Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, November 13, 2011

Aktif bersenam pintar matematik



Aktif bersenam pintar matematik



BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.




Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.




Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).




Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.




Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.




Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.






MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.



Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.




Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.




Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.




Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.







Teruskan membaca..

Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011



Malaysia juara tumpaskan Australia




PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan
menjuarai Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun
Piala Sultan Johor 2011 malam tadi.
Malaysia menang 3-2 ke atas Australia.


MALAYSIA mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi.


Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.


Berita penuh di sini Kosmo!Online





Teruskan membaca..

Pingat emas pertama buat kontinjen negara



Hadiah perkahwinan



















NUR SURYANI (kiri) dan Nur Ayuni Farhana (kanan) berkongsi kegembiraan bersama jurulatih, Zhukova Natalya (tengah) selepas masing-masing memenangi pingat emas dan gangsa di Palembang semalam.



PALEMBANG - Penembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2011 selepas menjuarai acara 50m rifel 3 posisi wanita di Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang semalam.




Berita penuh di sini Kosmo! Online








Teruskan membaca..

Pengakap Labuan sertai Jambori Pengakap Kebangsaan 2011


Pengakap Labuan sertai Jambori Pengakap Kebangsaan 2011



SEBAHAGIAN 40 pemimpin dan ahli pengakap
Wilayah Persekutuan Labuan akan menyertai Jambori Malaysia ke-12
dan Terengganu International Jamboree di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu
pada 19 hingga 25 November ini.



LABUAN 11 Nov. - Seramai 40 pemimpin dan ahli pengakap Wilayah Persekutuan Labuan akan menyertai Jambori Malaysia ke-12 dan Terengganu International Jamboree di Kem Telaga Batin, Kuala Terengganu, Terengganu pada 19 hingga 25 November ini.



Yang Dipertua, Majlis Pengakap Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu, seramai 28 peserta merupakan ahli pengakap yang mewakili pelajar sekolah rendah dan menengah.



''Saya mahu ahli pengakap mengambil peluang terbaik ini untuk mengenali lebih dekat persatuan pengakap dari negeri lain dan menyelami adat resam di Kuala Terengganu untuk dikongsi bersama dengan rakan mereka sekembali ke Labuan nanti," katanya.



Beliau berucap pada majlis penyerahan bendera Wilayah Persekutuan Labuan yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal di Dewan Datuk Mohamad Omar Bledram, Bangunan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), semalam.



Pada majlis itu, Yussof yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menyerahkan sumbangan Pejabat Ahli Parlimen Labuan sebanyak RM5,000 kepada Pesuruhjaya Pengakap Labuan, Hong Hee Chee.



Hee Chee turut menerima sumbangan daripada Asian Supply Base (ASB) sebanyak RM6,000; Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management, Mohd Alias Abdul Rahman (RM6,000) dan Perbadanan Feri Labuan sebanyak RM3,000.



Dalam pada itu, Mistirine yang juga Pengarah Jabatan Pelajaran Labuan mengingatkan para peserta jambori tersebut supaya sentiasa menjaga nama baik Labuan.



''Anda merupakan duta kecil untuk mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan, pendidikan, ekonomi dan makanan yang terkenal di negara ini," katanya.






Teruskan membaca..

Bacakanlah buku pada anak


Bacakanlah buku pada anak



Perkembangan intelektual kanak-kanak merujuk kepada proses keupayaan pembelajaran yang diperolehinya semasa dia membesar. Sesetengah ibu bapa mungkin tertanya mengapa anak-anak rakan mereka lebih bijak daripada anak mereka walaupun menghadiri tadika yang sama.




Atau pun mengapa kanak-kanak lain yang berumur setahun telah mula bercakap sedangkan anak mereka tidak. Anda harus ingat bahawa setiap kanak-kanak berkembang pada kadar yang berbeza. Namun, jika anda mengesan perkembangan anak anda adalah lebih perlahan, terdapat beberapa ujian yang diguna oleh pakar psikologi untuk menilai perkembangan intelektual (IQ) anak anda.




Ujian-ujian yang lazim digunakan:



- Stanford-Binet


- Ujian kecerdasan minda Peabody Picture


- Ujian kosa kata Bayley Scales of





Kecerdasan diwarisi?




Ramai beranggapan bahawa otak dan seterusnya, kecerdasan ditentukan oleh genetik. Namun, kajian baru menunjukkan perkembangan otak kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh persekitaran semasa zaman kanak-kanaknya seperti pemakanan, perubatan, emosi, dan sokongan intelektual yang optimum. Otak seseorang kanak-kanak mudah terpengaruh dengan pengalaman yang berbeza dan seterusnya menyebabkan perkembangan otak dalam cara yang berbeza. Apabila anak membesar, keupayaannya untuk menguasai bahasa, menyelesaikan masalah, dan berinteraksi dengan orang lain dipengaruhi oleh pengalamannya semasa dia masih kecil. Pengalaman yang baik akan membantu perkembangan otak yang baik, sementara pengabaian dan penderaan akan menyebabkan kanak-kanak lebih cenderung kepada pelbagai masalah seperti IQ yang lebih rendah ataupun gangguan emosi.




