasilan kualiti




Oleh Sharifah Haayati




Proses menguat kuasa elak
kesilapan berterusan, pastikan amanah tidak terabai







SETIAP hari, kita melakukan pelbagai urusan
termasuk urusan kerjaya dan rumah tangga.
Namun, kadangkala urusan itu
belum tentu berhasil jika tanpa pemantauan atau pengawasan
berterusan selain menerusi izin Allah SWT.







Lihat saja kepada peranan ibu bapa di rumah.
Mendidik, mengasuh, memberi segala bentuk kasih sayang
belum tentu dapat melahirkan anak yang salih dan berjaya
jika kita tidak mengikuti, memantau atau mengawasi
perkembangan mereka secara dekat dan rapat.







Tugas memantau, mengawasi, mengawal,
memeriksa dan menguatkuasa bukan untuk mencari salah
tapi mengelak kesalahan atau kesilapan berterusan,
memastikan prosedur dipatuhi






Sehinggalah kita mengenali
perwatakan anak yang berbeza
walaupun seibu dan sebapa.
Ada anak rajin belajar tanpa perlu disuruh
tetapi apabila dipantau, cara belajarnya kurang berkesan.
Ada pula anak perlu sentiasa diingatkan atau disuruh
untuk mengulang kaji pelajaran tetapi apabila melakukannya
dia bersungguh-sungguh.








Ada yang sering lewat
menghantar atau menyiapkan kerja sekolah dan ada pula
asyik hilang saja alat tulis yang dibawanya.
Macam-macam lagi keadaan
yang semua boleh diketahui apabila ibu bapa
memantau hal anak mereka.








Seringkali aspek pemantauan ini
dilupakan sehinggalah
berlaku keadaan tidak disangka
oleh ibu bapa kerana mereka anggap
sudah bermacam-macam usaha dilakukan.
Justeru, memantau atau mengawasi
perkembangan anak juga adalah
sebahagian daripada
tanggungjawab serta bukti kasih sayang
dan sifat ambil berat ibu bapa.








Samalah keadaan
dalam urusan kerja seharian
yang memerlukan pemantauan berterusan.
Hampir setiap hari
pelbagai isu akibat kegagalan pemantauan,
pengawasan dan pemeriksaan pelbagai pihak
dipaparkan dalam media.








Proses kerja tidak akan lengkap dan berhasil
dengan kualiti walaupun selepas dirancang, disusun atur,
dilaksana jika dibiarkan tanpa pemantauan berterusan.









Tugas memantau, mengawasi, mengawal,
memeriksa dan menguat kuasa bukan untuk
mencari salah tapi mengelakkan
kesalahan atau kesilapan berterusan, memastikan prosedur dipatuhi,
keutamaan didahulukan dalam pelaksanaan, meningkatkan kewibawaan, profesionalisme, menyelaras tugasan, mengelak pembaziran sumber,
mengelakkan pertambahan kos disebabkan kelewatan serta menilai
pencapaian projek semasa berbanding apa yang dirancangkan.









Justeru, Islam amat menekankan aspek pemantauan
bagi menguatkuasakan amalan berteraskan ajarannya
serta untuk mengelakkan berlakunya keburukan melalui konsep kerja
yang dinamakan al-hisbah.








Firman Allah SWT dalam Surah al-Imran ayat 110 bermaksud:










“Kamu (wahai umat Muhammad)

adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan

bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu

menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang

daripada segala perkara yang buruk dan keji.”









Al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah menyatakan,
ayat itu bermaksud menggesa kepada perbuatan baik dan mencegah
keburukan daripada berlaku dan termasuk dalam tanggungjawab agama
serta perlu diinstitusikan sebagai agensi atau badan penguatkuasaan
bagi menjamin keberkesanannya.









Ibn Khaldun dalam Muqaddimah juga menegaskan
kepentingannya terutama kepada mereka yang gagal
dalam mematuhi peraturan undang-undang.
Pelbagai unit, agensi, badan penguatkuasaan, pemantauan dan audit
juga ditubuhkan secara khas dalam pelbagai kementerian dan institusi
di negara ini bagi tujuan itu.









Pemantauan dilaksanakan sejak zaman Rasulullah
yang sering meninjau peniaga di pasar supaya tidak menipu
dalam perniagaan mereka dan gemar mencari golongan miskin untuk dibantu.








Rasulullah bersabda yang bermaksud:








“Bantulah aku mencari orang miskin di antara kamu,

kerana kamu dilimpahi rezeki dan diberi kemenangan

semata-mata berkat orang miskin di antara kamu”.