Ibu bapa adalah penjaga anak, justeru mereka merupakan individu utama untuk membantu anak belajar dan berkembang dari segi mental. Rangsangan dan interaksi merupakan aspek yang paling penting untuk perkembangan otak. Berikut adalah cara-cara yang boleh menggalakkan anak anda untuk belajar dan berkembang dengan baik:




1. Apabila dia mula "bercakap". Anak anda sering memerhatikan gerak-geri anda kerana dia tertarik kepada pelbagai bunyi yang dihasilkan oleh peti suara anda. Balas bunyi-bunyian anak anda dan berikan senyuman, bercakap dengannya dan namakan objek yang anda pegang atau biasa dimain olehnya. Membaca bersama juga membantu anak mempelajari kepentingan bertutur, walaupun dia masih tidak faham atau tidak dapat mengulangi perkataan-perkataan tersebut.




2. Apabila dia mula menunjukkan minat terhadap apa yang dilihat. Anak anda ingin tahu tentang perkara di sekitarnya. Galakkan sifat ingin tahu anak dan membantu merangsangkan pemikiran dan pembelajarannya dengan menggunakan alat permainan seperti blok yang berbeza bentuk dan warna. Tunjukkan gambar-gambar haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran atau kenderaan kepadanya. Anda juga boleh menceritakan kepadanya tentang perkara yang dialami oleh anda setiap hari.




3. Apabila dia mula bergerak. Anda boleh membantu merangsang sensasi sentuhannya menggunakan objek atau alat permainan yang berlainan tekstur, saiz dan bentuk. Anda juga boleh menggantung alat mainan bergerak pada katil bayi untuk membantu memperkembangkan kemahiran motor anak dengan menggalakkan pergerakan tangan dan kakinya semasa dia cuba menyentuh objek tersebut. Apabila dia mencapai umur 13-17 bulan, anda boleh memegang tangannya dan berjalan bersama-sama sambil membenarkan dia menerokai alam sekelilingnya. Cuba memberi peluang kepadanya untuk berjalan sendiri, tetapi anda harus memastikan persekitaran tersebut adalah selamat untuk berbuat demikian.




Pemakanan



Selain daripada rangsangan dan interaksi, pemakanan yang sihat adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Sesetengah nutrien seperti phospholipids, omega 3 dan omega 6, docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) penting untuk perkembangan otak yang baik. Nutrien-nutrien ini terdapat dalam soya, telur, ikan berlemak seperti tuna dan sardin, serta walnut.




Taurine, choline dan zat besi adalah micronutrien yang penting untuk menyambung rangkaian antara sel-sel otak. Sumber makanan yang mengandungi nutrien termasuk kekacang, sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, brokoli, kuning telur dan daging.




Nutrien lain yang turut penting seperti antioksidan (lutein, selenium, vitamin A, C dan E) dan zink, adalah berfungsi untuk melindungi sel-sel otak. Anda boleh memperolehi nutrien ini daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, teh, prun dan juga keju.




Jangan lupa anak anda perlu makan pelbagai jenis makanan untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan. Produk susu adalah sumber makanan yang baik yang mengandungi pelbagai nutrien. Ibu harus mendapatkan formula susu yang telah dan diuji secara saintifik di kalangan kanak-kanak.




Profesor Dr. Norimah A. Karim ialah pakar pemakanan dan Woo Pei Jun merupakan pensyarah serta pakar psikologi perkembangan.




Rencana ini adalah sumbangan Program Pemakanan di bawah Program Asuhan Positif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia, dan disokong oleh geran pendidikan daripada Abbott Nutrition International. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web www.mypositiveparenting.org.




Oleh Profesor Dr. Norimah A. Karim & Woo Pei Jun.






Teruskan membaca..

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011




http://panduankit.com/wp-content/plugins/rss-poster/cache/5c59a_spm-2010-1.jpg



JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011



Selamat menduduki peperiksaan

SPM untuk semua calon

SPM 2011.


Semoga semua


sukses cemerlang.


."Manjadda Wajada".

Siapa yang berusaha,akan berjaya


Semoga Allah swt permudahkan.









Teruskan membaca..

Projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran




Projek Rintis

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Tahun 2012,

Guru Kerja Sembilan Jam sehari??


Guru jangan panik dengan projek rintis kerja sembilan jam – Bernama



ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran. Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.




"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya.




Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.




"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.




"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya.




Fakta mengenai Projek Rintis KPM 2012:




1. Berasaskan kajian di Melaka Tengah untuk mengenalpasti tempoh masa bekerja ideal bagi guru.




2. Dilaksanakan mulai Januari 2012 dalam tempoh 6 bulan pada peringkat PERCUBAAN




3. Negeri yang terpilih untuk percubaan : Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak .

(Hanya sekolah yang terpilih sahaja) – 104 sekolah, 5000 guru




4. Projek rintis ini untuk mengkaji sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.




5. Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.





Guru-guru jangan panik - Wee Ka Siong




ALOR SETAR 12 Nov. - Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari masih di peringkat kajian dan belum ada sebarang keputusan untuk memperluaskannya ke seluruh negara tahun depan.



Justeru itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, para guru diminta tidak panik dengan percubaan projek itu di empat negeri kerana kementerian juga menyedari terdapat beberapa kekangan untuk ia dilaksanakan di semua negeri.



"Sebagai contoh, masih terdapat sekolah yang guru-gurunya berkongsi meja di bilik guru iaitu apabila guru sesi pagi balik, maka guru sesi petang pula akan gunakan meja berkenaan.



"Jadi, kalau guru sesi pagi balik lewat bagaimana pula guru sesi petang hendak menggunakan meja bilik guru," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kedah di Jalan Pegawai di sini, hari ini.



Turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.



Semalam, Hashim berkata, kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan.



Ka Siong berkata, melalui projek itu, guru-guru akan bekerja mengikut dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang, namun kementerian akan melihat realiti sebenar dalam pelaksanaannya.



Kata beliau, setiap input dan cadangan pelbagai pihak akan diambil kira sebelum cadangan itu dibawa kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan membuat keputusan selanjutnya.



Menurut Ka Siong, kementerian sentiasa sedar bahawa tugas guru melebihi masa bekerja di sekolah bahkan terpaksa menghadiri majlis dan program pada musim cuti sekolah selain menjadi rujukan para pelajar tanpa mengira waktu.



Sumber : Utusan Malaysia Online




Teruskan membaca..

Friday, November 11, 2011

Ingat Allah saat getir mahupun kelapangan





Didik anak dekati agama tidak kira waktu susah, senang


 MEMBACA surah Yasin dan doa selepas solat hajat menjelang peperiksaan suatu amalan baik.
MEMBACA surah Yasin dan doa selepas solat hajat
menjelang peperiksaan suatu amalan baik.





TIBA saat anak ingin menghadapi peperiksaan
khususnya peperiksaan penting seperti
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),
ibu bapa selalunya berdepan
kerisauan serta debaran.





Pelbagai usaha dilakukan bagi
memastikan anak dapat menduduki
peperiksaan dengan tenang dan mudah
menjawab soalan. Hingga ada ibu bapa
sanggup mengambil cuti menemani anak
mengulangkaji pelajaran.





Sikap ini memang baik dan digalakkan
kerana anak juga akan berasa gembira
dengan perhatian diberikan ibu bapa.
Malah, kesungguhan ibu bapa boleh menjadi
pembakar semangat kepada anak
melakukan yang terbaik.







Selain perhatian, ada ibu bapa
yang tidak jemu memanjatkan doa
kepada Allah demi kebaikan anak mereka
termasuk menunaikan solat sunat hajat
memohon dipermudahkan supaya anak
mencapai kejayaan cemerlang.







Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:



“Tiga jenis doa yang mustajab yang tidak
diragukan keajaibannya adalah
doa orang tua untuk anaknya,
doa orang musafir dan
doa orang yang dizalimi.”
(Hadis riwayat Bukhari-Muslim)






Ingatlah bahawa doa ibu bapa itu
umpama doa nabi kepada umatnya.
Begitulah hebat dan mulia kedudukan ibu bapa
terhadap anaknya.




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Doa orang tua
untuk anaknya bagaikan
doa nabi untuk umatnya.”
(Hadis riwayat al-Dailami)




Bagaimanapun, usaha itu sebaiknya
dilakukan bersama oleh ibu bapa
dan anak yang ingin menduduki peperiksaan
supaya mereka juga dibimbing untuk
menyerahkan segala pengorbanan dibuat
kepada Yang Maha Berkuasa.




Adalah lebih baik bagi anak itu sendiri
menunaikan solat sunat hajat dan menyampaikan
hasrat mereka kepada Allah selepas
segala usaha mengulangkaji serta
membuat latihan dilakukan secara berterusan.





Imam al-Ghazali berkata:

“Solat tahajud ataupun qiamullail adalah
solat nabi dan rasul. Bangunlah
pada malam yang terakhir dan gunakan
waktumu untuk meminta hajatmu,
nescaya akan segera ditunaikan Allah.”





Sepatutnya pesanan al-Ghazali ini
mampu merangsang ibu bapa
untuk bangun malam dan mengajak
seisi keluarga bersama menunaikan
solat tahajud serta menggunakan waktu afdal
berkenaan untuk memohon doa
buat kejayaan anak mereka.





Memberi penekanan kepada anak
mengenai kepentingan solat wajib
dan sunat membantu mereka membina
ketenangan jiwa sekali gus memiliki
perwatakan hati yang murni.
Jiwa kental menghadapi cabaran
peperiksaan juga berupaya
digarap dengan baik.





Maka, didiklah anak supaya
tidak cuai dalam solat fardu dan rajin
melaksanakan solat sunat.
Didik mereka supaya menjadikan
pendekatan berdoa kepada Allah
sebagai rutin harian hidup sama ada
semasa berdepan situasi getir
mahupun di kala kelapangan.





Percayalah, anak yang dibentuk
dengan nilai agama yang utuh,
akan melekat di jiwa perasaan
cintakan agama dan bersahsiah terpuji.
Cabaran zaman penuh dugaan ini
akan mampu ditangani apabila
mereka dewasa nanti.





Ada beranggapan waktu hampir
peperiksaan bukan masa sesuai mengganggu anak.
Pandangan ini tidak tepat kerana
mendidik anak supaya dekat kepada Allah
tidak mengira masa atau keadaan.





Jangan hanya ketika berdepan ujian
kita mula mendekatkan diri kepada Allah
kerana mengharapkan bantuan-Nya
tetapi pada masa lain, perkara itu
tidak dipandang berat.
Tidak kira apa keadaan atau sebabnya,
hubungan hamba dengan
Allah tidak pernah putus.





Kesungguhan ibu bapa menerapkan elemen
beragama yang mantap akan dibalas Allah
dengan membuahkan kecemerlangan
buat anak-anak. Allah melihat dan menilai
apa saja perbuatan kita.
Setiap perbuatan baik
akan dibalas dengan kebaikan.








Sumber :Berita Harian Online










Teruskan membaca..

Thursday, November 10, 2011

Bantuan persekolahan RM100 dibayar serta merta: Muhyiddin





Bantuan persekolahan RM100

dibayar serta merta: Muhyiddin





KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.





Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.




Bagaimanapun, bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.




Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.






"Bila (pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah," katanya selepas menghadiri majlis "Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor" di kolej itu di sini, hari ini.






Beliau berkata, pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju untuk buka akaun sementara.

Beliau berkata sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar.




Katanya, lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu.





Muhyiddin berkata, semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.






Menyentuh mengenai elaun bulanan pelajar matrikulasi yang kini hanya RM250 sebulan, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menaikkan elaun tersebut.






Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan, dan pada dasarnya sudah dipersetujui selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup pada masa kini.






"Kalau kita hendak ikut bayaran yang dibayar di sesetengah pra-sekolah lain iaitu kira-kira RM400 (dan) kita perlukan peruntukan sebanyak RM50 juta.






"Ini kita akan teliti kalaupun tidak naikan ke kadar yang sama tetapi kita akan tingkatkan (elaun) dan jumlahnya kita akan tetapkan tidak berapa lama lagi," katanya.






Mengulas jaminan pelajar lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti berikutan universiti juga mempunyai program pra-universitinya sendiri, Muhyiddin mengakui wujudnya persaingan kerana kewujudan program pra-universiti tidak dimaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.






Beliau memberi jaminan untuk membincangkan perkara itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan perancangan lebih teliti dibuat dalam usaha memastikan lepasan matrikulasi mendapat tempat di universiti dan mendapat kursus yang diingini.






Muhyiddin dalam pada itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang maut

akibat ditetak di luar rumah sewanya di Malang, Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.





Beliau berkata, pihaknya sudah meminta wakil Malaysia di Indonesia supaya mendesak pihak berkuasa Indonesia melakukan siasatan menyeluruh sehingga tertangkapnya penjenayah yang bertanggungjawab atas kematian pelajar itu.







Adrian, 23, mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur mati disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam oleh orang yang tidak dikenali. - BERNAMA










Guru besar boleh minta polis iringi wang bantuan



ALOR SETAR 12 Nov. - Guru besar dan pengetua sekolah boleh meminta bantuan anggota polis bagi mengiringi mereka membawa wang bantuan khas awal persekolahan yang dikeluarkan dari bank ke sekolah untuk diagihkan kepada pelajar.



Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, langkah itu boleh diambil jika jumlah wang bantuan khas itu dibawa dalam kuantiti yang besar memandangkan jumlah pelajar yang ramai di sesebuah sekolah.



"Jika sebuah sekolah ada 2,000 pelajar, maknanya sekolah itu akan membawa pulang wang tunai RM200,000 ke sekolah jadi kementerian telah berbincang dengan pihak polis agar mengiringi mereka ketika wang itu dibawa," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kedah di Jalan Pegawai, di sini hari ini.



Turut hadir, Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.



Ka Siong mengulas langkah kerajaan mengagih wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 seorang kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara seperti diumumkan dalam Bajet 2012 melalui akaun sekolah masing-masing.



Ka Siong berkata, para pengetua diminta mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya dan tidak perlu berasa bimbang hendak menguruskan wang berkenaan.



Selain itu, beliau berkata, bantuan wang tersebut dijangka mula diagihkan di Sabah dan Sarawak pada minggu depan.



Sumber : Utusan Malaysia Online








Teruskan membaca..

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011










Keputusan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) bagi tahun 2011 akan
diumumkan di seluruh negara
pada hari Khamis 17 November 2011 ini.



Mereka yang menduduki UPSR 2011
boleh menyemak keputusan daripada sekolah
masing-masing mulai pukul 10:00 pagi hari tersebut.



Seramai 497,691 pelajar berbanding
tahun lepas 494,493 pelajar
di seluruh negara telah mendaftar
dan menduduki peperiksaan UPSR.


Sementara itu Majlis Pengumuman Analisis KeputusanUPSR 2011 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 17 November 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.



Calon-calon dengan keputusan UPSR 2011
yang cemerlang boleh cuba memohon memasuki
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM),
Kelas Rancangan Khas (KRK),
Kelas Aliran Agama (KAA),
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Asrama Harian atau Sekolah Agama Menengah (SAM)
di bawah Jabatan Agama Negeri.












Teruskan membaca..

Semak supaya tidak tersalah pilih



Ibu bapa diminta


semak status sekolah anak


Disember ini




KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ibu bapa murid tahun enam yang mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun ini, diminta menyemak status sekolah menengah anak mereka lebih awal mulai bulan depan.



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan awal itu bertujuan untuk memastikan murid tahun enam program PPSMI tidak tersalah pilih sekolah menengah kerana tidak semua sekolah menengah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.



Menurut beliau, semakan awal mampu memudahkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mencari sekolah menengah di kawasan perumahan murid terbabit yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagi memastikan pembelajaran tidak terganggu.



"Langkah ini bagi melicinkan sistem peralihan dan ia hanya membabitkan pelajar tahun enam bagi tahun ini. Sebab itu untuk menentukan proses peralihan ini berjalan lancar, saya sudah mengarahkan Kementerian Pelajaran mengambil langkah awal mulai bulan depan.



"Jadi kita minta ibu bapa semak sekolah anak mereka lebih awal. Pihak PPD akan memaklumkan sekolah menengah mana di sekitar kediaman mereka yang mempunyai sesi pengajaran yang sesuai dengan anak mereka," katanya semasa ditemubual pada program Soal Jawab di Sri Pentas, di sini, hari ini.



Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, bagi murid tahun dua dan pelajar tingkatan dua pada tahun ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk memilih bahasa pengantar bagi pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik kerana ia tidak melibatkan pertukaran sekolah.



Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin sekali lagi menafikan keputusan pemansuhan PPSMI adalah keputusan 'flip-flop' kerajaan kerana jelasnya, kajian terperinci sudah dilaksanakan sekian lama dengan mengambil kira semua pandangan sebelum keputusan dimuktamadkan.



Malah katanya, keputusan kepimpinan terdahulu melaksanakan PPSMI juga sebenarnya bertujuan murni iaitu bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah tetapi malangnya ia tidak memberi hasil sebagaimana diharapkan, menyebabkan ia terpaksa dihentikan.



Utusan Malaysia Online







Teruskan membaca..

Tuesday, November 8, 2011

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PELAKSANAAN PEMANSUHAN BERPERINGKAT PPSMI


muhyiddin





KENYATAAN AKHBAR






YAB TAN SRI



DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA



DAN MENTERI PELAJARAN






MENGENAI PELAKSANAAN





PEMANSUHAN BERPERINGKAT PPSMI











Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).





Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.





Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan pemansuhan secara berperingkat.





Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.





Walaubagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.





Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.





Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.





Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.





Bagi murid yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.





Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.





Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.





Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.





Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.





Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.





Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.





Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.





Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.





Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.





Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.






Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri


4 November 2011









Teruskan membaca..

Monday, November 7, 2011

Cara mentelaah pelajaran.


“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis
sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”






KAEDAH-KAEDAH BELAJAR


JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar

bagaimana kejayaan menyusuli setiap

usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula

bagaimana harus memulakan usaha

supaya apa yang dilakukan itu

akan memberi hasil

yang baik dan memuaskan.

Ya !

Setiap orang harus memikirkan soal ini.




Walaupun cara mentelaah pelajaran

yang baik tidak sama pada setiap orang

dan mengikut jenis pelajaran

tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.




Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran

tidak sahaja bergantung kepada

kebolehan dan kekuatan berusaha.

Tetapi ia juga bersandar

pada cara atau teknik belajar.

Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu

dapat melakukan sesuatu dengan mudah

dalam masa-masa yang tertentu

dengan kebolehan dan kemampuan dirinya.

Tetapi bukanlah faktor yang utama

yang menafikan faktor yang lain.




Keterangan-keterangan berikut

mengandungi punca-punca yang akan

membantu kejayaan seseorang itu :



(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa

………….. 50 – 60 %


(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara

mentelaah yang memberi kesan

………………………. 30 -40 %


(c) Nasib dan faktor persekitaran

……………………………. 10 – 15 %




Kebolehan sebenarnya dapat

menolong seseorang ke arah kejayaan itu

tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai.

Ramai di antara pelajar yang bijak

kecewa terutama dalam subjek-subjek

yang sukar seperti Matematik dan Sains.

Sebab utamanya para pelajar

tidak merangkumi keseluruhan teknik

yang diperlukan atau tidak pernah

memikirkan cara-cara

untuk belajar dengan berkesan.

Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .



JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :



1. Adakah kamu mempunyai

rancangan jadual melakukan sesuatu

setiap hari ?

Ya / Tidak



2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ?

Ya / Tidak



3. Adakah kamu menghadapi

sebarang masalah apabila hendak

memulakan study kamu ?

Ya / Tidak



4. Adakah kamu memulakan

pelajaran tepat pada

waktunya ?

Ya / Tidak



5. Adakah kamu berasa

tugas kamu menarik ?

Ya / Tidak



6. Adakah kamu berbincang

tentang sesuatu perkara yang telah

dibaca bersama-sama orang lain ?

Ya / Tidak



7. Pernahkah kamu bertanya

apa yang kamu kurang faham

atau tidak mengetahuinya ?

Ya / Tidak



8. Pernahkah kamu membuat kajian

sepintas lalu dahulu sebelum

membaca dengan teliti ?

Ya / Tidak



9. Adakah kamu tidak memberi

perhatian kepada jadual dan rajah

semasa membaca ?

Ya / Tidak



10. Adakah kamu menyimpan nota-nota

mengenai satu pelajaran di

tempat yang sama ?

Ya / Tidak



11. Adakah kamu membuat

catatan,rajah,jawapan dan sebagainya

daripada apa yang dibaca dalam

perkataan sendiri ?

Ya / Tidak



12. Adakah kamu bersedia

untuk peperiksaan sehingga

larut malam ?

Ya / Tidak



13. Adakah kamu mendapat

tidur atau kerehatan

yang cukup ?

Ya / Tidak



14. Adakah kamu mendapat

markah yang rendah jika ujian dibuat

secara tidak disangka-sangka ?

Ya / Tidak




JAWAPAN :


1. Ya 8. Ya


2. Ya 9. Tidak

3. Tidak 10. Ya


4. Ya 11. Ya


5. Ya 12. Tidak


6. Ya 13. Ya


7. Ya 14. Tidak



Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri

sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi.

Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu

telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya?




Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas

maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang?




Cuba analisis diri

dengan berpandukan jadual berikut :


Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya


Tidur / 6 – 7 jam


Makan / 1 jam 15 minit


Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam


Belajar / 4 jam


Kelab,persatuan,sukan / 2 jam


Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam


Perjalanan / 1 jam


Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam



Jumlah / 24 jam



Masa belajar setiap hari

mesti tidak kurang 4 jam.

Jika tidak dapat dicapai maka kamu

mesti berfikir secara serius, kenapa?

Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring

atas katil melebihi 8 jam?

Atau mungkin juga akiviti sosial

dan lain-lain pekerjaan yang perlu

memakan masa lebih daripada 2 jam.

Umpamanya berbual-bual kosong,

menonton TV atau mandi yang terlalu lama.




Ingatlah “masa itu emas”.

Sekiranya ia berlalu kamu tidak dapat memilikinya lagi.

Mengikut kata pujangga:

“Hari kelmarin sudah pun pergi,

hari ini pasti ada ;

hari esok belum tentu bahagia”.

Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini

untuk menyediakan hari esok yang akan tiba.

Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.

Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.




Biasakan diri dengan tabiat membaca

umpamanya sementara menunggu bas,

semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku

dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya

pada pelajaran.




Kelulusan kamu sama ada,

peringkat cemerlang (Distinction),

kepujian (credit) atau lulus (pass) bergantung kepada

pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan.

Kalau kamu bertekad mendapat

Pangkat A1 atau A2,

kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa

seperti orang yang mahu mendapatkan

pangkat lebih daripada A1.

Dan kalau kamu

ingin mendapat kepujian (katakan C6)

curahkan tenaga untuk mendapatkan A2.

Ringkasnya , curahkan tenaga berkali-kali ganda

lebih banyak atau tinggi daripada

apa yang dicita-citakan.




Anda harus

mempunyai rasa tanggungjawab

dan disiplin diri.

Orang yang bertanggungjawab

akan berusaha besungguh-sungguh

agar lulus dengan baik.

Dia sedar akan maruahnya .




Masalah besar yang dihadapi

oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman)

pengaruh luar seperti kawan, permainan,

kelab, hiburan dan seumpamanya .

Semua ini akan berjaya mematahkan

semangat dan memesongkan haluan kamu

jika azam kamu tidak kuat ,

matlamat tidak bulat dan padu.




Segala usaha dan ikhtiar akan

dibalas baik jika dilakukan dengan betul

dan bersungguh-sungguh.

Ucapkan nama Tuhan sebelum

memulakan sesuatu pekerjaan atau aktiviti.


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR


Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :



a. Keadaan tempat duduk, bilik atau seumpamanya mesti sesuai .

Belajar secara duduk tegak

lebih baik daripada

berbaring atau bersandar.



b. Semasa membaca ,

pen mesti ada di tangan

bagi mewujudkan suasana yang serius .

Semasa membaca kamu harus

mencatat atau melukis sesuatu yang penting.



c. Sebaik-baiknya baca semua sekali

mengenai sesuatu tajuk,

bukannya secara berperingkat-peringkat.

Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.



d. Cari perkataan kunci (key word)

yang terdapat dalam ayat

atau perenggan yang dibaca.

Perkataan-perkataan ini

harus diulangi sebutannya supaya

dapat dirasakan maknanya dan dengan itu

lebih difahami dan melekat dalam ingatan.

Catatan atau nota ringkas amat penting

terutama di waktu hampir peperiksaan.

Ia membolehkan ulang kaji dibuat

dalam masa yang singkat tetapi

meliputi semua pelajaran yang dipelajari

dalam masa 1 tahun.




TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS



BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara

atau pusingan pembelajaran

yang boleh diamalkan.

Ia boleh diubahsuai

mengikut kesesuaian

pelajar masing-masing :



1. Pilih satu tajuk dan baca nota.



2. Faham kandungan secara umum

untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .



3. Baca dan garis fakta.



4. Baca dan cuba fahamkan

kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .



5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.



6. Faham fakta dan kaitannya

dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .



7. Susun fakta ( jika perlu ).



8. Cuba tulis semula fakta-fakta

tanpa melihat fakta-fakta

yang telah ditulis dahulu .



9. Bandingkan apa yang kamu tulis.



10. Ulang hingga kamu puas hati.



11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.



12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.



13. Mulakan tajuk baru dan lakukan

proses no. 1 hingga no. 12 ,

sehingga habis kesemua tajuk

dalam sukatan pelajaran.



Kunci kejayaaan dalam menghasilkan

catatan yang baik ialah perbendaharaan kata.

Ia akan menolong kamu memahami

apa yang dibaca dan menulis semula

dalam bentuk ayat yang pendek,

lengkap dan bernas.



Cara-caranya ialah :




• Gunakan perkataan sendiri

bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik

daripada karangan asal.



• Isinya mesti disusun dengan teratur

dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.



• Buat garisan dan tanda-tanda

di bahagian yang penting

bagi menarik tumpuan apabila membaca.



• Gunakan simbol-simbol

yang kamu dapat faham.



• Tinggalkan satu ruangan kosong

di tepi sebelah kiri untuk dicatat

sebarang tambahan atau isi penting.



TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR



JADUAL belajar amat perlu .

Ia merupakan satu aspek pengurusan masa.

Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri,

untuk memanfaatkan masa yang terluang.

Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur,

masa bersukan, masa makan, masa tuisyen

( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.




Jadual belajar juga merupakan

alat pembahagian di antara semua mata pelajaran

yang perlu diberi perhatian.

Pembahagian tersebut berdasarkan

kepentingan mata pelajaran dan juga

kelemahan setiap calon.

Jadi, jumlah masa belajar

untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.




Langkah pertama dalam membuat

jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.