(Riwayat Abu Daud & al-Nasaie)









Bahkan Saidina Umar al-Khattab juga sering berjalan malam
untuk meninjau keadaan masyarakatnya. Daripada amalan inilah
Saidina Umar mengetahui perbualan antara seorang ibu
yang menyuruh anak perempuannya mencampurkan susu
dengan air bagi menambah pendapatan mereka seperti dikisahkan
oleh al-Baihaqi dan pengembala haiwan yang enggan menjual haiwan
yang dijaga kepada Saidina Umar kerana takut perbuatannya dilihat
oleh Allah SWT.









Gambaran sifat ihsan mereka diketahui melalui
pemantauan secara langsung oleh khalifah Saidina Umar.
Malah, zakat juga dapat diagihkan dengan berkesan
pada zaman ini kerana adanya
pemantauan dan pengawasan teliti.









Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 18-19 bermaksud:







“Wahai orang-orang yang beriman!

Bertakwalah kepada Allah

(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya),

Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan

apa yang disediakan (dari amalan-amalannya)

untuk hati esok (hari akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah Amat meliputi pengetahuan-Nya

akan segala yang kamu kerjakan”.








Dalam pengurusan kerja,
pemantauan boleh dibuat dengan beberapa cara
iaitu penyediaan penjadualan kerja termasuklah sumber tenaga,
aliran kewangan dan tempoh, penentuan aliran proses kerja,
penyediaan terma rujukan, penyediaan petunjuk pencapaian,
pengauditan dan penyediaan laporan.








Hasil pemantauan, pengawasan diperoleh melalui mesyuarat.
Laporan status projek, minit mesyuarat, laporan berkala dan tahunan
serta maklum balas pelanggan.









Justeru, bagi memastikan penghasilan kerja berkualiti,
janganlah kita abaikan aspek pemantauan kerana ia juga
adalah sebahagian daripada amanah dan proses dalam tanggungjawab kerja.
Setiap proses tindakan untuk memastikan keberhasilan atau output
yang berkualiti itu pula tidak akan sia-sia.













Teruskan membaca..

Friday, March 9, 2012

Pameran destinasi capai kejayaan



Pameran destinasi capai kejayaan

PAMERAN Pendidikan Facon adalah platform tepat untuk pelajar mendapatkan informasi mengenai institusi pendidikan tinggi di negara ini.
PAMERAN Pendidikan Facon
adalah platform tepat
untuk pelajar mendapatkan informasi mengenai
institusi pendidikan tinggi di negara ini.





MEMPEROLEH pendidikan diiktiraf pada peringkat antarabangsa adalah penting.



Pameran Pendidikan Facon Ke-32 adalah platform institusi pengajian tinggi terkemuka dari dalam dan luar negara untuk memberi maklumat pendidikan tinggi tidak kira bagi lepasan sekolah, pelajar atau ibu bapa.



Pameran Pendidikan Facon bermula 17 Mac ini di Semenanjung dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang, sementara Sabah dan Sarawak dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Institusi mengambil bahagian menawarkan kursus meliputi rekaan, IT, pengurusan perniagaan, perundangan, perubatan, komunikasi, kejuruteraan, perakaunan, kewangan, sains tulen dan sains gunaan.




Pameran kali ini disertai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) terkemuka.




Di Kuala Lumpur, kumpulan institusi antarabangsa dari Kesatuan Eropah akan tampil buat pertama kali untuk memberi maklumat mengenai pengajian tinggi di Eropah. Terdapat 25 universiti dari lapan negara akan hadir, antaranya dari Jerman, Perancis, Ireland, Sepanyol, Romania, Poland, Republik Czech dan United Kingdom.




Pengunjung berpeluang bertemu wakil institusi terkemuka dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, India, Indonesia, Kanada, New Zealand, Ukraine dan Russia.
Pengunjung digalak membawa slip peperiksaan dan dokumen berkaitan untuk mendapat penilaian tepat oleh kaunselor dan wakil institusi pengajian.







Untuk maklumat lanjut, layari www.faconex.com atau menerusi www.facebook.com/faconeducationfair.







INFO: Semenanjung







  • Kuala Lumpur (17 & 18 Mac)
    - KL Covention Centre.


  • Ipoh (20 Mac) - Hotel Syuen.


  • Alor Setar (21 Mac)
    - Hotel Holiday Villa.


  • Pulau Pinang (22 Mac)
    - Hotel Traders.