Contohnya:-



Hari Ahad : 9.00 pagi – 10.00 pagi
: 10.30 pagi – 12.00 tengah hari
: 2.00 petang – 3.30 petang
: 3.30 petang – 5.00 petang
: 8.30 malam – 10.00 malam
: 10.00 malam – 11.30 malam




Hari Isnin : 2.30 petang – 4.00 petang
: 4.00 petang – 5.30 petang
: 8.30 petang – 10.00 malam
: 10.00 malam – 11.30 malam




Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan

setiap mata pelajaran, berdasarkan

kepentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :



1. Matematik – 4 kali seminggu

2. Bahasa Inggeris – 2 kali

3. Sejarah – 4 kali

4. dan seterusnya



Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual

yang menggabungkan masa belajar

dan agihan mata pelajaran

yang disebut di atas.




PERINGATAN :



• Oleh kerana masa

yang boleh digunakan untuk belajar ,

berbeza mengikut hari , maka jadual belajar

perlu dibuat berasingan.

Iaitu setiap hari.



• Masa untuk tidur malam

yang sebaik-baiknya ialah

antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.



• Masa belajar 1 jam 30 minit

yang diberi di atas

hanya contoh sahaja.

Ia boleh dikurangkan kepada

40 minit atau 75 minit atau sebagainya .



• Pematuhan kepada jadual,

tidak semestinya 100%, kerana pelajar

mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan

tertentu sama ada yang diperlukan

oleh sekolah atau keluarga.



TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN



SEBAGAI calon peperiksaan rasmi

sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSR,

kamu tidak seharusnya bersikap

tidak kisah terhadap pelajaran.

Persediaan awal perlu dibuat

sebaik sahaja sekolah dibuka.

Kamu sepatutnya sudah mula

membuat nota.




Nota ialah

catatan-catatan yang kita ambil

dan kita sediakan daripada pelbagai sumber

untuk tujuan ulang kaji.

Sumber-sumber itu boleh diperoleh

daripada buku teks, buku rujukan,

perbincangan berkumpulan, pengajaran guru

ataupun ceramah. Dari situ,

kita mengambil isi-isi penting

untuk diingat atau difahami.




Adakah kamu menyediakan nota

sendiri sejak awal lagi?

Bagaimana bentuk nota kamu?

Banyak sebab mengapa kita mesti

mempunyai nota yang kita tulis sendiri,

kita sediakan sendiri, kita susun sendiri,

dan kitalah pengarangnya.

Membuat nota sendiri perlu dilakukan

secara berterusan setiap hari,

tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.




Cuba kamu ikut contoh Fazley,

seorang penyanyi yang memperoleh

8A1 dalam SPM.

Dengan keputusan yang cemerlang itu

telah melayakkannya melanjutkan pelajaran

ke Victoria University, Welllington, New Zealand

dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran.

Tentu kamu tertanya-tanya ,

bagaimana dia boleh skor A

dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya.

Fazley mula membuat nota kecil

sejak di Tingkatan Empat lagi.

Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya,

ayuh … jangan bertangguh …

mulakan dari sekarang.

Mari ikut teknik Fazley.




LANGKAH PERTAMA




Fazley menggunakan 12 batang pen

berlainan warna termasuk

beberapa batang highlighter sebagai

persediaan membuat nota kecil.

Sebenarnya, kamu boleh menggunakan

kurang atau lebih daripada jumlah pen itu.

Terpulang kepada kemampuan

dan keselesaan kamu.




LANGKAH KEDUA



Mula membaca buku teks dan buku rujukan.

Sambil membaca, kata kunci

atau kata penting diwarnakan.

Pada masa yang sama,

fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca.

Bacalah mengikut bab atau topik.

Tidak perlu baca banyak perkara.

Yang penting kamu faham,

kemudian baru buat nota.




LANGKAH KETIGA



Sehelai kertas bersaiz A4

dilipat kepada empat bahagian atau kolum




LANGKAH KEEMPAT




Mula menulis nota mengikut kolum .

Setiap kolum boleh dibahagikan

kepada dua bahagian (subtopik)

untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan

keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja.

Di sebelah belakang kertas itu pula

satu bab yang lain.

Gunakan pen yang berlainan warna.

Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar

dapat meningkatkan tahap ingatan.




LANGKAH KELIMA




Setelah kata kunci ditulis,

gunakan highlighter untuk tajuk

dan perkara-perkara yang penting.

Pastikan kamu gunakan warna yang selari

untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru.

Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting,

maka gunakan warna yang sama

untuk subjek lain pula.

Contohnya, tarikh penting – warna merah,

nama tokoh – warna biru.




LANGKAH KEENAM




Setelah nota disiap ditulis,

kamu boleh menghafalnya.

Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang

untuk menambah isi penting

apabila guru mula mengajar.





LANGKAH KETUJUH




Ambil sampul surat panjang.

Tuliskan mata pelajaran.

Kemudian, masukkan nota itu

mengikut mata pelajaran.

Bawalah nota itu ke mana-mana .

Jika ada masa terluang , silalah baca .




Untuk subjek yang melibatkan pengiraan

seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar

agar menyediakan sebuah buku khas

untuk membuat latihan pengiraan.

Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa

dengan corak soalan.

Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik

memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian

yang betul secara sistematik.

Jalan penyelesaian yang betul

akan menemukan jawapan yang tepat

dan mendapat markah yang baik.





Menurut Fazley, dia akan membawa

nota tersebut ke mana-mana sahaja.

Misalnya, ketika menunggu bas,

dia tidak perlu membawa buku tebal,

tetapi hanya membaca nota kecil itu.