  • Johor Bahru (24 & 25 Mac)
    - Persada Convention Centre.




  • Melaka (26 Mac) - Hotel Equatorial.





  • Sabah, Sarawak







  • Sibu (17 Mac) - Hotel RH.



  • Kuching (18 Mac)
    - Riverside Majestic Hotel.
    - Hotel Grand Palace.



  • Sandakan (23 Mac) - Hotel Sandakan.



  • Kota Kinabalu (24 Mac)
    - Hotel Promenade.



  • Tawau (25 Mac) - Hotel MB.









  • Sumber







    Teruskan membaca..

    Masih ada umat Islam terpedaya dakyah Yahudi




    Masih ada umat Islam

    terpedaya dakyah Yahudi




    SEJARAH bangsa Yahudi atau Israel sejak dulu lagi amat memusuhi Islam. Hal ini difirmankan Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:





    “Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali

    akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad)

    sehingga engkau menuruti agama mereka (yang salah dan terpesong itu).

    Katakan (kepada mereka): Sesungguhnya

    petunjuk Allah (agama Islam) itu petunjuk yang benar’

    dan demi sesungguhnya jika engkau menurut

    kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya

    (wahyu memberi pengetahuan kepadamu mengenai kebenaran),

    maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah

    (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi

    pertolongan kepadamu.”


    (Surah al-Baqarah, ayat 120).








    Yang peliknya sejak kebelakangan ini sesetengah umat Islam terpedaya dengan dakyah Yahudi. Kaum Yahudi mencipta pelbagai sistem kufur dan batil untuk memperdayakan umat Islam, seperti kepercayaan dan tauhid kepada Allah, sistem riba, hutang dengan bunga yang mengakibatkan krisis kewangan global, peperangan dan sebagainya.





    Sesetengah pemimpin Islam dunia menyokong dan membela kaum Yahudi, pada hal umat Palestin yang menderita di buminya yang harus dibela dan diperjuangkannya. Ini tujuan dan matlamat utama Yahudi untuk mengacau keamanan dunia agar manusia berpihak kepadanya. Ayat al-Quran di atas mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan dakyah Yahudi.





    Sesetengah pemimpin Islam dunia menyokong dan membela kaum Yahudi, pada hal umat Palestin yang menderita di buminya yang harus dibela dan diperjuangkannya. Ini tujuan dan matlamat utama Yahudi untuk mengacau keamanan dunia agar manusia berpihak kepadanya.





    Dalam bidang ekonomi dunia, kaum Yahudi dikatakan menguasainya. Daripada jumlah penduduk dunia sekarang mencapai tujuh bilion manusia, hanya tujuh negara yang mendominasi seluruh kehidupan dunia ini, iaitu mereka yang tergabung dalam Kumpulan Tujuh Negara (D7).






    Daripada tujuh negara itu, yang berkuasa hanya satu peratus, manakala 99 peratus lagi mengikut telunjuk Yahudi yang terus mahu memeras dan memperdaya mereka melalui sistem yang dicipta. Orang kaya Yahudi mencipta sistem ekonomi dunia, yang penuh dengan kekufuran dan kebatilan serta pelbagai sistem yang berkembang di dunia Barat. Antara yang dijalankan oleh Madog, seorang Yahudi yang mencipta model skema ponzi, yang menghancurkan ramai orang di New York. Madog dipenjarakan selama 150 tahun akibat pendustaan dan penipuan yang dilakukannya.






    Allah SWT mengharamkan memakan harta orang lain, kecuali dengan cara yang betul tetapi mereka kaum yang suka berdusta. Orang Yahudi satu kaum yang sudah menjadi karakter dan watak mereka berdusta.







    Allah menegaskan, sesiapa yang menukar janjinya untuk mengikuti jalan orang yang sesat seperti Yahudi dan seumpamanya, di akhirat kelak Allah tidak akan bercakap dengan lembut dan tidak melihat mereka dengan pandangan kasih sayang, seperti yang digambarkan dalam hadis bermaksud:







    “Tiga macam orang

    yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka

    (dengan ucapan yang lembut), tidak melihat mereka

    pada hari kiamat (dengan pandangan rahmat),

    tidak membersihkan mereka (daripada dosanya)

    dan bagi mereka azab yang pedih.

    Aku bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka?

    Rasulullah mengulangi ucapan baginda tiga kali,

    kemudian baginda bersabda bermaksud :

    “Orang musbil (menjulurkan pakaiannya di bawah mata kaki),

    orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu,

    dan orang yang mengungkit pemberiannya.”