Fazley turut mengingatkan para pelajar

agar membawa nota yang dibuat

tanpa menunggu hari peperiksaan.




Kaedah di atas adalah berdasarkan

pengalaman Fazley sendiri.

Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar

mengikut keselesaan kamu.

Belajar awal dan membuat nota

pada peringkat awal dapat menimbulkan

semangat yakin pada kebolehan diri

dan kamu akan merasakan bahawa

diri kamu telah cukup bersedia

untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain

baru hendak membuat persediaan.

Dengan cara ini kamu mempunyai stamina

untuk mengulang kaji semua mata pelajaran

yang telah kamu buat mengikut

kesesuaian kamu.




PETA MINDA




Kaedah membuat nota jenis peta minda

telah diperkenalkan oleh Tony Buzan .

Kaedah ini lebih menitikberatkan

grafik dan kata kunci.

Kaedah ini lebih efektif berbanding

dengan kaedah biasa kerana kita dapat

menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan.

Di samping itu, peta minda merupakan

kaedah yag berkesan untuk mendapatkan

semula maklumat daripada ingatan untuk

ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.




Peta minda boleh membantu kamu

mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman.

Melalui peta minda,

kamu berhubung secara aktif dengan

maklumat dalam ingatan kamu seolah-olah

kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri.

Segala maklumat yang kamu susun

dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan

secara tepat dan mudah difahami.




PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA



• Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar .

Bacalah doa (bagi pelajar Islam) ,

duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul.



• Tingkatkan konsentrasi.

Pastikan suasana tenang ,

hindarkan sebarang gangguan yang boleh

memberi kesan terhadap penumpuan belajar.



• Baca teks keseluruhan,

terutama tajuk penting ,

pendahuluan , subtajuk , kesimpulan ,

soalan / latihan , gambar rajah dan carta.



• Baca keseluruhan teks dengan laju.



• Baca dengan sederhana laju dan

tandakan fakta-fakta penting.



• Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk

yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda.



• Bina peta minda




KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA



• Mula membuat peta minda

di bahagian tengah kertas.



• Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil

dengan menggunakan warna yang terang

dan berbeza supaya lebih menarik.



• Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas

dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut.

Gunakan warna yang berlainan

dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya.



• Sambungkan ranting utama

ke tajuk yang berada di tengah-tengah .

Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi.



• Tulis atau lukis imej yang menggambarkan

fakta di atas ranting utama tersebut .

Gunakan simbol.



• Tambahkan ranting utama

mengikut fakta

yang hendak kamu masukkan.

Gunakan warna yang berbeza

untuk memudahkan kamu mengingatinya.



• Kembangkan ranting utama

ke ranting kecil mengikut fakta.

Jika boleh , kamu gunakan warna

yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini.




Contoh peta minda



NOTA ISTILAH


Nota istilah digunakan

untuk menyalin istilah-istilah sukar ,

definisi , atau formula di atas kad atau kertas .

Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan

untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .




KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH



• Baca topik dengan teliti.



• Tandakan istilah , formula atau

definisi-definisi yang penting.



• Catatkan istilah ,

formula atau definisi di atas kertas .

Gunakan kertas keras dan pen berwarna

untuk menjadikan nota tersebut

menarik dan tahan lama.



• Nota yang dicatat

hendaklah ringkas dan padat .

Kamu boleh guna ringkasan perkataan

atau simbol seperti yg , dgn , cth , & .

Lihat contoh.


Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)

Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)

1 . Zaman Paleolitik

• Manusia hidup berpindah-randah – dlm kelompok yg kecil

• Mencari sumber makanan – tumbuhan liar

• Memburu binatang – dimknan

• Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat.

• Tinggal – di dlm gua – di bwh ranting-ranting

yg ditutup dgn rumput-rampai.

• Peralatan harian – diperbuat drp batu & tulang




NOTA GAMBAR RAJAH



Nota gambar rajah dapat memberikan

gambaran yang menyeluruh tentang

sesuatu topik yang dipelajari .

Kaedah ini dapat membantu mengimbas

kembali topik yang sedang diulang kaji .

Gambar rajah atau carta penting ,

bolehlah kamu salin daripada nota ,

buku teks atau buku rujukan .

Gunakan pen berwarna untuk menjadikan

nota gambar rajah ini lebih menarik .

Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .





KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH



• Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar .

Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak ,

dan pernafasan biarlah betul.



• Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang ,

hindarkan sebarang gangguan yang boleh

memberi kesan terhadap penumpuan belajar

seperti bunyi bising.



• Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting ,

pendahuluan , subtajuk , kesimpulan ,

soalan/latihan , gambar rajah dan carta .



Ketika mencatat nota ,

hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga .

Jadi , kamu harus bertanya kepada guru

jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta .

Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu

mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting .

Bertanyalah kepada guru tentang

fakta-fakta penting yang perlu diberi

penekanan dalam proses pembelajaran .

Guru yang prihatin biasanya akan cuba

memberikan seberapa banyak bahan

yang boleh selain buku teks .




Belajarlah menulis nota dari sekarang

kerana nota menjadi suatu rekod

yang kekal dan amat penting untuk tujuan

mengulang kaji dan pembelajaran semula .

Cuba ingat nota-nota penting

dalam minda kamu kerana kesemua nota

yang baik dan sempurna

merupakan pasport kejayaan

kamu dalam peperiksaan.




Sumber : http://tip-peperiksaan-stpm-spm-pmr-upsr.blogspot.com














Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...