    (Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Zar).






    Betapa hari ini pengkhianatan, pendustaan dan merampas harta orang lain, disertai cara yang tidak sah, membela musuh Islam (Yahudi) dan seumpamanya terjadi di mana-mana. Ia sudah menjadi sebahagian cara hidup dan dianggap tidak bersalah atau berdosa. Ini yang menimbulkan fitnah dan kekacauan kehidupan.





    Demikian manusia yang tidak mendapatkan ketenangan dan petunjuk dalam hidup mereka kerana memiliki sifat dan sikap seperti orang Yahudi, suka berdusta, bermuka-muka dan khianat kepada agamanya hanya sekadar ingin mendapatkan penghormatan dan sanjungan duniawi. Allah SWT mengutuk dan membenci orang Yahudi, terutama kerana pendeta mereka menghalalkan segala cara yang diharamkan Allah. Inilah pangkal musibah, kesesatan dan kehancuran.












    Teruskan membaca..

    Wednesday, March 7, 2012

    STPM guna sistem penilaian baru tahun ini






    STPM guna sistem penilaian baru tahun ini






    KUALA LUMPUR - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan melaksanakan sistem pentaksiran baru Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada mulai tahun ini, bermula sesi pengambilan 2012/2013 Tingkatan Enam Bawah.





    Pengerusi MPM Datuk Dr Mohd Noh Dalimin ketika mengumumkan perkara itu berkata dua kaedah pentaksiran akan dijalankan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20 hingga 40 peratus, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60 hingga 80 peratus.




    Katanya langkah itu bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil yang lebih berfokuskan kepada pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.





    "Buat pertama kalinya, PBS diperkenalkan dalam hampir semua mata pelajaran Tingkatan Enam. Ini merupakan sejarah bagi MPM setelah terlibat dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM Tahun 2011, di sini hari ini.




    Katanya PBS terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kerja projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran bagi tiga penggal, iaitu penggal pertama, kedua dan ketiga dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun.




    "Pelajar Tingkatan Enam Bawah pada tahun ini, merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baru STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal pertama persekolahan Tingkatan Enam pada November ini," katanya.




    Mohd Noh berkata penilaian kerja kursus akan dibuat guru mata pelajaran di sekolah dan penyelarasan pentaksiran akan dijalankan MPM.




    Katanya pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal.




    Beliau berkata satu kelebihan sistem itu ialah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir penggal pertama dan/atau penggal kedua dengan menduduki semula peperiksaan tersebut pada penghujung penggal ketiga.





    "Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal ketiga juga boleh menduduki semula peperiksaan akhir penggal ketiga," katanya.





    Mohd Noh berkata dalam sistem pentaksiran baru STPM, tempoh pengajian Tingkatan Enam dan peruntukan waktu pengajaran adalah sama seperti tempoh dan waktu persekolahan sedia ada.





    "Begitu juga daripada segi penawaran bilangan mata pelajaran yang tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran dan sistem penggredannya masih sama dengan sistem yang sedia ada," katanya.






    Katanya MPM berharap pelaksanaan sistem pentaksiran baru itu akan dapat memperkasa dan mengangkat martabat pengajian peringkat prauniversiti di Tingkatan Enam serta dapat menarik lebih banyak pelajar mengikuti pengajian prauniversiti itu. - Bernama























    Teruskan membaca..

    STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A



    STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A



















    STPM: 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A





    KUALA LUMPUR - Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon telah lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.





    Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.






    Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di sini hari ini.





    Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.




    Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.





    Mohd Noh berkata jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar. Katanya bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar.






    Katanya bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar.






    Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya.






    Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009. Mohd Noh berkata daripada 12 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran, lima mencapai Gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil.





    Katanya terdapat tiga calon istimewa, iaitu kategori cacat penglihatan yang memperoleh 1A, 1A- dan 2B, rabun (3A dan 1A-) dan spastik (3A dan 1A-), cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seorang pelajar terbaik dari luar bandar yang mendapat keputusan 4A dan 1A-.






    Mohd Noh berkata berdasarkan prestasi calon mengikut mata pelajaran, didapati tiga mata pelajaran meningkat prestasinya iaitu Bahasa Arab (4.1 peratus), Sejarah (3.8) dan Perakaunan (3.68) berbanding pada tahun sebelumnya manakala empat mata pelajaran menurun prestasinya iaitu Syariah (-2.02), Pengajian Am (-3.4), Pengajian Perniagaan (-4.06) dan Further Mathematics T (-12.73) berbanding pada tahun sebelumnya.






    Sebanyak 16 mata pelajaran yang lain pula dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2011 dan tahun sebelumnya kurang daripada dua peratus. Daripada segi penggunaan bahasa Inggeris dalam jawapan calon bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, Mohd Noh berkata 98.1 peratus calon telah menjawab soalan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun lalu berbanding 97.1 peratus pada tahun sebelumnya.





    Beliau berkata prestasi calon Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 meningkat, iaitu sebanyak 46.8 peratus calon telah mendapat Band 3 atau lebih baik, berbanding 41.81 peratus pada MUET Pertengahan Tahun 2011.





    Mulai tahun ini, MPM menawarkan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun iaitu sesi Mac, Julai dan November. Pada majlis itu, Mohd Noh menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak kepada dua calon cemerlang MUET bagi tahun 2011, masing-masing bagi MUET Pertengahan Tahun 2011 dan MUET Akhir Tahun 2011. Mereka ialah Nicholas Tan Ooi Kiat dari SMK Cochrane, Kuala Lumpur dan Joy Lee Xing Pei dari SMK Tinggi Kluang, Johor, kedua-duanya memperoleh Band 6. - BERNAMA






    Sumber

















    Teruskan membaca..

    Tuesday, March 6, 2012

    'Teksi' di landasan kereta api

    Sebuah troli yang membawa beberapa pemunpang
    bergerak di atas sebuah landasan kereta api di Manila.




    'Teksi' di landasan kereta api



    MANILA - Sebuah troli yang diubah suai

    untuk membawa lapan penumpang bergerak

    di atas landasan kereta api di sini.





    'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia

    merupakan antara pengangkutan awam

    yang menawarkan tambang murah.





    Troli itu bergerak sejauh dua kilometer

    dan setiap penumpang dikenakan

    bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70).


    - REUTERS






    Sumber










    Teruskan membaca..

    Dua set Upin dan Ipin




    Dua set Upin dan Ipin




    DUA karakter animasi cilik yang merupakan adik-beradik kembar, Upin dan Ipin, bukan sahaja dikenali di seluruh Malaysia, malah di arena hiburan antarabangsa.

    Karakter untuk filem animasi dalam bentuk tiga dimensi (3D) pertama di Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula ini juga berjaya memenangi pelbagai anugerah dan baru-baru ini, ia dinobatkan sebagai Animasi Paling Berjaya dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records 2011.

    Apa yang membanggakan, filem animasi pertamanya terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini telah berjaya mengumpul kutipan pecah panggung mencecah RM6.3 juta.

    Melihat kepada kejayaan filem dan siri animasi di TV itu, Les' Copaque dan CTRA Production menggembleng tenaga untuk menghasilkan sebuah lagi produk yang bakal memeriahkan lagi industri hiburan tanah air iaitu pementasan teater yang diberi judul Upin & Ipin The Musical.

    Jika menerusi TV atau layar perak, ia sekadar muncul dalam bentuk animasi, namun, kesemua karakter dalam siri dan filem animasi tersebut pada kali ini 'dihidupkan' untuk dipentaskan secara langsung di pentas teater pula.

    Setelah mengadakan uji bakat yang dihadiri oleh beratus-ratus orang, empat kanak-kanak telah dipilih untuk melakonkan watak Upin dan Ipin dalam teater muzikal ini.

    Empat orang? Sebenarnya karakter Upin dan Upin disediakan dalam dua set iaitu empat orang yang dipilih dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Upin & Ipin A dan Upin & Ipin B.

    Kumpulan Upin & Ipin A masing-masing menampilkan Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril, 11 tahun dan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13 tahun manakala Faris Azim Abd Karim, 14 tahun dan Amir Johar Nadim, 11 tahun masing-masing sebagai Upin & Ipin B.

    Dua set Upin & Ipin ini akan dibahagikan kepada bahagian pertama dan kedua teater ini kelak.

    Keempat-keempat kanak-kanak tersebut mempunyai cerita masing-masing dan pengalaman yang berbeza. Kosmo! sempat menemu ramah dan mengadakan sesi bergambar bersama mereka yang bertempat di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.



    Adamme uji bakat dua kali




    Bagi Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik ini, bidang lakonan bukan perkara baharu bagi dirinya. Ia disebabkan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Kuala Lumpur ini pernah tampil dalam filem Krayon arahan Dean A. Burhanuddin pada tahun 2010.

    "Saya pernah terlibat dalam filem Krayon untuk watak Afiq. Selain itu, saya juga pernah hadiri uji bakat untuk drama Geng Bas Sekolah, namun gagal.

    "Saya juga ada terlibat dalam iklan komersial TV seperti Courts Mammoth, Astro B.yond, Giant, dan Astro Ceria. Ini kerana ibu saya memang sering bawa saya ke sesi uji bakat-uji bakat terbuka yang diadakan," tuturnya yang lebih mesra disapa sebagai Adamme.

    Cerita Adamme, semasa pertama kali ke sesi uji bakat Upin & Ipin The Musical, wujud perasaan malu dalam diri kerana baginya ketika itu dia belum bersedia sepenuhnya.

    "Ibu ada terbaca dalam surat khabar dan tiba-tiba, dia ajak saya ke Istana Budaya. Mula-mula saya rasa pelik, kenapa mak bawa saya ke sana. Sampai di sana, barulah saya sedar rupanya mak bawa saya ke uji bakat Upin & Ipin The Musical.

    "Saya hadir ke uji bakat sebanyak dua kali kerana pada uji bakat yang pertama saya seperti tidak bersedia. Saya risau tidak akan terpilih, namun pada uji bakat kali kedua, saya memang sudah betul-betul bersedia. Ibu pun berikan kata-kata semangat kepada saya," katanya yang meminati pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani.



    Danial menggigil


    UPIN & IPIN THE MUSICAL mempertaruhkan bakat empat pelakon cilik ini sebagai daya tarikan utama.



    "Saya pernah berlakon di sekolah, jadi saya tidak terlalu takut untuk berlakon di pentas Upin & Ipin The Musical.

    "Tapi mungkin kali ini dalam teater yang ditonton ramai orang, ahli keluarga dan saudara-mara mungkin saya akan menggigil," begitulah luahan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13, yang memang meminati animasi Upin & Ipin.

    Disebabkan minatnya itu, pelajar St. John Institution ini memberanikan diri untuk menghadiri uji bakat yang dijalankan apabila terlihat iklan uji bakat tersebut dalam akhbar yang dibacanya.

    Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah besar dalam menghafal skrip, namun cabaran itu hadir semasa ingin mengingati langkah tarian terutama bagi lagu berjudul Rama-Rama dan Buku yang telah dicipta khas untuk teater ini.

    Selain itu, Danial juga ada membuat rujukan untuk menjayakan wataknya dalam teater ini sebagai Ipin iaitu dengan melihat dan mengkaji semula watak animasi tersebut.

    Ceritanya lagi, ibu dan bapa sentiasa menyokong apa yang diminatinya ini dan dia berjanji tidak akan pernah mengabaikan pelajaran.



    Azim miliki studio tarian



    Jika melihat kepada tubuh kecilnya, pasti ramai yang tidak menyangka Faris Azim Abd. Karim sebenarnya sudah berusia 14 tahun dan semasa temu ramah, dia juga kelihatan paling sopan dan tertib.

    Mempunyai minat terhadap tarian breakdance, Faris juga mempunyai sebuah kumpulan tarian b-boy yang dikenali sebagai Zeppo Youngsterz selain memiliki sebuah studio tarian sendiri di rumahnya.

    Apa yang menariknya tentang Faris, kesemua koreografi tarian yang direkanya adalah hasil pembelajarannya dalam laman sosial YouTube.

    "Saya menari breakdance sejak berumur umur 11 tahun. Sebenarnya, saya datang ke uji bakat Upin & Ipin The Musical kerana ingin tunjukkan bakat tarian b-boy saya, bukan untuk berlakon.

    "Tapi selepas itu, saya disuruh berlakon dan tidak sangka pula saya berjaya mendapat watak Upin. Saya pun tidak tahu apa itu teater sebelum ini, hanya ingin mencuba nasib," jelas Faris tersenyum sipu.

    Namun, Faris mengakui kelemahannya yang sukar untuk mengekspresikan mimik muka ketika lakonan untuk menunjukkan perasaan takut dan terkejut.

    Bagaimanapun, untuk menunjukkan kesungguhannya, Faris akan tekun berlatih selama dua atau tiga jam untuk menghafal skrip dan apa yang dimahukan pengarah.



    Amir malu dengan keluarga



    Sepanjang sesi temu ramah, Amir Johar Nadim paling petah berbicara. Ada sahaja yang ingin disoal dan dijawabnya. Bagi Amir yang berusia 11 tahun ini, berlakon di pentas teater yang ditonton oleh ramai orang tidak menjadi masalah buat dirinya.

    "Saya sudah biasa berlakon dan saya pernah pegang watak sebagai Hafiz dalam drama siri Geng Bas Sekolah semasa tahun dua dan tiga. Selepas itu, saya pernah juga tampil dalam sebuah telemovie, Tak Khatam Dah Khatan yang disiarkan di Astro Prima.

    "Saya tidak berapa risau untuk berlakon teater sebab saya pernah berlakon dalam teater Lat The Kampung Boy menjadi budak kampung," cerita anak keempat dari lima orang adik-beradik ini.

    Tambahnya, dia memang minat bidang lakonan. Ibu bapanya juga sentiasa menyokong kerjaya yang diminati pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini.

    "Saya memang minat berlakon. Ibu saya yang memberi galakan kepada saya untuk mencuba dalam bidang lakonan.

    "Saya tidak malu dengan orang ramai, tapi malu dengan keluarga saya sendiri, tambahan pula apabila saya terlihat mereka berada di hadapan kelak," akhirinya.






    Sumber









    Teruskan membaca..

    Punca pelajar gagal kuasai subjek



    Bahasa Arab, Mandarin lemah


    MURID sedang mempraktik bahasa Mandarin pada pemidang.
    MURID sedang mempraktik bahasa Mandarin pada pemidang.





    Guru tak terlatih, tiada makmal bahasa punca pelajar gagal kuasai subjek






    GURU tidak terlatih dan tidak tersenarai antara lima subjek dinilai peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikesan antara punca penguasaan murid bagi dua subjek elektif iaitu bahasa Arab dan Mandarin berada pada tahap kurang memuaskan.






    Turut menyumbang kepada kekangan penguasaan bahasa antarabangsa itu ialah kebanyakan murid hanya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas sedangkan kegiatan itu perlu dijalankan di makmal bahasa.





    Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Dr Mohd Nor Mohd Taib, berkata pada keseluruhannya pencapaian murid mengikuti subjek itu hanya menguasai perkataan asas seperti nama, khabar, asal dan arah sesuatu tempat.






    Katanya, pada dasarnya P&P dua mata pelajaran itu bergantung kepada kemampuan sekolah melaksanakannya dengan mengambil kira kepakaran guru.






    “Bagi sekolah yang tiada kepakaran dan gagal menyediakan kemudahan makmal, sukar melaksanakan proses P&P dengan berkesan.






    “Subjek elektif ini sebenarnya dikhususkan kepada murid bukan penutur bahasa terbabit dan mengikuti persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK),” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.





    Dr Mohd Nor berkata, berdasarkan statistik seramai 1.5 juta murid mengikuti pembelajaran bahasa Arab di 4,776 sekolah di seluruh negara sehingga 2010 manakala bahasa Mandarin seramai 34,449 di 461 sekolah sehingga awal tahun lalu.





    Mengenai murid Cina dan India bukan Islam yang mengikuti pembelajaran bahasa Arab, beliau berkata jumlahnya terlalu rendah iaitu sekitar seorang hingga lima orang di seluruh negara.






    Bagaimanapun katanya, ramai murid Melayu dan India mengikuti subjek bahasa Mandarin berikutan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan menguasai bahasa berkenaan.










    Teruskan membaca..

    Monday, March 5, 2012

    Mengukuh keyakinan kepada Allah








    Mengukuh keyakinan kepada Allah



    SETIAP hari kita memohon doa ke hadrat Allah SWT sama ada pada waktu malam atau pun siang. Namun doa yang kita baca, lafaz yang dipohon kepada-Nya itu adakah dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan?




    Soalan ini perlu kita tanya pada diri sendiri dan perlu dijawab dengan penuh jujur dan keikhlasan. Ini kerana kita mesti meyakinkan Allah dengan keyakinan yang sekuat-kuatnya tanpa batasan.




    Keyakinan dengan penuh tulus dan keikhlasan tanpa kepentingan-kepentingan tertentu. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini di atas segala kekuasaan Allah SWT, Yang Maha Menguasai dan Maha Mengetahui.




    Firman Allah SWT yang bermaksud:





    " Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: "Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada Kami dan benarlah (Apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya" dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. "

    (al-Ahzab: 22)






    Pada umumnya kehidupan manusia bergantung kepada suasana keadaan sekeliling. Namun bagi mukmin yang bertakwa kepada Allah SWT perlu meyakini bahawa kehidupan ini adalah ketentuan dan ketetapan Allah di samping usaha yang dilakukan dan tawakal kepada Allah SWT.






    Ini diperkukuh lagi dengan doa atau kata-kata yang sentiasa terucap di bibir, "Ya Allah aku sambut panggilan-Mu, aku menerima perintah-Mu dan aku reda atas kehendak-Mu."







    Allah SWT juga berkuasa menentukan dan menetapkan segala sesuatu dengan hukum dan peraturan tertentu. Ini seperti ketentuan pergerakan bulan dan matahari dan juga yang lain.







    Sesungguhnya Allah SWT melakukan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya yang mencipta keselamatan dan kemakmuran.







    Dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Ibrahim yang ditangkap oleh kaum kafir dan mencampakkan Nabi Ibrahim ke dalam api.







    Kisah ini difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:






    " ...(setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah Dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! "


    (al-Anbiya': 68).






    Selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud: Kami berfirman:





    "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim. Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).


    (al-Anbiya': 69-70)








    Mengapakah Allah, tidak menyelamatkan Nabi Ibrahim terlebih dahulu sebelum dicampak ke dalam api? Tentunya kita meyakini bahawa Allah SWT Maha berkuasa dan Maha Mengetahui.







    Siapakah yang dapat berkomunikasi dengan api dan mengubah sifatnya yang membakar dan panas itu selain daripada Allah SWT?







    Contoh lain yang dapat meningkatkan lagi keyakinan kita kepada Allah SWT ialah tentang kelahiran Nabi Musa dalam lingkungan orang-orang kafir.







    Firman Allah SWT yang bermaksud:







    " Setelah itu Dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya Dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; Sesungguhnya Firaun dan Hamman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah. "


    (al-Qasas: 8)







    Begitulah kekuasaan Allah SWT yang boleh melakukan sesuatu di luar pemikiran dan kemampuan manusia. Keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT perlu dibina sejak dari kecil lagi khususnya mulai zaman kanak-kanak.








    Pembinaan ini penting bagi memastikan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah SWT tidak akan pudar walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan godaan.








    Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang ketika itu masih kecil dengan sabdanya yang bermaksud:






    "Engkau perlu tahu sekiranya terdapat manusia yang hendak merosakkan kamu, mereka tidak akan dapat melakukan kecuali jika telah tertulis dan ketetapan Allah sebagai takdir engkau."




    (Riwayat Tirmidzi: 2516)







    Yakin pada Allah






    Berdasarkan kisah tersebut, Rasulullah telah memberikan pendidikan tentang perlunya keyakinan yang tinggi kepada Allah di kalangan kanak-kanak.








    Sesungguhnya Allah SWT Maha berkuasa, Allah dapat mengubah hukum alam dengan mudah dan cepat, memberikan keselamatan dalam keadaan bahaya, melahirkan seorang nabi di kalangan orang kafir, mengeluarkan air dari celah-celah batu dan juga mampu menghidupkan manusia atau haiwan yang telah mati.







    Firman Allah SWT yang bermaksud:






    " Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukullah si mati Dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya.


    (al-Baqarah: 72-73).







    Peristiwa di atas menjelaskan tentang satu kejadian bunuh telah berlaku, namun tidak diketahui pembunuhnya "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota lembu betina yang telah disembelih".







    Dengan izin Allah orang itu akan hidup kembali dan memberitahu pembunuhnya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.







    Bukan itu sahaja, tetapi banyak lagi peristiwa yang menggambarkan dan membuktikan kekuasaan Allah SWT dan amat bermakna bagi orang yang berfikir.







    Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Allah Ismail a.s, pisau tajam yang sepatutnya menyembelih leher Nabi Ismail tidak boleh menyembelih leher Nabi Allah Ismail, api yang membakar Nabi Ibrahim sepatutnya panas tetapi berubah menjadi sejuk, Allah SWT memerintahkan ikan yu supaya menelan Nabi Yunus a.s, Allah membelah laut yang luas demi menyelamatkan Nabi Musa dan pelbagai peristiwa lain yang menggambarkan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.







    Sebagai seorang Muslim, kita wajib meyakini bahawa Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya Allah jua yang akan menyelamatkan umat Islam dan Islam daripada musuh-musuh-Nya.







    Jika keyakinan kita kepada Allah SWT benar-benar mantap dalam diri dan jiwa, sudah tentu kita akan terus meyakini Allah SWT dalam apa jua keadaan yang mendatang.














    Sumber













    Teruskan membaca..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...